• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sajian Praktikal Dan Pantas, Ini 5 Resipi Mudah Untuk Open House Raya

Oleh
Nazihah AN
1 April 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Sajian Praktikal Dan Pantas, Ini 5 Resipi Mudah Untuk Open House Raya

Cara Mudah Sediakan Hidangan Istimewa Raya Untuk Tetamu Anda

Sajian Praktikal Dan Pantas, Ini 5 Resipi Mudah Untuk Open House Raya. Bulan Syawal kembali menjelma, pastinya ramai yang teruja mengadakan majlis rumah terbuka bagi meraikan sanak-saudara serta rakan taulan. Dalam kesibukan menyambut tetamu, resipi mudah namun menyelerakan pastinya menjadi pilihan utama tuan rumah.

Di sini, kami kongsikan 5 resipi ringkas tetapi lazat, sesuai untuk dihidangkan ketika open house Raya anda.

Sajian Praktikal Dan Pantas, Ini 5 Resipi Mudah Untuk Open House Raya
Sumber gambar: UTHM News

1. Spaghetti Carbonara Mudah

Hidangan ini sentiasa menjadi kegemaran terutama dalam kalangan kanak-kanak. Dengan hanya menggunakan pasta, sos krim, telur, keju parmesan dan sedikit hirisan ayam atau cendawan, anda boleh menyediakan hidangan yang enak dalam masa kurang 20 minit.

2. Mi Goreng Basah

Menu yang ringkas tetapi memikat selera. Mi kuning dimasak bersama ayam atau udang, sayur-sayuran, telur dan kicap manis, menghasilkan hidangan yang lazat serta mengenyangkan.

3. Nasi Goreng Cina Ekspres

Sajian nasi goreng yang sangat pantas disediakan, cuma perlukan nasi sejuk, telur, ayam atau udang serta campuran sayuran seperti lobak merah dan kacang pis. Hidangan ini pastinya menjadi pilihan tetamu yang gemarkan menu ringkas tetapi mengenyangkan.

4. Nasi Hujan Panas

Nasi ini ringkas namun menarik perhatian dengan warnanya yang cantik. Hanya masak nasi dengan sedikit pewarna makanan, rempah ratus serta santan untuk rasa lemak yang menyelerakan. Padankan dengan ayam masak merah atau kari ayam ringkas, pasti membuka selera.

5. Bihun Goreng Singapore

Bihun goreng yang terkenal dengan rasa ringan dan enak. Bihun halus digoreng bersama rempah kari, udang atau ayam, telur, serta hirisan lada benggala dan lobak merah. Cepat disediakan, pastinya memenuhi selera semua.

Dengan pilihan resipi mudah dan enak ini, majlis rumah terbuka raya anda pastinya lebih meriah dan meninggalkan kenangan manis buat tetamu anda.

Baca juga di bawah:

Kenali Tradisi Munjung, Hantar Juadah Raya Ke Rumah Jiran
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Pertimbang Perluaskan Bantuan Kewangan Pesakit Dialisis Sarawak di Luar Negeri
Next Article Porsche Mewah Rentung di Kota Samarahan, Tiada Mangsa Dilaporkan Porsche Mewah Rentung di Kota Samarahan, Tiada Mangsa Dilaporkan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?