• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

20 Tahun Terbengkalai Kini Diubah Suai, Hotel Sky Bar Pertama Di Kuching Bakal Mula ‘Renovate’ Bulan Depan

Oleh
Nazihah AN
29 Mei 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
20 Tahun Terbengkalai Kini Diubah Suai, Hotel Sky Bar Pertama Di Kuching Bakal Buka Bulan Depan

Hotel terletak bersebelahan dengan Shell dan tidak jauh dari Hospital Umum Sarawak.

20 Tahun Terbengkalai Kini Diubah Suai, Hotel Sky Bar Pertama Di Kuching Bakal Mula ‘Renovate’ Bulan Depan. Setelah 20 tahun lebih dibiarkan terbengkalai, bangunan lama di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce akan kembali beroperasi semula.

Dipetik dari The Borneo Post, bangunan ini bakal mula diubah suai pada bulan depan. Dan yang menariknya, bangunan yang direnovate ini menjadi hotel Roxy dan terdapat skybar pertama di Kuching.

20 Tahun Terbengkalai Kini Diubah Suai, Hotel Sky Bar Pertama Di Kuching Bakal Mula 'Renovate' Bulan Depan
20 Tahun Terbengkalai Kini Diubah Suai, Hotel Sky Bar Pertama Di Kuching Bakal Mula ‘Renovate’ Bulan Depan. Sumber gambar: FB John Rantai

Roxy Impiana Hotel akan menjadi penambahan terbaru kepada rangkaian Roxy Hotel yang dimiliki oleh pemaju Tecktonic & Sons Holdings Sdn Bhd.

Pengarah Urusan Lee Chin Teck berkata beliau telah mengambil masa selama setahun untuk mengubahsuai bangunan lapan tingkat yang dulunya digunakan sebagai Impiana Hotel.

“Bangunan ini dibina pada tahun 1967 dan terbengkalai selama lebih dari 20 tahun, oleh itu orang mengatakan bahawa bangunan ini ‘berpenunggu’. Ini juga sebabnya tawaran untuk mendapatkan bangunan ini hanya RM3.5 juta, jauh lebih rendah berbanding apa yang dimiliki oleh pemilik sebelum ini,” kata beliau.

20 Tahun Terbengkalai Kini Diubah Suai, Hotel Sky Bar Pertama Di Kuching Bakal Mula 'Renovate' Bulan Depan
Sumber gambar: FB John Rantai

Lee yakin bahawa apabila Roxy Impiana Hotel dibuka, ia akan menjadi hotel butik yang sangat cantik.

“Ia akan mempunyai 50 bilik dengan enam unit apartmen berkhidmat, dan saya juga telah menubuhkan sky bar di atas bumbung bangunan.

“Saya berharap pada bulan hadapan dapat membuka Roxy Impiana Hotel dan setelah dibuka, ia akan menjadi perbincangan di kalangan orang ramai,” katanya.

Pada awal pembinaannya, bangunan ini dikenali sebagai Country View Hotel yang mempunyai tempat karaoke yang popular. Ia kemudian diubah nama kepada Impiana Hotel pada akhir tahun 1980-an, dan ditutup untuk selama-lamanya pada awal 2000-an.

20 Tahun Terbengkalai Kini Diubah Suai, Hotel Sky Bar Pertama Di Kuching Bakal Mula 'Renovate' Bulan Depan
20 Tahun Terbengkalai Kini Diubah Suai, Hotel Sky Bar Pertama Di Kuching Bakal Mula ‘Renovate’ Bulan Depan. Sumber gambar: FB John Rantai

Lee juga mengumumkan bahawa terdapat lagi hotel dalam jajaran Roxy Hotel yang akan dibina.

“Saya juga telah membeli Singgahsana Lodge yang terletak berhadapan dengan Harbour View Hotel dan Kuil Tua Pek Kong, dan saya merancang untuk membina semula bangunan itu. Saya juga akan membuka lebih banyak hotel termasuk di Asajaya, Selangau, dan Tatau.

“Impian saya, untuk membina setiap hotel di semua bandar kecil di Sarawak supaya orang ramai dapat datang dan menikmati keindahan Sarawak,” katanya.

Sehingga kini, terdapat lapan cawangan Roxy Hotel di seluruh negeri, iaitu Roxy Hotel Kuching, Roxy Hotel Padungan, Roxy Sematan, Roxy Hotel Serian, Roxy Serabang, Roxy Tasik Biru Floating Chalets, Roxy Hotel Sri Aman, dan Roxy Hotel Samarahan.

20 Tahun Terbengkalai Kini Diubah Suai, Hotel Sky Bar Pertama Di Kuching Bakal Mula 'Renovate' Bulan Depan
Sumber gambar: FB John Rantai

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah:

Bakal Menjadi Sky Bar Pertama Di Kuching, Hotel Impiana Yang Terbengkalai Kini Diubah Suai
Berita Baik Buat Warga Sri Aman, Lepapa Hypermarket Dan Roxy Hotel Kini Dibuka Secara Rasmi
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hampir 4K Share, Wanita Ini Kongsi Resipi 'Mint Langkau' Minuman Special Sempena Gawai Hampir 4K Share, Wanita Ini Kongsi Resipi ‘Mint Langkau’ Minuman Special Sempena Gawai
Next Article Ramai Tertipu, Video Ragut Kedai Emas Di Kota Kinabalu Hanya ‘Prank’ Semata-Mata

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?