• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

4 Individu Kantoi Asyik Berjudi ‘Holo’ Semasa PKPB Ditahan Di Bau

Oleh
ILB - AI
31 Mei 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

4 individu tersebut terdiri dari 3 orang rakyat Indonesia dan seorang rakyat Malaysia

4 Individu Kantoi Asyik Berjudi ‘Holo’ Semasa PKPB Ditahan Di Bau. 3 rakyat indonesia dan seorang rakyat Malaysia ditahan di sebuah rumah sewa di Jalan Mas, Bau malam tadi selepas disyaki terlibat dengan judi haram.

4 Individu Kantoi Asyik Berjudi 'Holo' Semasa PKPB Ditahan Di Bau
4 Individu Kantoi Asyik Berjudi ‘Holo’ Semasa PKPB Ditahan Di Bau

Kesemua individu tersebut ditahan selepas diserbu pasukan Polis Diraja Malaysia pada pukul 8 malam.

Ketika diserbu, kesemua suspek yang berumur sekitar 25 sehingga 46 tahun itu sedang asyik bermain judi ‘holo’.

Serbuan tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon dan beliau turut menyatakan pelbagai alatan dan kelengkapan berjudi dirampas termasuk dadu holo dan juga wang tunai.

Kesemua suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Bau untuk tindakan selanjutnya. Difahamkan juga kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah masa lampau.

Suspek tempatan dikatakan berasal dari Kampung Batu Sepit, manakala 2 orang warga indonesia pula dikatakan berasal dari Kalimantan Barat dan juga Jawa Tengah.

Keempat-empat suspek kini ditahan di bawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Dalam pada yang sama, keempat-empat suspek turut disiasat di bawah Peraturan 3 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah dan di dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No. 6) 2020. 

Selain itu, tiga suspek yang merupakan warganegara Indonesia turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1963.

Baca juga artikel lain berkaitan perlanggaran PKPB :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sejarah Tercipta, Space X Muncul Syarikat Swasta Pertama Hantar Manusia Ke Angkasa
Next Article Kerajaan Benarkan ATM Beroperasi Seperti Biasa, Tiada Lagi Had Sehingga Pukul 8 Malam

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?