• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Ini 6 Senarai Air Terjun Tersembunyi Di Sabah Buat Pencinta Alam Di Utara Borneo

Oleh
Aina Musa
23 Oktober 2023
Kongsi
7 Min Bacaan

Ini senarai air terjun yang harus anda kunjungi di Sabah

Ini 6 Senarai Air Terjun Tersembunyi Di Sabah Buat Pencinta Alam Di Utara Borneo. Sabah, permata di utara Borneo, dikenali dengan landskap alam semula jadi yang memukau, terutamanya air terjun yang menawan. Dalam artikel kali ini, kami akan membongkar 6 air terjun paling menarik di Sabah, di mana setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri.

1. Air Terjun Mahua

Air Terjun Mahua di Kampung Patau Tambunan adalah tarikan pelancongan utama di daerah tersebut. Terletak sekitar 26 km dari pekan Tambunan, ia memerlukan masa sekitar 1 jam setengah dari Kota Kinabalu.

Untuk sampai ke air terjun ini kena trekking 500m, lebih kurang 15minit, trek sepanjang perjalanan pun cantik, terdapat banyak lumut-lumut kerana suhu yang agak sejuk.

Ini 6 Senarai Air Terjun Tersembunyi Di Sabah Buat Pencinta Alam Di Utara Borneo. Kredit: Sabah Bossku

Kemudahan seperti tandas dan bilik mandi dan persalinan untuk lelaki dan perempuan juga disediakan di sini.

Air terjun ini dikendalikan oleh pihak Taman-Taman Sabah, di mana anda perlu membeli tiket untuk masuk ke sini.

Dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

2. Air Terjun Bakong-Bakong

Air Terjun Bakong-Bakong terletak di daerah Sandakan, iaitu di Kampung Perancangan Beluran. Ia memerlukan masa perjalanan kira-kira 1 jam 30 minit dari pusat bandar Sandakan dan lebih kurang 45 minit dari Simpang Sapi-Nangoh.

Air Terjun Bakong-Bakong mempunyai tiga tingkat dengan ciri-ciri permukaan yang berlainan. Para pengunjung bebas memilih tingkat mana yang mereka mahu kunjungi.

Bagi yang memilih untuk berendam, mereka akan mendapat keistimewaan ‘Spa Udang’. Fenomena ini berlaku kerana adanya udang-udang kecil yang gemar bermain di kaki pengunjung ketika mereka berendam di air terjun tersebut.

Kredit: KKCity

Untuk ke Air Terjun Bakong-Bakong pengunjung boleh memandu sendiri atau menyewa kenderaan dari pusat bandar Sandakan agar memudahkan perjalanan pergi dan balik kerana tidak ada pengangkutan awam seperti bas yang sampai ke kawasan ini.

Antara kemudahan yang disediakan di kawasan air terjun ini adalah seperti tandas dan beberapa gerai makanan.

Bayaran masuk ke Air Terjun Bakong-Bakong adalah :

Rm5/dewasa (13tahun dan keatas)
Rm2/kanak2 (3tahun-12tahun)
Kanak-kanak bawah 2 tahun Percuma

3. Air Terjun Imbak Canyon (ICCA)

Air Terjun Imbak Kanyon terletak di dalam daerah Telupid, Sandakan, Sabah.

Imbak Canyon Conservation Area (ICCA) atau kawasan Konservasi Canyon Imbak terletak kira-kira 350 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu (KK), Sabah.

Jaraknya kira 55 km dari jalan utama Ranau ke Sandakan, ICCA adalah kawasan hutan dara kelas pertama yang diletakkan di bawah Hutan Simpan Kelas 1 (Perlindungan) oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Kredit: Sabah Tourism

Air Terjun Imbak Kanyon juga merupakan antara air terjun yang dianggap tercantik di negeri ini kerana rupa bentuknya yang melebar iaitu kira-kira sepanjang 30 meter dan mempunyai ketinggian dalam 8 meter.

Walaupun dahulunya jumlah kemudahan tidaklah terlalu banyak, namun selepas penubuhan Imbak Canyon Studies Centre (ICSC) pada tahun 2016 jumlah kemudahan di sini semakin bertambah. Jadi anda tidak perlu risau lagi jika ke sini. Antara kemudahan yang ada ialah :

  • Penginapan
  • Kafe/tempat makan
  • Bilik mesyuarat
  • Laluan pejalan kaki
  • Galeri alam semulajadi

ICCA dibuka setiap hari kecuali ahad dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

4. Air Terjun Maliau Basin

Air Terjun Maliau Basin sememangnya sangat terkenal dengan rupa bentuknya yang berbentuk seperti anak tangga 7 tingkat dengan ketinggian kira-kira 18 meter.

Air Terjun Maliau Basin ini terletak di dalam kawasan Konservasi Maliau Basin yang juga merupakan kawasan pemuliharaan Hutan Simpan Maliau Basin di daerah Tawau.

Kredit: Adventoro

‘The Lost World Of Sabah’ ini adalah kawasan Konservasi Kelas Pertama yang memiliki pelbagai flora dan fauna bukan sahaja menjadi salah satu pusat penyelidikan, tetapi menjadi daya tarikan sebagai destinasi pelancongan menarik bagi pengunjung dalam dan luar negara.

Maliau Basin terletak kira-kira lima jam perjalanan dari Kota Kinabalu bergantung kepada cara pemanduan.

Tarikan utama Maliau Basin ialah dengan keindahan laluan trek hutan dan keunikan air terjunnya berwarna kemerahan.

Air terjun ini dibuka setiap hari dengan tempoh operasi selama 24 jam.

5. Air Terjun Bukit Gelas, Taman Bukit Tawau

Taman Bukit Tawau merupakan salah satu hutan simpan yang sangat terkenal bukan sahaja kepada warga Tawau malah kepada pelancong asing.

Lokasinya terletak 22 kilometer dari bandar Tawau yang telah diwartakan menjadi Taman Taman Sabah (Sabah Park) pada tahun 1979.

Antara tarikan pengunjung ke sini adalah ir Terjun Bukit Gelas yang terletak 2.5 kilometer dari kawasan utama Taman bukit Tawau.

Kredit: Sabah Welcomes You

Laluan ini dilengkapi dengan tanda jalan yang jelas setiap 100 meter dan treknya mudah diikuti. Laluan ini mengikuti aliran sungai dan semasa anda berjalan, bunyi air yang mengalir akan menemani langkah anda dan memberikan ketenangan.

Namun, harus diingatkan destinasi ini juga dikenali sebagai ‘lubuk pacat’ dan perlu menggunakan pakaian yang sesuai bagi mengelakkan serangan daripada pacat.

Waktu operasi:

Isnin hingga jumaat- 8 pagi hingga 4 petang

Sabtu dan ahad- 7:30 pagi hingga 3:30 petang

Bayaran masuk:

6. Air Terjun Ulu Kionsom

Air Terjun Kionsom, yang berada di Inanam, merupakan air terjun yang terdekat dengan Kota Kinabalu, hanya sejauh kira-kira 25 km atau memerlukan masa memandu antara 30 hingga 40 minit dari pusat bandar.

Tempat ini popular di kalangan penduduk setempat dan sering dikunjungi terutama pada hujung minggu dan hari cuti.

Kredit: Jesselton Sabah

Bagi yang datang dari Kota Kinabalu, anda hanya perlu mengikuti petunjuk arah ke Inanam. Bila sampai di Inanam, ambil simpang di bulatan menuju ke Jalan Kionsom. Hujung jalan ini, selepas melewati kampung Mari Mari, anda akan sampai ke kawasan taman air terjun.

Air terjun di sini mempunyai empat tingkat yang berbeza. Tingkat pertama dan kedua boleh diakses dengan mudah melalui laluan berturap.

Manakala tingkat ketiga tidak boleh diakses. Untuk ke tingkat keempat, anda perlu mendaki cerun dengan berhati-hati kerana batu-batu dan akar-akar di sini licin dan berlumut.

Waktu operasi:

Isnin – jumaat: 8 pagi 5 petang

Sabtu – ahad : 8 pagi 6 petang

Tiket masuk: RM 2.00

Ketahui lagi tempat menarik:

Port Air Terjun Di Serian, Taman Rekreasi Ranchan Kini Sudah Dibuka Buat Orang Ramai
Sesuai Untuk Dikunjungi Pelancong, Ini Adalah Aktiviti Percutian Menarik Di Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 5 Senarai Kedai Sup Padu Di Kuching Ini 6 Senarai Kedai Sup Padu Di Kuching
Next Article Pesta Seram Di Kuching, Ini 6 Senarai Acara Halloween Yang Seru Dan Mistik

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?