Celcom, Maxis dan Digi : Pilihan Telco Terbaik Mengikut Keperluan Anda di Borneo
3 Pilihan Telco Mantap Jika Anda Berada di Sabah dan Sarawak. Jika anda berada di Sabah mahu pun Sarawak, sama ada anda datang ke sini atas urusan kerja, menyambung pengajian atau pun anda sendiri adalah rakyat Sabah dan Sarawak, telefon bimbit adalah suatu keperluan. Pada zaman yang hampir masuk ke era Wawasan 2020 ini, internet atau data sememangnya menjadi pelengkap kepada telefon pintar anda. Kalau tak ada data, terasa kurang pintar pula telefon anda itu kan?
Pilihan telco juga bergantung dengan fungsi rutin anda menggunakan data sama ada anda memerlukan banyak urusan muat turun, muat naik, atau anda seorang yang kaki gamers, atau mungkin anda seorang yang suka layan streaming K-Drama. Setiap telco mempunyai kelebihannya sendiri tau. Di sini kami sertakan kelebihan 3 telco yang terbaik untuk digunakan di Sabah dan Sarawak iaitu Celcom, Maxis dan Digi. Jum kita start!
Untuk Liputan 4G Terbaik, Pilihlah CELCOM
Menurut laporan Opensignal untuk suku tahun ketiga 2019, prestasi Celcom berada di tangga yang teratas dari segi liputan 4G di Sabah dan Sarawak. Kedua-duanya diekori rapat oleh Maxis di Sarawak manakala Digi di Sabah. Kemudahan liputan 4G ini penting bagi memastikan liputan data anda mencapai kelajuan yang tinggi walaupun anda berada di kawasan yang terpencil.
Menurut International Telecommunication Union (ITU) di bawah naungan United Nations (UN), sesuatu rangkaian itu diiktiraf sebagai rangkaian 4G sekiranya kadar muat turun adalah 1 Gbps dalam keadaan pegun, manakala 100 Mbps dalam keadaan bergerak seperti dalam kereta api atau tren. Namun, kebanyakan industri telekomunikasi di Malaysia masih belum mampu mencapai piawaian tersebut dan menggunakan Long Term Evolution (LTE) sebagai pelopor kepada rangkaian 4G sepenuhnya. LTE atau 3.9G boleh mencapai 10 kali ganda kelajuan capaian berbanding 3G. Sebab itulah rangkaian 4G di Malaysia disebut sebagai 4G-LTE.
Untuk Muat Turun Paling Pantas, Lamarlah MAXIS
Kaki-kaki K-Drama atau sesiapa sahaja yang bekerja dengan urusan memuat turun fail terutamanya yang bersaiz besar, Maxis adalah pilihan terbaik anda diikuti oleh Celcom. Jika di Sarawak, kelajuan muat turun Maxis boleh mencapai sehingga 17.6 Mbps jika dibandingkan dengan Unifi iaitu hanya sekitar 5 Mbps. Kelajuan muat turun Celcom juga tidak jauh berbeza dengan Maxis iaitu pada kelajuan 15.1 Mbps. Kelajuan muat turun ini sudah tentu mempengaruhi tontonan multimedia yang mempunyai resolusi tinggi. Kedua-dua telco ini setakat ini bersaing rapat untuk menjadi telco terbaik, bukan sahaja di Sabah dan Sarawak tetapi juga di seluruh Malaysia.
Untuk Muat Naik Paling Power, DIGI lah Jawapannya
Untuk kelajuan muat naik pula, Digi berada di tangga teratas mengalahkan Maxis dan Celcom. Muat naik terpantas dicatatkan di Sarawak iaitu dengan kelajuan 7.3 Mbps manakala 6.7 Mbps di Sabah. Jika anda merupakan content creators yang sentiasa memuat naik content anda tidak kiralah sama ada ke Youtube, Facebook atau Instagram, Digi merupakan sahabat sejati anda jika anda berada di Sabah dan Sarawak.
Perbandingan Keseluruhan Telco di Sabah dan Sarawak
Kesemua hasil laporan Opensignal ini dinilai berdasarkan ITU. Jadi, secara keseluruhannya, jika anda inginkan kombo yang berbaloi, rasanya Celcom adalah pilihan yang agak bijak setakat ini. Namun, pilihan ini juga bergantung kepada bajet anda dan pelan yang ditawarkan oleh telco, betul tak?
Apa pendapat anda? Adakah ketiga-tiga telco ini benar-benar menjadi pilihan di Sabah dan Sarawak? Kongsikan pandangan anda serta jangan lupa like dan share post ini.