Asyik tengok orang makan lamb shank Chef Ammar je, kita pun nak jugak!
Ini 6 Port Beriani Lamb Shank Padu Yang Anda Boleh Cuba Di Kuching. Bagi penggemar lamb shank di luar sana, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda port nasi beriani lamb shank yang paling padu di Kuching!
1. Sykt Buhari Cafe
Penduduk Kuching kalau tak tahu Buhari Cafe ni tak tahu lah nak cakap apa. Bukan sahaja legend, malah nasi beriani di sini memang sudah menjadi port kegemaran penduduk tempatan di sini. Kalau anda ingin menikmati nasi beriani lamb shank paling legend di Kuching, jadikan Buhari Cafe ini sebagai pilihan pertama anda!
2. Ceylonese Restaurant
Di Ceylonese Restaurant pula, anda juga boleh menikmati nasi beriani lamb shank yang memang dijamin sedap. Walaupun restaurant ini amat terkenal di Kuching dengan roti naan cheesenya, namun nasi beriani di sini juga tiada kurangnya! Menggunakan bahan mentah berkualiti, anda pasti tidak akan kecewa jika anda cuba makanan di sini.
3. White House Restaurant
White House Restaurant di Satok ini juga menyajikan menu nasi beriani lamb shank yang padu! Baru sahaja beroperasi pada tahun lepas, White House Restaurant ini sudah menempah namanya di kalangan penduduk tempatan kerana mereka menghidangkan menu makanan yang enak dengan harga yang berpatutan.
4. Curry House Kuching
Curry house ini juga merupakan salah satu restoran menyediakan nasi beriani legend di Kuching. Sudah lama beroperasi, restoran ini juga merupakan pilihan penduduk tempatan jika mereka ingin menikmati nasi beriani yang sedap. Nasi beriani lamb shank di sini adalah menu yang anda mesti cuba tau!
5. Tok Janggut Cafe Sdn. Bhd.
Terletak di Jalan Tabuan, Tok Janggut Cafe ini juga merupakan salah satu destinasi kegemaran tempatan untuk menikmati hidangan beriani lamb shank di sini. Anda juga boleh dapatkan beriani lamb shank ini melalui Grabfood.
6. Topo Briani Johor
Topo Briyani ini juga menjadi salah satu tempat kegemaran warga Kuching. Antara menu lamb shank yang ditawarkan adalah Nasi Briyani Lamb Shank Kari dan Nasi Briyani Lamb Shank Kurma. Restoran ini terletak di Petra Jaya.
Selain daripada 6 port nasi beriani lamb shank di atas, Nasi Kandar Line Q di Icom Square, Bombay Sedap di Sukma menyediakan nasi beriani lamb shank yang padu juga. Jadi, tunggu apa lagi? Jom makan Nasi Briyani Lamb Shank!