I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: 10 Mercu Tanda Legend Di Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan
Notification Show More
Latest News
Netizen Luah Rasa Geram Wanita Mengandung Ditinggal Suami Di Klinik
Netizen Luah Rasa Geram Wanita Mengandung Ditinggal Suami Di Klinik
19 Mei 2022
Video Ambulans Tercabut Pintu Belakang Dilanggar Hilak Di Jalan Bau Kuching [Video] Ambulans Tercabut Pintu Belakang Dilanggar 'Hilak' Di Jalan Bau-Kuching
[Video] Ambulans Tercabut Pintu Belakang Dilanggar ‘Hilak’ Di Jalan Bau-Kuching
19 Mei 2022
Selamba 'Cilok' Kenderaan Dari Kiri, Aksi Pacuan Empat Roda Di Jalan Airport Kuching Ini Dikecam Netizen
Selamba ‘Cilok’ Kenderaan Dari Kiri, Aksi Pacuan Empat Roda Di Jalan Airport Kuching Ini Dikecam Netizen
19 Mei 2022
1F8708C6 082F 482F 89DB 7F1D08B8D78C Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut Meningkat 51 Kali Ganda Di Sabah Tahun Ini Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut Meningkat 51 Kali Ganda Di Sabah Tahun Ini
Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut Meningkat 51 Kali Ganda Di Sabah Tahun Ini
19 Mei 2022
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

10 Mercu Tanda Legend Di Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan

Nur Afifah
Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 15/05/22 9:52 AM
Kongsi
7 Min Bacaan
mercu tanda kuching 10 Mercu Tanda Legend Di Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan
Kongsi
Sponsored

Jika Sempat Melihat Mercu Tanda Ini, Anda Seorang Legend!

10 Mercu Tanda Legend Di Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan. Kuching yang anda kenal hari ini mempunyai mercu tanda yang cukup ikonik seperti patung kucing, Jambatan Darul Hana, Bangunan DUN, Masjid India Terapung, serta tebingan Kuching. Namun demikian, tahukah anda bahawa terdapat mercu tanda lain sebelum kewujudan mercu tanda yang anda lihat hari ini? Sayangnya, mercu tanda tersebut terpaksa dirobohkan atau dialihkan untuk pembangunan bandaraya yang lebih cekap dan teratur.

Isi-Isi Penting
1. Pasar Cekor, Jalan Gambier (kini sebahagian Tebingan Kuching)2. Shell Tua Pek Kong (Kini Restoran Brooke Bistro Waterfront)3. Hotel Holiday Inn (Kini Hotel Grand Margherita)4. Odeon Cinema (kini Plaza Tun Jugah)5. Rex Cinema (kini Medan Pelita)6. Cathay Cinema, Jalan Wayang7. Bangunan Bunker @ Banka, Jalan Gambier8. Ting & Ting Supermarket9. Kedai Haji Sehat (Kini Kedai Abdul Wahet, Jalan Haji Taha)10. Bangunan Secretariat/Jabatan Perbendaharaan Negeri (kini Plaza Merdeka)

Dalam artikel kali ini, kami kongsikan beberapa mercu tanda yang pernah menghiasi bandaraya Kuching yang tercinta.

Sponsored

1. Pasar Cekor, Jalan Gambier (kini sebahagian Tebingan Kuching)

Pasar Cekor ini terletak di sepanjang Jalan Gambier, Kuching. Selain daripada jualan hasil tani seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, Pasar Cekor ini juga turut menempatkan para peniaga ikan dan pelbagai jenis daging. Kini, kawasan yang pernah menjadi tapak pasar paling nostalgia ini merupakan sebahagian daripada Tebingan Kuching.

10 Mercu Tanda Legend Di Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan
Kredit : FB Johnathan Nuga John Nuga
10 Mercu Tanda Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan
10 Mercu Tanda Legend Di Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan. Kredit : sarawakdotcom.blogspot.com
2577559051 f310d943f4 b 10 Mercu Tanda Legend Di Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan
Kredit : sarawakdotcom.blogspot.com

2. Shell Tua Pek Kong (Kini Restoran Brooke Bistro Waterfront)

Siapa sangka sebenarnya Restoran Brooke Bistro di Tebingan Kuching sebelum ini merupakan tapak stesen minyak Shell. Stesen minyak ini dikenali sebagai Shell Tua Pek Kong dalam kalangan rakyat tempatan kerana lokasinya yang betul-betul berhadapan dengan Tua Pek Kong Kuching. Namun, ia dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan Tebingan Kuching.

Sponsored
10 Mercu Tanda Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan
10 Mercu Tanda Legend Di Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan. Kredit : sarawakdotcom.blogspot.com

3. Hotel Holiday Inn (Kini Hotel Grand Margherita)

Kalau dengar sahaja nama Holiday Inn, pasti akan teringat akan sejenis kek lapis Sarawak yang dinamakan sebagai Kek Lapis Holiday Inn. Holiday Inn merupakan salah sebuah hotel terkemuka di Kuching pada suatu ketika dahulu, terutamanya pada sekitar tahun 1970-an. Kini, Holiday Inn telah dijenamakan semula sebagai Hotel Grand Margherita dan disambungkan dengan bangunan Sarawak Plaza dan SEDC.

10 Mercu Tanda Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan
Kredit : sarawakdotcom.blogspot.com

4. Odeon Cinema (kini Plaza Tun Jugah)

Selain menjadi tempat untuk menonton wayang, Odeon Cinema mempunyai arked dengan 5 ke 6 kedai yang boleh dikatakan sebagai ‘lubuk beli belah’ untuk penduduk pada zaman 80-an. Malah, sebuah kedai yang bernama Fui Lip di dalam bangunan ini sentiasa dikerumuni oleh orang ramai kerana menjadi kedai pertama yang mengimport gitar solid serta aksesori alat muzik. Untuk pengetahun anda, Odeon Cinema ini pernah menayangkan filem Wong Fei Hung. Perggh!

Sponsored
Odeon Capitol view 10 Mercu Tanda Legend Di Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan
Kredit : St. Joe Form 5 (1976) and Friends
10 Mercu Tanda Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan
Kredit : sarawakdotcom.blogspot.com

5. Rex Cinema (kini Medan Pelita)

Bagi kebanyakan penduduk tempatan di Kuching, Rex Cinema merupakan salah satu pawagam yang ikonik kerana reka bentuk bangunannya yang unik dengan papan tanda ejaan REX yang melintang ke bawah. Sayangnya, bangunan ini telah dirobohkan sekitar tahun 90-an.

27 Rex hoAhChon 10 Mercu Tanda Legend Di Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan
10 Mercu Tanda Legend Di Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan. Kredit : kuchinginandout.com

6. Cathay Cinema, Jalan Wayang

Cathay Cinema ini terletak berhampiran dengan Brooke Dockyard. Jika anda pernah menonton wayang di sini, anda kini mungkin sudah menjangkau hampir separuh abad usia. Cathay Cinema ini juga merupakan port dating dan lepak muda mudi pada sekitar tahun 70-an dan 80-an. Pada waktu itu, televisyen masih baharu dan hanya mempunyai dua siaran iaitu TV1 dan TV2. Alternatif hiburan yang up-to-date ialah dengan menonton wayang. Kini, bangunan Cathay Cinema ini dijadikan sebagai gudang simpanan barang kedai.

Sponsored
10 Mercu Tanda Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan
Kredit : kuchinginandout.com
25976535646 c9dcb12a60 z 10 Mercu Tanda Legend Di Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan
Kredit : suituapui.wordpress.com

7. Bangunan Bunker @ Banka, Jalan Gambier

Nama bangunan ini berasal daripada perkataan Inggeris, ‘bunker’ yang bermaksud tempat simpanan sumber mineral perlombongan. Sejak itu, perkataan tersebut diolah menjadi ejaan lokal yang disebut sebagai ‘banka’. Pada sekitar tahun 50-an, bangunan banka ini menjadi tempat simpanan sementara antimoni sebelum ia diekport keluar melalui jeti di belakang bangunan ini. Bangunan ini akhirnya dirobohkan pada tahun 2008 untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penambahan Tebingan Kuching.

gambirua a 10 Mercu Tanda Legend Di Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan
Gambar Bangunan Banka yang diambil pada tahun 2007. Kredit : sarawakdotcom.blogspot.com
10 Mercu Tanda Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan
10 Mercu Tanda Legend Di Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan. Kredit : sarawakdotcom.blogspot.com
cekoria b 10 Mercu Tanda Legend Di Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan
Kredit : sarawakdotcom.blogspot.com

8. Ting & Ting Supermarket

Ting & Ting Supermarket merupakan pasar raya yang pertama dan tertua di Kuching. Mula dibuka pada tahun 1960 oleh seorang Cina yang bernama Ting Ming Kheng, Ting & Ting Supermarket juga menjadi pasaraya pertama yang mengimport minuman Ribena dan makanan diproses seperti sosej. Tanggal 29 Jun 2019 menjadi tarikh ia menamatkan operasi. Kini, Ting & Ting dijadikan sebagai lokasi program seni lokal dengan menggunakan nama Location X.

Sponsored
13754542 272539026444327 583056975459415806 n 10 Mercu Tanda Legend Di Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan
Ting & Ting Supermarket sebelum ditutup sepenuhnya pada 29 Jun 2019. Kredit : Edgar Ong & Wilfred SM Sim.
10 Mercu Tanda Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan
Kredit : Edgar Ong & Wilfred SM Sim.
13754285 272539006444329 3398075586114445095 n 10 Mercu Tanda Legend Di Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan
Kredit : Edgar Ong & Wilfred SM Sim.

9. Kedai Haji Sehat (Kini Kedai Abdul Wahet, Jalan Haji Taha)

Menurut sumber Kucing Berjanggut, Kedai Haji Sehat ini telah bertapak di sebelah Masjid Bahagian, Kuching sejak beberapa dekad yang lalu. Kedai ini menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk mencari rempah ratus serta bekalan serbuk kari. Kini, kedai ini dinamakan sebagai Kedai Runcit Abdul Wahet dan diusahakan oleh cucu generasi Abdul Wahet. Jika anda ingin mencari keropok atau kuih muih tradisional, inilah tempatnya.

81719895 10217688155170261 2919066491137556480 o 10 Mercu Tanda Legend Di Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan
Tapak Kedai Haji Sehat yang terkini. Kredit : FB Hussain Rashid

10. Bangunan Secretariat/Jabatan Perbendaharaan Negeri (kini Plaza Merdeka)

Sebelum kewujudan Plaza Merdeka pada hari ini, tapak tersebut asalnya menempatkan Bangunan Jabatan Perbendaharaan Kuching lama atau dipanggil Kuching Secretariat Building. Fungsi asal bangunan dua tingkat berbentuk segi empat ini merupakan Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak. Ia kemudian diambil alih oleh Jabatan Perbendaharaan Negeri serta Jabatan Audit. Pada tahun 1995, bangunan ini dikosongkan sebelum dirobohkan sepenuhnya pada awal tahun 2008.

Sponsored
10 Mercu Tanda Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan
Kredit : Tan Kok Kheng via National Archives of Singapore
E32A SECRETARIAT KUCHING a 10 Mercu Tanda Legend Di Kuching Yang Kini Tinggal Kenangan
Kredit : sarawakdotcom.blogspot.com

Walau pun wajah Bandaraya Kuching ini telah banyak berubah, namun mercu tanda ini akan tetap diingati sebagai sebahagian memori penduduk Kuching serta mereka yang pernah menyaksikan sendiri bangunan ini berdiri megah.

Sponsored
Nur Afifah 14 Mei 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article maxresdefault 5 Pulau Pasir Timbul, Hidden Gem di Pitas Sabah. Boleh Jalan Atas Air! Pulau Pasir Timbul, Hidden Gem di Pitas Sabah. Boleh Jalan Atas Air!
Next Article Menawan Waterfall, Keindahan Alam Yang Tersembunyi Di Belaga Kenali Menawan Waterfall, Hidden Gem Yang Tersembunyi Di Belaga

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

1F8708C6 082F 482F 89DB 7F1D08B8D78C Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
BeFunky collage 46 Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
BeFunky collage 48 5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage473 FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

tuaran 7 Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
Tempat Menarik

7 Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran

16 Mei 2022
BeFunky collage 2022 01 24T154807.772 Air Sungai Berwarna Merah, Hidden Gem Di Bako Ini Digelar 'Black Pearl Pool'
Tempat Menarik

Air Sungai Berwarna Merah, Hidden Gem Di Bako Ini Digelar ‘Black Pearl Pool’

14 Mei 2022
Rumah Gergasi Pelbagai Haiwan Dan Tumbuhan KLB Garden Tebedu Wajib Masuk Dalam Wishlist Anda Rumah Gergasi Flora Dan Fauna, KLB Garden Tebedu Wajib Masuk Dalam Wishlist Anda
Tempat Menarik

Rumah Gergasi Flora Dan Fauna, KLB Garden Tebedu Wajib Masuk Dalam Wishlist Anda

14 Mei 2022
blind massage 1 Urutan Padu Daripada Warga OKU, Ini 3 Pusat Refleksologi Wajib Kunjung di Kuching
Tempat Menarik

Urutan Padu Daripada Warga OKU, Ini 3 Pusat Refleksologi Wajib Kunjung di Kuching

14 Mei 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

Removed from reading list

Undo
AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?