• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

6 Laluan Utama Di Kuching Bakal Ditutup Esok Sempena Minggu Perpaduan 2023

Oleh
Aina Musa
19 Mei 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
6 Laluan Utama Di Kuching Bakal Ditutup Esok Sempena Minggu Perpaduan 2023

Perasmian bakal dihadiri oleh YDP Agong

6 Laluan Utama Di Kuching Bakal Ditutup Esok Sempena Minggu Perpaduan 2023. Sebanyak enam laluan ditutup pada majlis perasmian sambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Kebangsaan pada 21 Mei ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Merbin Lisa berkata, enam laluan itu melibatkan Jalan Main Bazaar / Jalan Tun Abang Haji Openg; Jalan Wayang /Jalan Main Bazaar; Jalan Khoo Hun Yeang; Jalan Old Court House; Jalan Masjid / Jalan Market dan Jalan Dockyard.

6 Laluan Utama Di Kuching Bakal Ditutup Esok Sempena Minggu Perpaduan 2023
6 Laluan Utama Di Kuching Bakal Ditutup Esok Sempena Minggu Perpaduan 2023. Kredit: Borneo Network

Mengulas lanjut, Merbin berkata, Sambutan Minggu Perpaduan 2023 akan diadakan pada 20 hingga 26 Mei di Tebingan Kuching.

Jelasnya, majlis perasmian dijadualkan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

6 Laluan Utama Di Kuching Bakal Ditutup Esok Sempena Minggu Perpaduan 2023

Bagi memastikan perjalanan sambutan Minggu Perpaduan 2023 berjalan dengan lancar, beliau memberitahu, pihaknyna telah melakukan penutupan dan lencongan jalan di sekitar venue.

Jelasnya, penutupan dan lencongan jalan telah dilakukan bermula 15 Mei jam 7 pagi bagi tujuan pemasangan khemah oleh pihak Jabatan Kerja Raya Sarawak sehingga 26 Mei 2023 (12 tengah malam).

Tambahnya, antara jalan yang ditutup dan dilencongkan bagi tujuan pemasangan khemah adalah Jalan Main Bazaar / Jalan Tun Abang Haji Openg dan Jalan Gambier.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, orang awam dinasihati meletak kenderaan di kawasan yang ditetapkan iaitu Reservior Park, Bangunan Saujana, Medan Letak Kereta UTC, Jalan Urat Mata, Medan Letak Kereta Sarawak Plaza, Dewan Suarah Kuching, Bangunan Tun Jugah, Bangunan Medan Pelita dan Medan Letak Kereta Plaza Merdeka.

“Bagaimanapun, keperluan penutupan dan lencongan jalan ini bergantung kepada keadaan semasa yang difikirkan sesuai berdasarkan penilaian aliran trafik oleh pegawai polis trafik yang bertugas agar tidak menganggu pengguna jalan raya yang ingin melakukan aktiviti harian yang lain.

6 Laluan Utama Di Kuching Bakal Ditutup Esok Sempena Minggu Perpaduan 2023

“Orang awam adalah dinasihati untuk mengikut tanda-tanda isyarat kawalan lalu lintas yang diarahkan oleh pegawai polis yang bertugas dan dilarang meletak kenderaan di bahu jalan yang akan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Kerjasama semua amat diharapkan bagi melicinkan perjalanan majlis ini,” ujarnya.

Baca lagi artikel menarik:

Minggu Perpaduan Akan Dirasmikan Agong Pada 21 Mei, Berlangsung Di Waterfront Kuching
Sempena Kaamatan Dan Gawai, Anthony Loke Umum Kerajaan Beri Subsidi Harga Tiket Penerbangan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kena Tipu 'Crypto Exchange', Wanita Dari Kuching Rugi RM1.4 Juta Kena Tipu ‘Crypto Exchange’, Wanita Dari Kuching Rugi RM1.4 Juta
Next Article Muzium Lama Sarawak Tawar Kemasukan Percuma Untuk Lawatan Istimewa Sepanjang Mei Ini Muzium Lama Sarawak Tawar Kemasukan Percuma Untuk Lawatan Istimewa Sepanjang Mei Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?