• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

36 Kotak Dadah Zombie Fentanyl Berjaya Dirampas Dari Masuk Malaysia

Oleh
Nazihah AN
19 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
36 Kotak Dadah Zombie Fentanyl Berjaya Dirampas Dari Masuk Malaysia

807.9 kilogram (kg) dadah jenis fentanyl dianggarkan bernilai RM44.4 juta

36 Kotak Dadah Zombie Fentanyl Berjaya Dirampas Dari Masuk Malaysia. Pada kali pertama, Malaysia telah merampas dadah fentanyl yang dikatakan lebih kuat 20 hingga 40 kali daripada heroin dan 100 kali daripada morfin.

“Jika ia dicampur dengan xylazine, ia akan menyebabkan orang menjadi seperti zombi,” kata Sazali Mohamad, Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan).

36 Kotak Dadah Zombie Fentanyl Berjaya Dirampas Dari Masuk Malaysia

Boleh mengubah penagihnya menjadi seperti ‘zombi’ jika dicampur dengan dadah lain seperti xylazine

Jabatan Kastam telah merampas 807.9kg fentanyl bernilai RM44.4 juta di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9 Dis.

Hasil siasatan awal mendapati ia dihantar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai, India, dan transit di Kompleks Kargo KLIA sebelum dibawa ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu, menggunakan laluan udara.

“Jika tengok dalam media sosial, ada negara di mana berlaku kes rakyatnya menjadi ‘zombi’ disebabkan dadah jenis itu. Justeru, sangat berbahaya kalau ia berleluasa di negara kita”

36 Kotak Dadah Zombie Fentanyl Berjaya Dirampas Dari Masuk Malaysia

Sazali berkata, modus operandi sindiket itu adalah dengan mengisytiharkan barang yang mengandungi dadah sebagai sebatian wangi, dan menambah bahawa fentanyl yang dirampas boleh digunakan oleh kira-kira 4 juta pengguna dadah.

Ia biasanya digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami kesakitan teruk, terutamanya selepas pembedahan.

Lagi artikel semasa, anda boleh baca di pautan bawah:

Kedai Bakeri Sarawak, Taka Sah Miliki Sijil Halal Sejak Cawangan Pertama Satok Pada Tahun 1986
Ini Sebab Mengapa Malaysia Tidak Akan Buat PKP Meskipun COVID19 Kembali Meningkat
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Sebab Utama Mengapa Jakarta Bakal Menjadi Mantan Ibu Kota Indonesia
Next Article Tengkorak Manusia Dipercayai Ditemui Dalam Longkang Di Sibu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?