Demam Durian Kini Kembali Di Sarawak!
8 Port Durian Paling Power Di Sekitar Kuching dan Serian. Ada berita baik untuk penggemar durian! Pasti ramai yang tercari-cari port durian terbaik untuk mendapatkan dos harian anda. Jika anda perasan, raja buah ini sudah mula dijual di merata-rata tempat di sekitar Kuching. Nice lah!
Menariknya, musim durian pada kali ini sangat hebat hingga anda boleh mendapatkan durian pada harga yang sangat mampu milik. Ada juga pemilik gerai jualan yang menawarkan buffet durian yang boleh membuatkan anda ‘durian comma’. Dalam artikel kali ini, kami kongsikan port durian yang anda mesti terjah di sekitar Kuching dan Serian.
1. Bulatan Padungan (Belakang Ambank, sebelah Cat Statue)
Khemah jualan durian di hadapan bulatan Padungan ini juga boleh dikatakan durian centre yang cemerlang di Kuching. Pelbagai jenis durian boleh didapati di sini termasuklah durian Musang King dan durian D24 seperti yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Anda juga boleh menikmati buffet durian dengan harga yang sangat mampu milik di sini.
Bahkan, maklum balas daripada orang awam juga mendapati bahawa peniaga durian di sini sangat ramah dan memberikan layanan yang terbaik. Sekiranya anda mendapat durian yang tidak kena dengan expectation anda, durian anda akan diganti dengan durian yang lebih baik secara percuma. Walaowei!
2. Shoplot Demak Laut (Depan Klinik Kotaraya Demak)
Jika anda tinggal berhampiran kawasan Demak Laut dan Pending, anda boleh singgah di hadapan kawasan shoplot Demak Laut. Di situ, terdapat sebuah khemah yang dibuka di sebuah kawasan lapang (lebih tepat berhadapan Klinik Kotaraya Demak Laut). Stail jualan di sini adalah mengikut tompok dan bakul. Durian yang dijual di sini bermula pada harga RM20 sehingga RM50 sebakul. Untuk tompok pula, anda boleh mendapatkan 6 biji durian manis dan berlemak pada harga RM10 sahaja. Murah sangat dah ni!
3. Mok Su Durian Centre, Kampung Tupong
Jika anda belum pernah mengunjungi Mok Su Durian Centre, anda patut masukkan lokasi ini ke dalam senarai port durian terbaik anda. Menurut pemiliknya, Hamdani Joni, beliau menjual durian segar yang dibawa terus dari Padawan. Durian-durian yang dikumpulkan di sini kebanyakannya menjadi pilihan para peniaga memandangkan ia boleh menampung bekalan durian sehingga 5 tan sehari.
Mok Su Durian Centre dibuka setiap hari bermula pada jam 10 pagi hingga 12 tengah malam. Paling best, lelongan durian akan dibuat tepat jam 9.30 malam setiap hari. Apa gik? Borong abis!
4. E-Mart Matang
Bagi penduduk di Kuching pula, E-Mart Matang sememangnya kawasan yang sinonim dengan jualan durian borong apabila tiba musimnya. Kalau fikiran anda hanya tertumpu kepada E-Mart Matang untuk belian durian, sesungguh nya naluri anda tidak pernah salah.
5. Pasar Simunjan
Simunjan merupakan sebuah daerah terpencil di Samarahan. Pekan ini terletak di kawasan Batang Sadong dan boleh dikatakan gateway dari Kuching ke jalan pesisir Sarawak seperti Sebuyau, Maludam, Pusa, hinggalah ke Saratok. Setiap kali menjelang musim durian, Pasar Simunjan akan dilimpahi dengan aroma durian daripada penjual yang rata-ratanya menjual durian secara borong. Bayangkan, anda boleh mendapatkan sebiji durian bermula dengan harga RM 1 hingga RM10 berdasarkan saiz dan kualiti buah.
Paling menarik, terdapat pelanggan yang sanggup memandu dari Sandakan ke Simunjan semata-mata untuk mendapatkan durian dari jenis durian tembaga di sini. Katanya, durian tembaga di Sabah boleh mencecah hingga RM 30 sebiji namun ia boleh didapati dengan harga RM 10 untuk 3 biji di Simunjan.Wow!
6. Jalan Kuching-Serian (Taee/Tarat/Ampungan/Rasau)
Bagi penduduk Kuching-Serian terutamanya kawasan Taee, Tarat, Ampungan dan Rasau, pemandangan ini adalah sesuatu yang biasa. Kebiasaannya, penjual durian yang anda temui di sepanjang jalan ini adalah penjual kecil-kecilan sahaja. Namun demikian, durian yang dijual kebiasaannya adalah durian yang dikutip terus dari dusun kepunyaan mereka sendiri dari kaki bukit dan gunung. Terbaik dari ladang bro!
7. Kampung Tebakang, Serian
Jika anda seorang adventurer yang sanggup memandu jauh semata-mata untuk mendapatkan buah durian, anda patut cuba untuk raon (ronda) di sekitar Kampung Tebakang, Serian kerana buah durian yang dijual di sini dikatakan sangat manis dan lembut. Durian-durian ini dijual di sepanjang jalan kampung di Tebakang. Dengar cerita, anda perlu menggunakan kereta bonet besar untuk mengangkut durian di sini kerana harganya yang terlajak murah.
8. Jalan Simpang Gedong (Triboh/Lebor/Remun)
Durian yang dijual di sini pun tidak kurang hebatnya. Para penjual di kampung-kampung ini akan menjual di sebuah pondok kecil di hadapan rumah. Buah durian yang dijual pula semestinya durian yang dikutip terus dari dusun mereka di kaki bukit pada hari yang sama. Menurut penjual di sini, durian bukit yang tidak lagi segar boleh dikenal pasti sekiranya terdapat rekahan pada buah. Tambahan pula, durian jenis ini cepat rosak jika dibiarkan terlalu lama di bawah cahaya matahari. Jika anda seorang yang suka aktiviti tawar-menawar, mungkin anda boleh mempraktikkan skill anda jika membeli durian di sini.
Boleh dikatakan kawasan yang tersenarai ini merupakan lubuk durian setiap kali musim durian tiba. Malah, dijamin tidak akan terputus bekalan punya lah!
Dah bersedia untuk durian hunting? Jangan lupa like dan share post ini!