• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

3 Pelajar Menengah Ini Rekod Penemuan Spesies Kulat Karang Pertama Di Sabah

Oleh
Nazihah AN
24 September 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
3 Pelajar Menengah Ini Rekod Penemuan Spesies Kulat Karang Pertama Di Sabah

Penemuan Spesies Kulat Langka di Bukit UMS

3 Pelajar Menengah Ini Rekod Penemuan Spesies Kulat Karang Pertama Di Sabah. Sekumpulan tiga pelajar sekolah menengah mencatat sejarah apabila mereka menemui sejenis kulat jarang ditemui, Phaeoclavulina cokeri, di Bukit Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Penemuan ini disifatkan sebagai penemuan penting dalam kajian biodiversiti kulat di Sabah, terutamanya kerana kulat ini biasanya hanya ditemui di negara-negara seperti Amerika Utara, China, India, dan beberapa negara di Asia Tenggara.

3 Pelajar Menengah Ini Rekod Penemuan Spesies Kulat Karang Pertama Di Sabah
Sumber: BERNAMA

Pelajar Sabah Teroka Rahsia Kepelbagaian Kulat di Hutan Malaysia

Pelajar yang terlibat dalam penemuan ini ialah Muhammad Agil Fahmi Mahadimenakbar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebobon, Muhammad Daniel Ashraff Abdullah dari SMK Likas, dan Cleasha Joiee Alfius dari Sekolah Menengah All Saint. Mereka mengambil bahagian dalam program Friends of BORNEENSIS (FOB 2024), satu inisiatif yang dianjurkan oleh Institut Biologi dan Pemuliharaan Tropika (IBTP), UMS yang memberi fokus kepada pembelajaran langsung mengenai biodiversiti tempatan.

Menurut kenyataan UMS, penemuan Phaeoclavulina cokeri di Sabah ini sangat signifikan kerana kali terakhir kulat ini direkodkan di rantau Asia Tenggara adalah lebih 60 tahun yang lalu. Kulat ini terkenal dengan struktur bercabang yang menyerupai karang, menjadikannya mudah dikenali. Pada asalnya, kulat ini diklasifikasikan di bawah genus Ramaria oleh ahli mikologi British EJH pada 1960-an, namun analisis taksonomi pada 1976 telah mengklasifikasikan semula kulat ini ke dalam genus Phaeoclavulina.

3 Pelajar Menengah Ini Rekod Penemuan Spesies Kulat Karang Pertama Di Sabah
3 Pelajar Menengah Ini Rekod Penemuan Spesies Kulat Karang Pertama Di Sabah

Penemuan ini mencetuskan minat mendalam dalam kalangan penyelidik yang melihat potensi besar untuk kajian lanjut mengenai kepelbagaian kulat di Sabah, khususnya di kawasan hutan hujan tropika yang kaya dengan flora dan fauna unik.

Selain Phaeoclavulina cokeri, beberapa pelajar lain yang turut menyertai program FOB 2024 juga berjaya menemui spesies kulat jarang ditemui yang lain. Sean Ho Min Jun dari Sekolah Menengah Lok Yuk Kota Kinabalu, Eory Glory Dharius dari Sekolah Kebangsaan Rungus, dan Isaac Sin Sang dari SMK Likas berjaya menemukan Marasmius elegans, yang lebih dikenali sebagai kulat payung terjun baldu.

Marasmius elegans dikenali dengan topi berwarna coklat kemerahan dan tangkainya yang keputihan serta bulu putih di pangkalnya. Kulat ini biasanya ditemui di hutan kayu putih di Australia dan pertama kali diklasifikasikan sebagai Collybia elegans oleh ahli mikologi Australia John Burton Cleland pada tahun 1933. Pada 1997, kulat ini dipindahkan ke genus Marasmius oleh Cheryl Grgurinovic.

Pengarah IBTP, Profesor Dr Fiffy Hanisdah Saikim, menyatakan bahawa penemuan-penemuan ini bukan sahaja memperkaya pengetahuan tentang kepelbagaian kulat di Sabah tetapi juga membuka mata tentang potensi besar yang belum diterokai di hutan-hutan Malaysia, terutamanya dalam bidang kajian biodiversiti yang semakin berkembang.

Baca juga artikel menarik di bawah:

Graduan TVET Sabah Sarawak, Ini Peluang Emas Sambung Kerjaya Minyak Dan Gas
Tular Pelajar Di Pedalaman Sabah Terpaksa Jalan Kaki Satu Jam, Lalu Jalan Becak Ke Sekolah

SUMBER :BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sabah Berjaya Raih 12 Emas, 7 Perak Dan 8 Gangsa Di Para SUKMA 2024
Next Article Sarawak Dijadualkan Tandatangani Perjanjian Jual Beli Saham Majoriti Affin Bank Jumaat Ini Sarawak Dijadualkan Tandatangani Perjanjian Jual Beli Saham Majoriti Affin Bank Jumaat Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?