Kesemuanya Berasal Dari China
3 lagi suspek virus Wuhan Coronavirus di Malaysia kini disahkan positif, menurut laporan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia awal pagi tadi.
Kesemua yang positf tersebut setakat ini hanya kes yang melibatkan warganegara China dan juga hanya di Semenanjung Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia turut memuatnaik senarai berita palsu berkaitan dengan Wuhan Coronavirus di Malaysia dan juga tindakan mereka.
Jaga Kebersihan Kerana Ianya Sangat Penting
Salah satu cara bagi mengekang virus dari merebak adalah dengan menjaga kebersihan sebaik-baiknya. Adalah penting untuk menjaga kebersihan bagi memastikan persekitaran terjaga.

