fbpx
Tempat Menarik

5 Penginapan Airbnb Yang Cool Di Sekitar Kuching

5 Penginapan Airbnb Yang Cool Di Sekitar Kuching. Anda mencari tempat penginapan untuk percutian yang lain dari yang lain? Jangan lupa semak senarai kami ini.

MENDUNG ESCAPE

Kredit : Tripadvisor

Mendung Escape merupakan satu tempat penginapan yang terletak di kaki gunung di Singai, Kuching. Untuk melayakkan anda menikmati percutian dan penginapan yang indah ini anda perlu hiking selama 30 minit sebelum tiba ke tempat penginapan ini. Jangan risau, setibanya anda di Mendung Escape, anda akan melihat betapa indahnya pemandangan dari atas ini. Paling syok, ada masanya anda akan melihat awan di bawah anda.

Untuk menyemak harga terkini Mendung Escape anda boleh rujuk : Airbnb Mendung Escape

Pinggir Siak

20 Penginapan Airbnb Yang Cool Di Sarawak.
5 Penginapan Airbnb Yang Cool Di Sekitar Kuching

Pinggir Siak pula terletak bersebelahan dengan sungai yang jernih, juga terletak di kawasan Singai. Pinggir Siak turut dimiliki oleh pemilik Mendung Escape. Sekiranya anda pernah menginap di Mendung Escape, jangan lupa untuk menginap di Pinggir Siak pula. 2 tempat berbeza di kawasan yang hampir sama ini pasti memberikan anda pengalaman yang sangat menarik untuk percutian anda.

Untuk menyemak harga terkini Pinggir Siak anda boleh rujuk : Airbnb Pinggir Siak

Boyan Height Siburan

10 Penginapan Airbnb Yang Cool Di Sekitar Kuching

Boyan Height merupakan satu penginapan yang terletak di tengah tengah kawasan eko pelancongan Padawan, bersebelahan dengan Kampung Git. Boyan Height menyediakan akses kepada Rumah Panjang Tradisional, Trekking dan banyak lagi aktiviti yang sangat menarik di kawasan sekitar mereka.

Bilik di Boyan Height mempunyai balkoni di mana anda akan menikmati pemandangan berhadapan dengan gunung yang sangat indah.

Untuk menyemak harga terkini Boyan Height anda boleh rujuk : Airbnb Boyan Height

Rumah Bakti, Sungai Rayu Matang

5 Penginapan Airbnb Yang Cool Di Sekitar Kuching

Rumah Bakti yang terletak berhampiran Sungai Rayu di Matang ini menawarkan penginapan di mana anda akan berhadapan dengan sungai, dan berlatar belakangkan gunung. Rumah Bakti ini juga dikelilingi oleh flora dan fauna, dan juga paya bakau. Anda hanya perlu memandu selama 30 minit dari Bandaraya Kuching untuk menikmati ketenangan yang disediakan oleh tempat penginapan ini

Untuk menyemak harga terkini Rumah Bakti anda boleh rujuk : Airbnb Rumah Bakti

The Glass Villa Borneo Highland Resort

5 Penginapan Airbnb Yang Cool Di Sekitar Kuching

Bagi yang hendak berkunjung ke Borneo Highlands pula, anda boleh la try usha usha The Glass Villa ini. Terletak di Borneo Highlands, The Glass Villa ini sesuai untuk anda berehat dan bersantai bersama keluarga dan rakan rakan yang tersayang.

Untuk menyemak harga terkini The Glass Villa anda boleh rujuk : Airbnb The Glass Villa

Artikel Berkaitan

Back to top button