• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

2 Kali Raih Markah Sempurna Hingga Dapat Emas Olimpik, Penerjun China Ini Rupanya Ada Kisah Sedih

Oleh
Ismail NA
5 Ogos 2021
Kongsi
6 Min Bacaan

Setiap kemenangan pasti ada kisah di sebaliknya.

2 Kali Raih Markah Sempurna Hingga Dapat Emas Olimpik, Penerjun China Ini Rupanya Ada Kisah Sedih. Walaupun edisi Olimpik kali ini bukanlah edisi terbaik yang pernah dilakukan oleh Pandelela Rinong iaitu penerjun negara kita, namun pencapaiannya haruslah dipuji memandangkan terdapat ramai saingan yang menampilkan aksi yang cukup hebat dan berkelas tinggi pada tahun ini. Antaranya penerjun dari Amerika Syarikat, Mexico dan Australia.

Isi Isi Penting
  • Setiap kemenangan pasti ada kisah di sebaliknya.
  • Emas acara terjun 10 meter platform wanita milik Quan Hongchan, remaja 14 tahun dari China
  • Masuk sukan terjun untuk dapatkan wang biayai rawatan ibunya yang sakit
  • Baru 7 bulan sertai pasukan kebangsaan dah ‘tapau’ 3 kejuaraan sulung
  • Emas Quan menjadikan pungutan emas China meningkat kepada 33 emas
  • Baca juga kisah menarik di Olimpik Tokyo 2020 :

Namun, kekebalan penerjun China masih belum dapat ditembusi oleh mana-mana negara lain. Apatah lagi, tahun ini dominasi negara China dalam sukan terjun ini begitu kuat sehingga kedudukan pertama dan kedua tidak dapat digugat dan pasti menjadi milik mereka.

Perkara ini dapat disaksikan dalam acara akhir terjun 10 meter platform wanita individu di Olimpik Tokyo 2020 yang mana pingat emas dimenangi oleh atlet China berusia 14 tahun, Quan Hongchan manakala rakan sepasukannya, Chen Yuxi merangkul pingat perak.

2 Kali Raih Markah Sempurna Hingga Dapat Emas Olimpik, Penerjun China Ini Rupanya Ada Kisah Sedih
Quan Hongchan. Sumber : Twitter FINA

Emas acara terjun 10 meter platform wanita milik Quan Hongchan, remaja 14 tahun dari China

Quan menjadi perhatian dunia dalam edisi kali ini kerana tubuhnya yang kecil dan nampak seolah-olah seperti belum ‘akil baligh’. Walau bagaimanapun, perkara ini merupakan satu kelebihan buat Quan apabila berjaya mengungguli acara tersebut tanpa perlu risau peserta lain memintas pungutan mata. Bahkan, 3 terjunan (terjunan kedua, keempat dan kelima) Quan mendapat markah sempurna daripada para juri iaitu 10 yang membolehkannya meraih 96.00 poin mata maksimum. Sungguh luar biasa!

2 Kali Raih Markah Sempurna Hingga Dapat Emas Olimpik, Penerjun China Ini Rupanya Ada Kisah Sedih
2 Kali Raih Markah Sempurna Hingga Dapat Emas Olimpik, Penerjun China Ini Rupanya Ada Kisah Sedih

Namun demikian, tiada siapa yang menyangka bahawa atlet termuda dalam kontinjen China ini sebenarnya mempunyai kisah hidup yang sedih sehingga mendorongnya untuk menceburi bidang sukan terjun.

Masuk sukan terjun untuk dapatkan wang biayai rawatan ibunya yang sakit

Quan Hongchan merupakan anak kepada seorang pasangan petani dari kampung Maihe, daerah Mazhang, Zhanjiang, Guangdong, China. Beliau dilahirkan pada 28 Mac 2007 dan mula menyertai latihan terjun pada Julai 2014 ketika usianya baru menginjak 7 tahun. Pada September tahun yang sama, Quan telah memasuki Sekolah Sukan Zhanjiang secara formal.

Namun demikian, ibu Quan dikatakan tidak begitu sihat dan memerlukan rawatan sepanjang tahun. Bagi mendapatkan wang untuk menampung rawatan ibunya, Quan mula menceburi sukan terjun untuk mendapatkan sumber pendapatan buat ibunya.

2 Kali Raih Markah Sempurna Hingga Dapat Emas Olimpik, Penerjun China Ini Rupanya Ada Kisah Sedih
Ibu bapa Quan di kampung. Sumber : Twitter Ayman Rashdan Wong

Pingat emas yang dimenanginya di Olimpik Tokyo 2020 ini didedikasikan khas olehnya buat ibunya yang tersayang menjadikan momen tersebut begitu beremosi. Quan juga merupakan pelajar harapan di sekolah sukannya memandangkan prestasinya yang begitu cemerlang dan mampu mencapai tahap pencapaian yang begitu tinggi dalam masa yang sangat singkat.

“Saya ingin berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya kerana memberi galakan kepada saya untuk kekal tenang. Mereka memberitahu saya untuk terjun tanpa perlu ada rasa tertekan kerana mendapat pingat atau tidak, itu tidak penting…Saya bukan prodigi. Saya tidak begitu pandai dalam pelajaran. Jika anda tanya saya soalan (akademik), tiada apa-apa yang muncul di minda saya,”

Quan Hongchan, pemenang pingat emas terjun 10 meter platform wanita Olimpik Tokyo 2020
2 Kali Raih Markah Sempurna Hingga Dapat Emas Olimpik, Penerjun China Ini Rupanya Ada Kisah Sedih
Sumber : Twitter

Baru 7 bulan sertai pasukan kebangsaan dah ‘tapau’ 3 kejuaraan sulung

Pada bulan Oktober 2020, beliau telah berjaya mengalahkan atlet terjun elit China dan merangkul kejuaraan dengan 28 poin di hadapan meninggalkan pesaing di tempat kedua. Dengan hanya memasuki 3 kejohanan terjun dalam tempoh Oktober 2021 hingga Mei 2021, Quan berjaya mempamerkan terjunan sempurna dengan meraih mata sebanyak 440.85 sekaligus menempah slot ke Olimpik Tokyo 2020.

Malah, markah yang diraih Quan tersebut jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan mata juara Piala Dunia Terjun FINA 2021 iaitu wakil negara, Pandelela Rinong yang meraih 355.70 mata.

2 Kali Raih Markah Sempurna Hingga Dapat Emas Olimpik, Penerjun China Ini Rupanya Ada Kisah Sedih
Markah yang diperolehi oleh Quan dalam kejohanan yang disertainya sebelum Olimpik Tokyo 2020. Quan di kedudukan pertama. Sumber : inf.news
2 Kali Raih Markah Sempurna Hingga Dapat Emas Olimpik, Penerjun China Ini Rupanya Ada Kisah Sedih
Kejohanan terakhir FINA sebelum Olimpik Tokyo 2020. Pandelela di tempat pertama. Sumber : inf.news

Prestasi ini mengejutkan China, apatah lagi beliau baru sahaja menyertai pasukan kebangsaan selama 7 bulan. Lebih mengejutkan, Quan mampu mencipta keajaiban memenangi pingat emas Olimpik dalam masa sesingkat itu!

Barangkali kepayahan dan kesukaran hidupnya menjadikan Quan begitu fokus, komited dan berdedikasi dalam sukan ini sehingga menyebabkan beliau mampu sampai ke tahap ini meskipun baru berusia 14 tahun.

Emas Quan menjadikan pungutan emas China meningkat kepada 33 emas

Pingat emas yang dimenangi oleh Quan menjadikan pungutan emas keseluruhan China bertambah ke angka 33 emas dengan markah keseluruhan dikumpul olehnya dalam kelima-lima pusingan akhir adalah 466.20.

Rekod Quan Hongchan ini sesungguhnya mengulang kembali rekod ajaib yang sama dilakukan oleh penerjun China, Fu Mingxian yang juga berusia 14 tahun sewaktu memenangi pingat emas di Olimpik Barcelona 1992.

Baca juga kisah menarik di Olimpik Tokyo 2020 :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Macam-Macam Brand Ada! Netizen Kagum Dengan Lelaki Ini Yang Buat Payung Daripada Pembungkus Makanan Macam-Macam Brand Ada! Netizen Kagum Dengan Lelaki Ini Yang Buat Payung Daripada Pembungkus Makanan
Next Article 6 Ogos 2021, Genap 76 Tahun Tragedi Sejarah Hitam Pengeboman Di Hiroshima Jepun

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?