• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

334 Acara Dan 1,528 Atlet Sertai Para SUKMA Di Kuching

Oleh
Farisha
15 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Persiapan menyeluruh untuk menjayakan Para SUKMA XXI Sarawak 2024

334 Acara Dan 1,528 Atlet Sertai Para SUKMA Di Kuching. Sebanyak 1,528 atlet dari 16 kontinjen akan mengambil bahagian dalam temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) ke-21 yang akan berlangsung di Sarawak pada 22 hingga 28 September ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah memaklumkan temasya itu turut disertai 49 atlet sokongan, 788 pegawai dan 75 urus setia kontinjen.

334 Acara Dan 1,528 Atlet Sertai Para SUKMA Di Kuching
334 Acara Dan 1,528 Atlet Sertai Para SUKMA Di Kuching

Beliau memberitahu 334 acara daripada 10 sukan Para SUKMA akan dipertandingkan di Kuching. Menurut sumber, lokasi untuk olahraga adalah di Stadium Sarawak, renang (Pusat Akuatik Pandelela Rinong), badminton (Dewan Persatuan Badminton Sarawak BDC), pingpong (SJK Chung Hua No 3) dan boling (Megalane E-Mart Batu Kawa).

Sementara itu, Fatimah menyatakan sebanyak 85 atlet baharu telah dikenal pasti di Sarawak melalui program Jelajah Talent Identification Para-SUKMA 21 dalam usaha menjadikan Sarawak juara keseluruhan temasya ini. Program berkenaan dijalankan di Kuching, Sibu, Miri dan Sri Aman dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS).

Latihan berpusat telah diadakan untuk atlet-atlet Para SUKMA di bahagian masing-masing sejak Januari lalu sebelum sesi latihan intensif bermula pada Julai ini. Dalam majlis itu, Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Razi Sitam telah diumumkan sebagai Chef de Mission untuk Para SUKMA ke-21.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Bakal Buru Gelaran Juara Keseluruhan, Sarawak Setuju Jadi Tuan Rumah SUKMA 2024
Kenali Satria Dan Satrina, Maskot Rasmi SUKMA Sarawak 2024
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelancong Taiwan Tersentuh Dengan Kebaikan Hati Rakyat Sabah
Next Article Bonnie Bunyau Dinobatkan Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?