• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

11 Tahun Bersama Realiti TV Kegemaran Ramai, Lee Kwang Soo Sah Tinggalkan Running Man

Oleh
Husna Hazmi
27 April 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Zirafah kesayangan semua kini telah meninggalkan Running Man.

11 Tahun Bersama Realiti TV Kegemaran Ramai, Lee Kwang Soo Sah Tinggalkan Running Man. Ingat lagi tak masa syok-syok tengok Running Man petang-petang dulu? Tak sangka kan Running Man sudah bersiaran selama 11 tahun. Namun kini, ramai yang sedih apabila bintang “Running Man” Lee Kwang Soo kini akan meninggalkan program realiti yang telah dibintanginya selama 11 tahun itu.

Isi Isi Penting
  • Zirafah kesayangan semua kini telah meninggalkan Running Man.
  • Telah disahkan oleh agensi yang diwakilinya King Kong by Starship
  • Lee Kwang Soo juga turut dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya
  • Lee Kwang Soo juga amat terkenal dengan gelaran ‘Putera Asia’
11 Tahun Bersama Realiti TV Kegemaran Ramai, Lee Kwang Soo Sah Tinggalkan Running Man
11 Tahun Bersama Realiti TV Kegemaran Ramai, Lee Kwang Soo Sah Tinggalkan Running Man

Telah disahkan oleh agensi yang diwakilinya King Kong by Starship

Perkara tersebut telah disahkan oleh agensi yang diwakilinya King Kong by Starship melalui satu kenyataan pada Selasa.

“Lee Kwang Soo akan meninggalkan program “Running Man” SBS setelah rakaman terakhirnya pada 24 Mei.

“Selepas terlibat dalam kemalangan kereta tahun lalu, Kwang Soo telah menerima terapi fizikal secara berkala.

“Walaupun masih menjalani rawatan, ada kalanya dia merasa sukar untuk menjaga keadaan fizikal yang baik semasa penggambaran ‘Running Man’.

“Hasilnya, Lee Kwang Soo mengadakan perbincangan panjang lebar dengan staf produksi, kru, rakan-rakannya dan juga agensi tersebut serta akhirnya sampai pada kesimpulan bahawa dia memerlukan masa untuk pulih, baik dari segi fizikal dan juga mental,” kata agensi berkenaan.

11 Tahun Bersama Realiti TV Kegemaran Ramai, Lee Kwang Soo Sah Tinggalkan Running Man

Lee Kwang Soo juga turut dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya

Lee Kwang Soo juga turut dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan pada 15 Februari lalu.

Akibat perlanggaran itu, Kwang Soo akan menjalani pembedahan buku lali pada petang ini. Mengulas lanjut, kenyataan itu turut menyatakan “Running Man” dianggap sebagai rumah kedua buat Kwang Soo selama 11 tahun dan ianya adalah sukar untuknya membuat keputusan ini.

“Namun, itu tidak dapat dielakkan ketika mempertimbangkan niatnya untuk menunjukkan imej yang lebih baik kepada penonton di masa depan.

“Kami dengan tulus mengucapkan terima kasih kepada semua penonton atas cinta yang mereka tunjukkan kepada Kwang Soo di ‘Running Man’, dan Kwang Soo berjanji akan menyambut anda sekali lagi dengan keadaan kesihatan yang lebih baik,” jelasnya.

11 Tahun Bersama Realiti TV Kegemaran Ramai, Lee Kwang Soo Sah Tinggalkan Running Man

Lee Kwang Soo juga amat terkenal dengan gelaran ‘Putera Asia’

Kwang Soo merupakan antara individu pertama yang menerajui “Running Man” sejak program itu disiarkan pada tahun 2010. Lee Kwang Soo juga amat terkenal dengan gelaran ‘Putera Asia’ nya kerana popularitidan juga pengaruhnya yang begitu besar di luar negara.

Ramai berasa sedih dengan berita ini kerana sepanjang Kwang Soo berada di dalam rancangan Running Man, dia berjaya membuat jutaan orang yang menonton tergelak sakan dengan telatah kelakarnya.

Namun kita perlu akur dengan keputusan Kwang Soo ini kerana ini semestinya bukan keputusan yang mudah buatnya!

Goodbye Kwangsoo 🙁

Running Man GIF

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Neelofa, PU Riz Dan Keluarga Akhirnya Dikenakan Kompaun Sebanyak RM 60K Selepas 33 Hari Siasatan
Next Article TERKINI: Sarawak Hari Ini Catat 432 Kes Positif Melibatkan Jangkitan COVID-19

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?