fbpx
Cerita Borneo

Pelajar Pendidikan Khas Di SK Petra Jaya Diarah Kuarantin Ekoran COVID-19

Arahan Dikeluarkan Sebagai Langkah Pencegahan

Pelajar Pendidikan Khas Di SK Petra Jaya Diarah Kuarantin Ekoran COVID-19
SK Petra Jaya, Kuching

Pelajar Pendidikan Khas Di SK Petra Jaya Diarah Kuarantin Ekoran COVID-19. Pelajar kelas Pendidikan Khas (PPKI) di SK Petra Jaya, Kuching pada hari ini diarahkan untuk menjalani perintah kuarantin di rumah untuk tempoh beberapa hari sehingga diberitahu. Ia sebagai langkah awal untuk mencegah penularan wabak COVID-19 atau sebelum ini dikenali sebagai novel coronavirus 19.

Pelajar Pendidikan Khas Di SK Petra Jaya Diarah Kuarantin Ekoran COVID-19

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak selepas menerima laporan berkenaan ahli keluarga salah seorang murid di kelas tersebut yang mengalami demam setelah kembali dari Singapura.

Laporan tersebut diterima malam tadi dan dirujuk ke Jabatan Kesihatan agar murid tersebut dikuarantin di rumah. Dalam pada masa yang sama, semua murid yang berada dalam kelas tersebut juga dikehendaki untuk menjalani kuarantin selama beberapa hari bagi mengelakkan penularan wabak.

Susulan kejadian ini, Jabatan Pendidikan Negeri juga meminta agar ibu bapa serta pihak sekolah sentiasa memantau kesihatan anak-anak serta para pelajar.

Melalui perkembangan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia, Sarawak mempunyai satu makmal kesihatan awam yang mempunyai kemudahan mengesan dan mengesahkan jangkitan COVID-19.

Sehingga kini, rakyat Sarawak masih bebas daripada wabak tersebut.

Artikel Berkaitan

Back to top button