• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

4 Kuntum Bunga Rafflesia Keithii Ditemui, Jom ke Poring Sabah Untuk Lihat Dengan Lebih Dekat

Oleh
Nazihah AN
14 Januari 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
4 Kuntum Bunga Rafflesia Keithii Ditemui, Jom ke Poring Sabah Untuk Lihat Dengan Lebih Dekat

Wah spesis yang sangat rare ini dah mula mekar!

4 Kuntum Bunga Rafflesia Keithii Ditemui, Jom ke Poring Sabah Untuk Lihat Dengan Lebih Dekat. Warga Sabah dan pengunjung yang ke Sabah, anda tidak perlu lagi masuk jauh ke dalam hutan untuk melihat bunga Rafflesia. Anda boleh melihat spesis yang jarang ditemui ini di Pusat Konservasi Rafflesia, Kolam Air Panas Poring, Ranau.

Isi Isi Penting
  • Wah spesis yang sangat rare ini dah mula mekar!
  • Terdapat 3 spesis bunga Rafflesia anda boleh jumpa di Sabah
  • Pernah direkodkan Rafflesia Keithii yang terbesar berukuran 90cm diameter
  • Lagi di sini:

Dipetik dari BERNAMA, bunga Rafflesia ini ialah sejenis parasit yang tumbuh pada pokok lain (tetrastigma spp), pada peringkat awalnya berwarna coklat dan bertukar kepada warna ‘peach’ apabila mekar. Beratnya juga mencecah antara 10kg hingga 20kg setiap satu.

Menurut Pegawai Penyelidik Botani Taman Sabah (TTS) Matsain Mohd Buang menegluarkan satu kenyataan bahawa hanya Rafflesia Keithii yang ditanam di pusat pemuliharaan tersebut.

4 Kuntum Bunga Rafflesia Keithii Ditemui, Jom ke Poring Sabah Untuk Lihat Dengan Lebih Dekat
4 Kuntum Bunga Rafflesia Keithii Ditemui, Jom ke Poring Sabah Untuk Lihat Dengan Lebih Dekat

Terdapat 3 spesis bunga Rafflesia anda boleh jumpa di Sabah

Tambah beliau juga, hanya terdapat 3 spesis bunga Rafflesia iaitu Rafflesia Keithii yang biasanya tumbuh di kawasan tanah pamah manakala Rafflesia Pricei boelh ditemui di kawasan tanah tinggi. Dan bunga Rafflesia Tengku-Adlinii, boleh didapati di Gunung Trusmadi dan Lembangan Maliau.

” Untuk bulan ini sahaja (Januari 2022), empat kuntum bunga Rafflesia Keithii telah mekar di pusat pemuliharaan ini dan terdapat empat lagi kuntum tumbuh dan dijangka mekar tidak lama lagi.” tambah beliau kepada pihak media.

Bunga Raffleisa ini mengambil masa kira-kira sembilan bulan untuk mekar, tetapi hnaya mampu hidup selama seminggu dengan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan untuk menarik serangga seperti lalat untuk proses pendebungaan.

4 Kuntum Bunga Rafflesia Keithii Ditemui, Jom ke Poring Sabah Untuk Lihat Dengan Lebih Dekat
Sumber gambar: FB Frank Deschandol

Pernah direkodkan Rafflesia Keithii yang terbesar berukuran 90cm diameter

Didapati bahawa sepanjang tahun lalu, sebanyak 11 bunga Rafflesia telah mekar di pusat pemuliharaan ini, dan saiznya antara kira-kira berukuran 70cm sehingga 90cm. Juga telah direkodkan bahawa setakat ini Rafflesia Keithii yang terbesar berukuran 90cm diameter ditemui di pusat pemuliharaan ini juga.

Selain Poring, spesis bunga Rafflesia Keithii yang jarang ini anda boleh temui di Kampung Kokob, Kampung Waang, Kampung Maukab dan Kampung Kesisingon di daerah Ranau serta Kampung Bongol di Kota Belud.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hujan Lebat Berterusan Sehingga 15 Januari, 8 Lagi Kawasan Di Sarawak Terjejas Hujan Lebat Berterusan Sehingga 15 Januari, 8 Lagi Kawasan Di Sarawak Terjejas
Next Article Kekerapan Penerbangan Ke Sarawak Ditambah Dari 307 Kepada 562 Seminggu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?