Tahukah anda 5 orang pembunuh kejam yang telah mencatat sejarah kerana mereka telah membunuh banyak nyawa yang tidak bersalah?
5 Pembunuh Bersiri Paling Kejam Yang Menggemparkan Satu Dunia. Ini adalah senarainya:

1.Harold Shipman “Dr Death”
Salah seorang pembunuh bersiri yang paling kejam telah tercatat di dalam sejarah ialah seorang lelaki yang bekerjaya sebagai doktor dan telah meragut sebanyak 250 nyawa ketika dia bekerja sebagai seorang doktor Britain yang terkenal.
Dipercayai, Harold telah mula membunuh pada tahun 1972, dan dipercayai dia telah membunuh sekurang-kurangnya 71 pesakit ketika bekerja sebagai pelatih.
Harold mengguna jumlah dadah yang bernama diamorphine yang amat banyak bagi meragut nyawa orang yang tidak bersalah. Dia kemudiannya telah dipenjara pada tahun 2000 tanpa pembebasan bersyarat dan pada tahun 2004, Shipman ditemui mati bunuh diri di dalam selnya.
2. John Wayne Gacy “Killer Clown”
Lelaki kejam ini pada awalnya dikatakan sebagai seorang yang mesra di kawasan perumahannya di pinggir bandar Chicago. John Wayne Gacy ini dikatakan mesra kerana dia hanya dipandang sebagai lelaki yang suka mengadakan pesta blok popular, menjadi sukarelawan dalam politik tempatan dan juga dia sering tampil sebagai badut untuk kanak-kanak di kawasannya.
Penemuan menyeramkan di rumahnya oleh polis tempatan telah menjadikan salah satu penemuah yang amat mengejutkan di dalam sejarah. Di bilik bawah tanah rumahnya, mayat 29 budak lelaki dan remaja telah ditemui selepas bau yang amat busuk dikesan oleh polis.
John Wayne telah memberi alasan bahawa dia tidak waras, tetapi alasan tersebut tidak diterima lalu Wayne telah djatuhkan hukuman lethal injection pada tahun 1994. Anda mungkin tahu cerita badut pembunuh yang popular iaitu “It” sebenarnya diinspirasikan daripada kejadian ini.

3. Jeffrey Dahmer
Kekejaman yang telah dilakukan Jeffrey Dahmer ini amatlah keji dan menakutkan. Jeffrey dipercayai telah melakukan pembunuhan pertamanya hanya di usia 18 tahun.
Pada tahun 1991, seorang lelaki afrika amerika telah berjaya melepaskan dirinya daripada Jeffrey berlari kea rah stesyen polis yang berdekatan dan telah membawa polis tersebut di apartment di mana dia diculik. Penemuan yang ngeri dijumpai polis ialah gambar mayat yang dipotong kepala, kemaluam lelaki yang telah dipotong dan juga tub mandi yang berisi asid yang dipercayai telah digunakan Jeffrey untuk membuang sebahagian dari 17 mangsanya.
Perbicaraan Dahmer yang sensasi di mahkamah telah memaparkan keterangan yang mengerikan tentangnya. Dia telah memberi pengakuan bahawa dia seorang nekrophilia, iaitu berminat melakukan seks terhadap mayat dan Dahmer juga mengaku telah memakan sebahagian daripada mangsa yang telah dibunuhnya.
Pada tahun 1992, Dahmer telah dijatuhkan hukuman penjara selama 957 tahun tetapi dua tahun setelah dipenjara, dia dibunuh oleh dua orang penjenayah yang berada di dalam penjara tersebut. “My Friend Dahmer” dan “Dahmer” adalah filem yang dibuat berdasarkan Jeffrey.

4. Ted Bundy
Seorang yang tampan, berpendidikan tinggi dan juga berpewatakan mempersona, dia merupakan seorang yang langsung tidak menyerupai seorang pembunuh bersiri yang kejam. Pembunuhan pertama Bundy adalah pada 1966 dimana dia telah membunuh mangsa pertamanya di Seattle. Bundy kemudiannya mula pemburuannya membunuh ramai lagi mangsa yang tidak bersalah.
Dia terkenal dengan membunuh hanya wanita dan paling menyedihkan apabila mangsa terakhirnya adalah seorang perempuan yang berusia 12 tahun yang dipercayai telah dirogol dan dibunuh dengan kejam. Ted menjadi terkenal dan perbicaraannya telah menjadi sensasi dan kegilaan sidang media.
Pada tahun 1989, Ted telah dijatuhkan hukuman electric chair dan sampai sekarang bilangan sebenar mangsa yang telah dibunuh Ted masih lagi tidak diketahui. Sebuah Filem juga telah dibuat mengisahkan hidup Ted ini pada tahun 2019 yang berjudul “Extremely Wicked, Shockingly Evil and Vile” dan wataknya telah dilakonkan oleh Zac Efron.

5. Ed Gein
Ed Gein menempah namanya di dalam senarai ini kerana kisahnya yang amat menggerunkan. Ed membesar di dalam hidup yang sukar kerana dia telah didera oleh bapanya yang merupakan kaki botol dan ibunya telah menerapkan ketakutan di dalam dirinya terhadap wanita dan juga seks. Setelah bapa, ibu dan abangnya meninggal, Ed tinggal seorang diri di rumah ladangnya.
13 tahun kemudian, apabila polis tempatan sampai dirumah ladangnya untuk memeriksa barangan yang hilang, mereka telah menemui sesuatu yang amat memeranjatkan dan menyeramkan iaitu kepala yang tidak berbadan dijadikan hiasan di rumahnya.
Selepas membuat siasatan yang lebih lanjut di rumah itu, dipercayai perabot rumahnya seperti kerusi, mangkuk dan juga pakaian diperbuat daripada anggota badan manusia.
Penemuan yang menakutkan ini ialah hasil daripada mayat yang digali dan dicuri oleh Ed di kubur mereka. Ed dipercayai tidak waras dan menghidap schizophrenia dan telah dipercayai membunuh dua orang mangsa tetapi dia disahkan dalam keadaan tidak waras ketika melakukan jenayah tersebut. Ed Gein menghabiskan seumur hidupnya di rumah sakit jiwa dan telah mati pada tahun 1984. Antara cerita yang di inspirasikan daripada kelakuan keji Ed ini ialah, “Psycho“, “Silence of the Lambs” dan “The Texas Chain Saw Massacre“.