• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

2 Lelaki Tumpas Seludup 11,700 Biji Telur Penyu Di Lawas

Oleh
Ismail NA
6 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Telur penyu ini dianggarkan bernilai lebih RM 29,000.

2 Lelaki Tumpas Seludup 11,700 Biji Telur Penyu Di Lawas. Padah membawa telur haiwan terlindung, aktiviti haram dua orang lelaki yang cuba menyeludup sejumlah besar telur penyu ke Sarawak berjaya dihidu oleh pihak berkuasa.

Isi Isi Penting
  • Telur penyu ini dianggarkan bernilai lebih RM 29,000.
  • Bawa telur penyu dari Kota Kinabalu guna jalan darat
  • 13 kotak telur penyu berjaya dirampas
  • Rekod rampasan telur penyu di Sarawak
  • Risiko makan daging penyu boleh mendatangkan keracunan kepada manusia tau. Baca lebih lanjut di sini:

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh laman FB rasmi Briged Sarawak, kedua-dua lelaki ini tumpas semasa dalam perjalanan menyeludup telur penyu dari Kota Kinabalu ke Lawas.

Aktiviti penyeludupan ini berjaya dihidu berdasarkan risikan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dan dipatahkan oleh 13 PRP daripada Kompeni ‘C’ Batalion 12 PGA Limbang serta diketuai oleh seorang pengadu.

2 Lelaki Tumpas Seludup 11,700 Biji Telur Penyu Di Lawas
Sumber: FB Briged Sarawak Laman Rasmi

Bawa telur penyu dari Kota Kinabalu guna jalan darat

Modus operandi mereka adalah dengan membawa telur penyu yang diperolehi dari Kota Kinabalu, seterusnya dibawa melalui jalan darat ke Kampung Sundar di Lawas untuk diserahkan kepada pihak pembeli.

Semasa Ops Bersepadu Khazanah sekitar jam 10 pagi, 4 Jun yang lalu, pihak PGA telah menahan kenderaan jenis double cab Toyota Hilux Vigo yang digunakan oleh dua lelaki berkenaan. Mereka telah ditahan di ICQS Merapok – Lawas.

2 Lelaki Tumpas Seludup 11,700 Biji Telur Penyu Di Lawas
Sumber: FB Briged Sarawak Laman Rasmi

Pengadu kemudian memperkenalkan diri kepada pemandu dan penumpang kenderaan berkenaan sebelum membuat pemeriksaan lanjut. Namun demikian, kedua-dua subjek gagal untuk mengemukakan dokumen pemilikan yang sah ke atas telur-telur penyu yang dibawa oleh mereka.

13 kotak telur penyu berjaya dirampas

Di bahagian belakang kenderaan, sejumlah 13 kotak telur penyu ditemui oleh pihak berkuasa, dengan satu kotak mengandungi 900 biji telur. Oleh yang demikian, jumlah keseluruhan telur penyu ini adalah sebanyak 11,700 biji telur dengan anggaran RM 29,250.00.

2 Lelaki Tumpas Seludup 11,700 Biji Telur Penyu Di Lawas
2 Lelaki Tumpas Seludup 11,700 Biji Telur Penyu Di Lawas. Sumber: FB Briged Sarawak Laman Rasmi
2 Lelaki Tumpas Seludup 11,700 Biji Telur Penyu Di Lawas
Sumber: FB Briged Sarawak Laman Rasmi

Kenderaan jenis Hilux Double Cab 3.0 A/T TRD berwarna Dark Gray yang dianggarkan bernilai RM 80,000.00 turut dirampas dalam ops berkenaan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM 109,250.00 di bawah Seksyen 29(1), Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998.

Kedua-dua lelaki warga tempatan itu ditahan di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar dan diserahkan kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC) Lawas untuk tindakan selanjutnya.

2 Lelaki Tumpas Seludup 11,700 Biji Telur Penyu Di Lawas
Sumber: FB Briged Sarawak Laman Rasmi

Rekod rampasan telur penyu di Sarawak

Sebelum ini, rampasan telur penyu terbesar yang pernah direkodkan di Sarawak ialah sebanyak 438 biji, yang berjaya dipatahkan oleh SFC pada tahun 2019 di Pasar Tamu Kubah Ria, Kuching. Kesalahan tersebut dilakukan oleh seorang lelaki dan telah dijatuhkan hukuman denda RM 10,000.

Syabas diucapkan buat pasukan PGA Sarawak atas kejayaan ini demi pemeliharaan spesis terlindung.

Risiko makan daging penyu boleh mendatangkan keracunan kepada manusia tau. Baca lebih lanjut di sini:

SUMBER :FB Briged Sarawak Laman Rasmi
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Turki Secara Rasmi Kini Dikenali Sebagai Turkiye
Next Article Terletak Di Tepi Pantai, Warung Rani Di Pasir Panjang Ini Tawar Pelbagai Menu Menarik Buat Anda

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?