fbpx
Cerita Borneo

Koronavirus Wuhan Kini Dinamakan COVID-19

Koronavirus Wuhan Kini Dinamakan COVID-19. Jumlah kematian akibat koronavirus mencapai paras tertinggi pada hari Rabu walaupun pegawai China berkata kadar jangkitan menunjukkan tanda-tanda semakin perlahan.

Koronavirus Wuhan Kini Dinamakan COVID-19. Kredit: NY Times

Pegawai Kesihatan Dunia Kini Mempunyai Nama Baharu Untuk Penyakit n-CoV2019

World Health Organization (WHO) baru-baru ini mencadangkan nama rasmi untuk penyakit yang disebabkan oleh coronavirus baru iaitu COVID-19. Akronim ini bermaksud coronavirus disease 2019 sebab penyakit ini mula dikesan menjelang akhir tahun lepas.

Menurut pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, beliau berkata:

“Di bawah garis panduan antarabangsa, WHO terpaksa mencari nama yang tidak merujuk kepada lokasi geografi, binatang, individu atau sekumpulan orang, dan juga boleh dikatakan dan berkaitan dengan penyakit itu.”

Kematian Melepasi 1,100, Tetapi Kadar Jangkitan Mula Jatuh.

Jumlah kematian akibat koronavirus mencapai paras tertinggi pada hari Rabu walaupun pegawai China berkata kadar jangkitan baru menunjukkan tanda-tanda semakin perlahan.

Kesemua kes-kes jangkitan yang disah pada hari Selasa dilaporkan jangkitan terendah dalam satu hari sejak 30 Januari, dengan 1,982 kes yang baru disahkan.

Kesemua jangkitan Selasa yang baru disahkan mewakili terendah dalam satu hari sejak 30 Jan, apabila terdapat 1,982 kes yang baru disahkan.

Koronavirus Wuhan Kini Dinamakan COVID-19
Kredit: Cnet

Kadar Pemulihan Kini Tinggi Daripada Kadar Kematian

Menurut real life data yang melaporkan kes-kes COVID-19 secara global, kadar pemulihan kini adalah 4,858 orang, kadar kematian adalah 1,116 orang.

Kini, terdapat 45,118 kes yang disahkan di seluruh dunia, kebanyakan di China.

Artikel Berkaitan

Back to top button