fbpx
Cerita Borneo

Sarawak Bakal Jadi Tuan Rumah Pertama Sukan Tradisional TAFISA-Asia 2022

Edisi Pertama, Tuan Rumah Pertama. Tahniah!

Kredit : Alamy

Sarawak Bakal Jadi Tuan Rumah Pertama Sukan Tradisional TAFISA-Asia 2022. Sarawak bakal menjadi tuan rumah pertama temasya Sukan Untuk Semua Asia (Sports For All Asian Games) 2022 setelah berjaya membida menjadi penganjur di Tokyo, Jepun tahun lepas.

Temasya sukan ini bakal membuka tirai buat pertama kalinya di luar rantau Eropah dengan menjadikan Sarawak sebagai tuan rumah pertama.

Sarawak Bakal Jadi Tuan Rumah Pertama Sukan Tradisional TAFISA-Asia 2022

Temasya Sukan Untuk Semua Asia (Sports For All Asian Games) ini dianjurkan oleh Persatuan Antarabangsa Sukan Untuk Semua (TAFISA) dengan kerjasama Majlis Sukan Untuk Semua Malaysia (MASFA). Temasya ini turut disokong oleh Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Belia dan Sukan, Perbadanan Sukan Negeri Sarawak (SSC) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS).

Dikhabarkan lebih daripada 100 acara yang bakal dipertandingkan merangkumi sukan-sukan yang memiliki ciri dan nilai tradisional daripada negara-negara Asia. Antara sukan yang dicadangkan adalah seperti memanah tradisional, sumpit, layang-layang dan regatta lumba perahu.

Sarawak Bakal Jadi Tuan Rumah Pertama Sukan Tradisional TAFISA-Asia 2022
Kredit : David Kirkland via Sabah Tourism Board
Sarawak Bakal Jadi Tuan Rumah Pertama Sukan Tradisional TAFISA-Asia 2022
Kredit : Borneo Talk
Sarawak Bakal Jadi Tuan Rumah Pertama Sukan Tradisional TAFISA-Asia 2022
Kredit : Sarawak Voice

Penganjuran temasya ini dijangka akan menerima penyertaan sehingga lebih kurang 80 buah negara termasuk negara-negara Asia dan Eropah. Ia akan diadakan pada bulan Ogos 2022 pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Pada masa yang sama, satu lagi acara antarabangsa iaitu Sidang Kemuncak Pertama Datuk Bandar Asia Mengenai Hidup Aktif 2022 akan turut berlangsung di Kuching, Sarawak.

Menurut wakil TAFISA, Finn Berggren, beliau percaya bahawa pemilihan Sarawak sebagai tuan rumah temasya Sukan TAFISA-Asia edisi pertama bakal menjadi testimoni terbaik kepada seluruh dunia. Beliau juga berharap agar penganjuran di Sarawak ini dapat membuka mata negara-negara Asia yang lain untuk membida penganjuran pada edisi yang seterusnya.

Saksikan video promosi Temasya Sukan TAFISA-Asia 2022 ini :

Wow! Akhirnya, ada peluang lah nak merasa jadi atlet negara dalam sukan batu seremban atau congkak lepas ni.

Artikel Berkaitan

Back to top button