• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini 5 Fakta Menarik Tentang Masyarakat Kayan Yang Anda Perlu Tahu

Oleh
Farisha
14 November 2023
Kongsi
6 Min Bacaan

Antara Masyarakat Orang Ulu Yang Terbesar Di Sarawak

Ini 5 Fakta Menarik Tentang Masyarakat Kayan. Sarawak mempunyai pelbagai jenis kaum etnik di Sarawak yang menjadikan Sarawak antara negeri yang kaya dengan budaya di Malaysia. Selain masyarakat Dayak, terdapat juga kaum-kaum minoriti yang disatukan dibawah satu payung besar iaitu masyarakat Orang Ulu.

Dalam masyarakat Orang Ulu, terdapat banyak jenis kaum etnik seperti kaum Lun Bawang, Kelabit, Kenyah dan sebagainya. Salah satu daripada kaum tersebut ialah kaum Kayan. Antara masyarakat Orang Ulu yang terbesar di Sarawak, berikut adalah 5 fakta menarik tentang masyarakat Kayan (termasuk masyarakat Kayan di Kalimantan).

Ini 5 Fakta Menarik Tentang Masyarakat Kayan Yang Anda Perlu Tahu
Ini 5 Fakta Menarik Tentang Masyarakat Kayan Yang Anda Perlu Tahu. Sumber: meimeichu

1. Berasal Dari Borneo Tengah

Menurut Adrian Jo Milang @ Adrian Milang, pengamal parap dan takna’ termuda dalam masyarakat Kayan Sarawak, penyelidik dan pengamal komuniti yang dikendali oleh The Tuyang Initiative, seperti dikatakan ajaran penatua beliau, masyarakat Kayan berasal dari Borneo Tengah iaitu Apo Kayan.

Pada zaman dahulu, masyarakat ini diam di sepanjang sungai Batang Kayan. Difahamkan setelah beberapa abad, penduduk di sepanjang sungai tersebut semakin banyak, dikatakan setiap kali mereka turun mandi atau mengambil air di sungai, ia menjadi cetek dan berlumpur. Maka hidup terasa semakin sempit.

Oleh itu mereka berhijrah dalam kelompok masing-masing ke tempat lain: sebahagian besar ke utara lagi iaitu ke Tubau, Balui, Belaga dan Baram di Sarawak, manakala yang lain ke Mendalam, Kapuas Hulu dan Mahakam (Mekam) Kalimantan Indonesia.

2. Masyarakat Yang Dikenali Dengan Ketukangan Mereka

Menurut sebuah penyelidikan yang dibuat oleh Charles Hose dan William McDougall tentang masyarakat-masyarakat di Pulau Borneo yang kemudian diterbitkan pada tahun 1912, mereka mendapati masyakarat Kayan mahir dalam pertukangan, malah memuji kemahiran mereka yang begitu baik hasilnya.

“Dalam apa jua seni dan kraftangan yang dilakukan oleh masyarakat Kayan, pertukangan besi diletakkan sebagai keutamaan malah kemahiran dan ilmu yang ditunjukkan oleh mereka semasa operasi yang sukar, dimana mereka menghasilkan pedang yang hebat. Asal-usul pengetahuan mereka tentang besi dan proses peleburan dan penempaan tetap tersembunyi dalam misteri; tidak dinafikan masyarakat Kayan sudah biasa dengan proses-proses ini sebelum mereka memasuki Borneo, dan masyarakat ini mungkin adalah pekerja besi pertama di Borneo, dan dari mereka suku lain telah mempelajari kemahiran ini yang kemudian datang kejayaan yang pelbagai ukuran,” petikan yang diambil dari sebuah peranggan dalam Bab 11 Pagan Tribes of Borneo.

Mereka juga berkata walaupun suku etnik lain mempunyai kemahiran ini, masyarakat Kayan masih dianggap sebagai masyarakat yang paling mahir dalam pertukangan besi di negara ini, hanya dicabar oleh sebuah lagi masyarakat Orang Ulu iaitu masyarakat Kenyah dalam pengeluaran parang.

Ini 5 Fakta Menarik Tentang Masyarakat Kayan Yang Anda Perlu Tahu
Ini 5 Fakta Menarik Tentang Masyarakat Kayan Yang Anda Perlu Tahu. Parang digelar sebagai malat dalam masyarakat Kayan.

3. Tatu Yang Menghiasi Lengan Wanita Kayan Mempunyai Fungsi Untuk Dunia Akhirat

Kebanyakan masyarakat di Borneo mempunyai amalan tatu dan masyarakat Kayan tidak berbeza. Malah, masyarakat ini mempunyai tatu atau dipanggil tedek yang paling rumit di antara kaum etnik di Borneo. Untuk masyarakat Kayan, hanya wanita sahaja akan bertatu tetapi terdapat juga di kalangan lelaki yang bertatu; ia terhad kepada orang yang tertentu sahaja.

Ini 5 Fakta Menarik Tentang Masyarakat Kayan Yang Anda Perlu Tahu
Tatu Kayan merupakan antara tatu yang mempunyai design yang rumit jika dibandingkan dengan tatu masyarakat Borneo yang lain.

Tatu dalam masyarakat Kayan bagi kaum wanita mereka merupakan simbol kematangan, kecantikan dan sistem kasta keluarga mereka. Ia adalah satu adat yang harus dituruti bagi kaum wanita sebelum mereka berkahwin.

Bagi masyarakat Kayan Mendalam pula, selain daripada sebagai simbol yang dinyatakan, tatu tersebut dipercayai mempunyai fungsi di dunia akhirat. Mereka mempercayai tatu yang di lengan, paha dan kaki mereka akan menyala umpama ‘lampu suluh’ untuk menerangi jalan mereka melalui sebuah gua sebelum tiba ke alam seterusnya.

4. Mempunyai Pesta Menuai Sendiri, And No, It’s Not Called ‘Gawai’!

Sekiranya kita sebut ‘pesta menuai’ di Sarawak, kita akan segera berfikir masyakarat Dayak dan pesta Gawai. Tapi tahukah anda masyarakat Kayan juga mempunyai pesta menuai mereka sendiri?

Menurut Adrian, pesta menuai ini digelar sebagai Ledoh atau Lemdoh manakala di Kalimantan, ia digelar sebagai Dangeh dan di Baram pula, ia digelar sebagai Lunau.

Pesta ini yang dahulunya adalah upacara adat dianjurkan setiap tahun. Dulu, ia diadakan pada awal bulan April tetapi sekarang ia dianjurkan pada hujung bulan Mei. Setelah beberapa dekad pesta atau upacara adat ini tidak diadakan, ia dihidupkan semula oleh masyarakat Kayan Balui (kini sudah berpindah ke Sungai Asap) bermula pada tahun 2015 dan disambut secara besar-besaran.

Ini 5 Fakta Menarik Tentang Masyarakat Kayan Yang Anda Perlu Tahu
Para lelaki dalam pakaian tradisi Kayan semasa Lemdoh. Kredit: Mei Mei Chu

5. Seperti Kaum Etnik Lain Sebelum Memeluk Agama, Masyarakat Kayan Mempunyai Kepercayaan Sendiri. Malah, Mereka Sempat Lagi Mengamalkan Kepercayaan Lain Sebelum Datangnya Kristian

Menurut Adrian lagi seperti dikatakan orang tua didalam masyarakatnya, beberapa abad yang lalu, mereka mengamalkan kepercayaan sendiri iaitu Adat Dipui. Mereka kemudian memeluk kepercayaan Bungan yang dibawa oleh masyarakat Kenyah dari Kalimantan awal abad ke 20.

Seperti masyarakat kaum etnik lain apabila misi Kristian datang ke Borneo, masyarakat Kayan kemudian memeluk agama Kristian setelah sekian lama mengamalkan kepercayaan Bungan yang diperkenalkan oleh masyarakat Kenyah. Oleh itu, kebanyakan dari mereka dalam masyakarat Kayan beragama Kristian sehingga hari ini.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Boleh Akibatkan Maut, Ini 5 Ilmu ‘Mistik’ Yang Pernah Diamalkan Masyarakat Dayak
Tradisi Tattoo Dalam Kalangan Masyarakat Iban di Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tunang Hilang Menjelang Majlis Kahwin, Rupanya Lelaki Ini Hampir Kahwini Isteri Orang Tunang Hilang Menjelang Majlis Kahwin, Rupanya Lelaki Ini Hampir Kahwini Isteri Orang
Next Article Enggan Pelarian Palestin Masuk Sarawak, Pendirian Aktivis Ini Undang Kontroversi Enggan Pelarian Palestin Masuk Sarawak, Pendirian Aktivis Ini Undang Kontroversi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?