fbpx
Cerita Borneo

MYVI Legend Di Miri Trending Di Twitter Selepas Sanggup Off Road Elakkan Kesesakan

Kerana Myvi Setitik Rosak Myvi Sebelanga

MYVI Legend Di Miri Trending Di Twitter Selepas Sanggup Off Road Elakkan Kesesakan. Laman sosial di Malaysia hari ini dihangatkan oleh insiden sebuah kereta MYVI di Miri yang dirakam ‘off road’ bagi mengelakkan kesesakan. Video berdurasi 7 saat itu mulai tular semalam di laman Facebook.

Video spyshot Myvi STYLE sedang diuji

Jeng, jeng, jeng…. paparazzi telah berjaya merakam kelibat unit ujian Myvi varian STYLE sedang menguji sistem suspensi di bahu jalan. Video kredit Calvin Chee. #VideoTular #Myvi #PotongBarisan #funtasticko.net

Posted by funtasticko.net on Thursday, February 13, 2020

Video yang dimuat naik oleh Calvin Chee tersebut dikatakan dirakam di Miri, Sarawak. Seperti biasa, tiada yang ‘mengejutkan’ bagi netizen kerana kenderaan tersebut selama ini sememangnya digelar King Of The Road kerana sering terlibat dalam insiden yang lain daripada yang lain. Semalam, Myvi trending di laman Twitter selepas rakaman tersebut dikongsi pula di laman Twitter.

MYVI Legend Di Miri Trending Di Twitter Selepas Sanggup Off Road Elakkan Kesesakan
https://twitter.com/EstherRNelson/status/1228201994155741187
MYVI Legend Di Miri Trending Di Twitter Selepas Sanggup Off Road Elakkan Kesesakan
MYVI Legend Di Miri Trending Di Twitter Selepas Sanggup Off Road Elakkan Kesesakan

Seorang pengguna laman Twitter yang bernama HΛRIZ pula mendedahkan bahawa syarikat pengeluar kereta Myvi, Perodua pernah menghasilkan kereta Myvi dan Viva dalam versi 4WD. Kedua-dua versi ini mempunyai kapasiti dan kemampuan yang sama seperti kereta rally Proton R3.

Apa-apa pun, tak kira apa jenis kereta anda, berhati-hati lah di jalan raya dan jadilah pemandu yang berhemah. Spare part Myvi boleh dicari, spare part nyawa mana nak ganti oi!

Artikel Berkaitan

Back to top button