• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

6 Tahun Berkhidmat, Pengalaman Anak Jati Kota Marudu Sabah Dalam Tentera Udara Amerika Di Iraq

Oleh
Farisha
4 September 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Perjalanan Yohan Tawith dalam angkatan tentera AS

6 Tahun Berkhidmat, Pengalaman Anak Jati Kota Marudu Sabah Dalam Tentera Udara Amerika Di Iraq. Sebuah perkongsian yang menjadi bualan ramai di laman sosial memaparkan kisah seorang pemuda bernama Yohan Tawith yang telah bertugas dalam Tentera Udara Amerika Syarikat di Iraq.

Menerusi perkongsian di laman TikTok, apabila disoal tentang reaksi keluarganya terhadap keputusannya untuk menyertai Tentera Udara Amerika di Iraq, anak jati Kota Marudu ini mengakui bahawa ahli keluarganya merasa cemas memandangkan keadaan Iraq yang sedang bergolak dengan peperangan pada masa itu.

6 Tahun Berkhidmat, Pengalaman Anak Jati Kota Marudu Sabah Dalam Tentera Udara Amerika Di Iraq
6 Tahun Berkhidmat, Pengalaman Anak Jati Kota Marudu Sabah Dalam Tentera Udara Amerika Di Iraq

Walau bagaimanapun, Yohan tetap nekad untuk berkhidmat dengan Tentera Udara Amerika Syarikat di Iraq selama enam tahun, bermula dari April 2006 sehingga April 2012.

Ketika memulakan perkhidmatannya, Yohan baru mencecah usia 20 tahun dan terpaksa merantau sendirian tanpa teman atau saudara-mara. Sebelum itu, beliau pernah menuntut di New Hampshire, namun terpaksa berhenti kerana kesempitan wang.

@koapatauoh

American-Sabahan menjadi American Military di Amerika. Macam mana terjadi ceritanya… #DontTalkCock #PotkasDariSabah #KatoPod #KoApaTauOh #Podcast #Sabah @torabolaofficials @farish_aziz

♬ original sound – KoApaTauOh – KoApaTauOh

Untuk menyara diri, Yohan terpaksa bekerja separuh masa dan mengambil kelas pada waktu malam, di samping menanggung segala kos kehidupannya sendiri.

Semasa tempoh perkhidmatan Yohan, Iraq telah dilanda peperangan, terutamanya pada tahun 2007 dan 2008.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Pekerja Sarawak Oil & Gas Sempat Rakam Situasi Peperangan Palestin-Israel
Sejarah Hitam Konfrontasi Indonesia-Malaysia Yang Hampir Cetuskan Perang Besar

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Keluarga Dari Sarawak Ini Rupanya Pemilik Tanah Kedua Terbesar Di New Zealand Keluarga Dari Sarawak Ini Rupanya Pemilik Tanah Kedua Terbesar Di New Zealand
Next Article Bas Rapid Hantar 25 Buah Bas Mesra OKU Untuk Para SUKMA Sarawak 2024 Bas Rapid Hantar 25 Buah Bas Mesra OKU Untuk Para SUKMA Sarawak 2024

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?