Tak perlu berbaris, hanya tempah di atas talian dan mereka akan terus hantar terus kepada anda!
5 Pasaraya Di Kuching Yang Menawarkan Khidmat Penghantaran Terus Ke Rumah Anda. Masa PKP ini rasanya elok jika kita cari alternatif lain untuk membeli barang keperluan, apatah lagi kes di Malaysia masih bertambah setiap hari maka elok sangatlah jika kita dapat elakkan daripada pergi menghantar diri ramai ramai ke pasaraya. Jadi untuk warga Kuching, kami kongsikan kepada anda 5 pasaraya yang menawarkan ‘supermarket delivery kuching‘ khas untuk anda.
1.Pasaraya Choice
Dengan menggunakan platform sedia ada Grabmart, Pasaraya Choice memberi anda 2 pilihan pasaraya mereka di dalam aplikasi ini. Jika anda sudah mempunyai aplikasi serbaguna Grab, anda hanya perlu tekan ikon mart dan anda akan dapat akses kepada Pasaraya Choice.
2. Pasaraya Everrise
Pasaraya Everrise pula menawarkan servis pembelian atas talian yang boleh diakses dengan memuat turun aplikasi mereka di Playstore atau Appstore. Dengan setiap pembelian yang melebihi RM99, mereka juga menawarkan penghantaran percuma terus ke pintu rumah anda. Jika anda tidak mempunyai banyak barang untuk dibeli pula, anda perlu membayar RM15 sebagai bayaran khidmat penghantaran.
Anda boleh muat turun aplikasi mereka di sini : http://onelink.to/vg4f2n
3. Pasaraya CS
Pasaraya CS juga menawarkan khidmat penghantaran terus kepada anda. Servis ini diuruskan oleh cawangan CS Tabuan Tranquility mereka dan menawarkan khidmat penghantaran dalam radius yang kini telah dikemaskini kepada 10km(abaikan 6km di dalam poster)
Anda boleh muat turun aplikasi mereka di sini : http://onelink.to/z9gbj8
4. Pasaraya H&L
Pasaraya H&L merupakan pemain pertama dalam servis penghantaran barangan pasaraya terus ke rumah. Kini mereka menawarkan servis penghantaran percuma dengan 1st come 1st serve untuk anda.
Anda boleh muat turun aplikasi mereka di sini : http://onelink.to/hlxpress
5. Pasaraya The Gourmand
Pasaraya The Gourmand yang terletak di Galacity ini juga tidak ketinggalan menawarkan khidmat penghantaran. Namun begitu, ianya sedikit manual di mana anda perlu melihat senarai penuh mereka di sini : https://drive.google.com/file/d/1P9UygwJsRPg1sm9Ey3RXDTAxXAa_RHvY/view
Untuk memudahkan survey anda, anda boleh gunakan laptop untuk paparan senarai barang yang lebih jelas.