I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: 5 Fakta Menarik Tentang Udang Geragau Atau Bubuk Sarawak Yang Anda Perlu Tahu
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

5 Fakta Menarik Tentang Udang Geragau Atau Bubuk Sarawak Yang Anda Perlu Tahu

Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 28/05/22 1:00 PM
Kongsi
6 Min Bacaan
Kongsi

Anda minat belacan dari Sarawak?!

5 Fakta Menarik Tentang Udang Geragau Atau Bubuk Sarawak Yang Anda Perlu Tahu. Siapa yang tidak kenal dengan belacan Bintulu ataupun Miri? Kalau belacan ini dijadikan hidangan sambal, memang ‘belalak’ sehingga menjilat jari dibuatnya. Tetapi, tahukah anda bahawa produk yang sangat berguna dalam masakan masyarakat Malaysia ini perlu menunggu satu musim yang penting untuk mendapatkan bekalan utamanya iaitu udang geragau. Untuk penduduk di Sarawak, udang geragau ini disebut sebagai bubuk.

Isi-Isi Penting
Anda minat belacan dari Sarawak?!1. Istimewa di perairan Utara Sarawak2. Diancam kepupusan3. Seekor bubuk hasilkan 1,700 biji telur4. Hanya boleh ditangkap menggunakan ‘sobor’5. Boleh turun harga sehingga RM 2 sekilogramBaca juga artikel tentang haiwan lain yang ada di Borneo :

Udang bersaiz kecil dengan nama saintifik Acetes intermedius dan Acetes indicus ini merupakan bahan yang sangat penting dalam industri pembuatan belacan dan makanan laut bernilai tinggi. Jadi, mari kita singkap 5 fakta menarik tentang bubuk Sarawak yang perlu anda tahu.

1. Istimewa di perairan Utara Sarawak

Udang geragau ataupun bubuk ini lebih istimewa dan boleh dikatakan menjadi mercu tanda bahagian di Utara Sarawak kerana populasinya lebih banyak tertumpu di perairan itu. Malah, para nelayan di bahagian Bintulu, Miri, Limbang hinggalah ke Lawas tidak akan melepaskan kesempatan ini untuk mengaut hasil bubuk di lautan memandangkan bubuk ini hanya datang pada musim tertentu sahaja.

Kebiasaannya, musim utama bubuk adalah pada awal tahun iaitu sekitar bulan Januari hingga Mac.

Walaupun bubuk juga boleh diperolehi di kawasan lain di Sarawak, namun kebanyakan pembeli terutamanya pembuat belacan dan cencaluk mengakui bahawa bubuk yang ditangkap di Bintulu mempunyai rasa yang lebih enak dan segar. Bahkan, jenama belacan dari Bintulu dan Miri menjadi rebutan ramai, bukan sahaja di Sarawak tetapi juga di Semenanjung Malaysia serta Brunei dan Singapura.

Sebab itu juga lah barangkali belacan Bintulu sangat terkenal dan menjadi buruan ramai.

Ini 5 Fakta Menarik Tentang Udang Geragau Atau Bubuk Sarawak Yang Anda Perlu Tahu
5 Fakta Menarik Tentang Udang Geragau Atau Bubuk Sarawak Yang Anda Perlu Tahu. Sumber : Youtube Zawsze

2. Diancam kepupusan

Walaupun bubuk ini dilihat ditangkap dengan begitu banyak, namun tahukah anda bahawa bubuk ini sebenarnya merupakan hidupan laut yang diancam kepupusan? Menurut laporan Jabatan Perikanan Laut Sarawak, jumlah tangkapan bubuk pada tahun 2017 hanyalah sekitar 47% iaitu kurang daripada had penangkapan yang dibenarkan iaitu sebanyak 50%. Jumlah ini jauh masih rendah dan ini dikhuatiri boleh menganggu sumber ekonomi nelayan tempatan.

Rekod menunjukkan jumlah pendaratan bubuk di Miri menurun dengan drastik kepada hanya 709 tan metrik pada tahun 2017 berbanding 2,000 tan metrik pada tahun 2016.

Ini 5 Fakta Menarik Tentang Udang Geragau Atau Bubuk Sarawak Yang Anda Perlu Tahu
Ini 5 Fakta Menarik Tentang Udang Geragau Atau Bubuk Sarawak Yang Anda Perlu Tahu
Sumber : Borneo Post

3. Seekor bubuk hasilkan 1,700 biji telur

Walaupun saiz udang geragau ini sangat kecil, namun hidupan laut ini sebenarnya boleh menetaskan telur sebanyak 1,700 biji telur. Bukan itu sahaja, udang geragau ini juga mempunyai anggaran hayat selama 158 hari sahaja.

Ini 5 Fakta Menarik Tentang Udang Geragau Atau Bubuk Sarawak Yang Anda Perlu Tahu
Sumber : Berita Harian

4. Hanya boleh ditangkap menggunakan ‘sobor’

Memandangkan status bubuk ini sudah dikira terancam, penggunaan pukat tunda atau team brawl untuk mengaut bubuk ini sudah pun diharamkan sepenuhnya. Ini bertujuan bagi menyeimbangkan jumlah pendaratan bubuk dengan nelayan kecil yang menangkap bubuk. Susulan itu, hanya penggunaan sobor dibenarkan untuk menangkap bubuk. Sobor merupakan sejenis pukat kecil yang dipasang pada perahu nelayan kecil.

Para nelayan juga mestilah mempunyai permit peralatan sobor untuk menggunakan peralatan ini. Biasanya lesen ini dikeluarkan kepada nelayan tradisi yang memiliki lesen vesel dan peralatan yang sah. Sebagai contoh, permit yang dikeluarkan oleh JPLS Miri dengan yuran RM 1 ini adalah sah untuk satu musim bubuk yang biasanya jatuh pada bulan Mac hingga Jun.

Ini 5 Fakta Menarik Tentang Udang Geragau Atau Bubuk Sarawak Yang Anda Perlu Tahu
Sumber : Andrea Boult via Pinterest

Para nelayan yang menangkap bubuk ini juga dikehendaki untuk menghantar laporan data pendaratan bubuk secara bulanan pada penghujung setiap musim permit untuk tujuan rekod pendaratan.

Bubuk ini juga dilarang untuk ditangkap oleh warga asing termasuklah warga Suluk.

5. Boleh turun harga sehingga RM 2 sekilogram

Disebabkan bubuk ini kebiasaannya diperolehi dalam jumlah yang besar oleh sesebuah kumpulan nelayan, harga jualannya boleh turun sehingga RM 2 untuk sekilogram. Untuk pembelian secara gantang pula, bubuk ini kebiasaannya dijual dengan harga RM 25 hingga RM 30 segantang.

Pada zaman teknologi ini, para pengusaha belacan dan cencaluk tidak menunggu lama untuk menyambar bekalan bubuk ini kerana ia hanya didapati setahun sekali. Biasanya mereka mencari maklumat tentang lokasi penjualan, jeti mendarat dan nelayan yang menjual bubuk dengan harga murah di laman sosial media Facebook, malah Whatsapp Group. Ada juga yang sanggup terus turun ke jeti mendarat untuk mengambil terus bekalan bubuk yang segar untuk dijadikan belacan dan cencaluk.

Ini 5 Fakta Menarik Tentang Udang Geragau Atau Bubuk Sarawak Yang Anda Perlu Tahu

Bukan mudah tau nak dapatkan bubuk ini. Kena tunggu satu musim rupanya. Tangkapan pun tak boleh dibuat secara sembarangan. Semoga pihak yang berkenaan dapat menjalankan peranan masing-masing untuk menjaga populasi bubuk ini. Kalau dah pupus, mana lagi kita nak dapat belacan, kan?

Baca juga artikel tentang haiwan lain yang ada di Borneo :

Nur Afifah 28 Mei 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kuat Berdrama, Ini 5 Keunikan Kucing Oyen Yang Membezakan Mereka Dengan Kucing Lain Kuat Berdrama, Ini 5 Keunikan Kucing Oyen Yang Membezakan Mereka Dengan Kucing Lain
Next Article Lelaki Ini Kongsi 11 Perkara Menarik Dan Best Di Bario, Boleh Stargazing Atas Bukit!

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Cerita Borneo

‘Balik La Kau Ke Negara Asal’, Pelayan Dari Sabah Ini Diganggu Orang Rasis Hanya Kerana Bertatu

6 Julai 2022
Cerita Borneo

Isu Ragut Di Sego, Peragut ‘Badan Kecil’ Akhirnya Dihukum Penjara 14 Tahun Dan Sebatan

6 Julai 2022
Pegawai JPJ Dituduh Malas Sudah Memohon Maaf, Berdamai Dengan Pengadu
Cerita Borneo

Pegawai JPJ Dituduh Malas Sudah Memohon Maaf, Berdamai Dengan Pengadu

6 Julai 2022
Lelaki Di Kuantan Ini Hairan Pawagam Kosong, Rupanya Tersalah Beli Tiket Di Vivacity Megamall Kuching
Cerita Borneo

Lelaki Di Kuantan Ini Hairan Pawagam Kosong, Rupanya Tersalah Beli Tiket Di Vivacity Megamall Kuching

6 Julai 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?