• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Abang Grab Dan Seorang Lelaki Bertengkar, Hampir Berlanggar Di Lampu Isyarat City One

Oleh
Ismail NA
27 Oktober 2024
Kongsi
20 Min Bacaan
Tangkap layar dari FB Sarawak First Home 砂房一站通

Jangan dijolok bah sarang tebuan.

Tular Abang Grab Dan Seorang Lelaki Bertengkar, Hampir Berlanggar Di Lampu Isyarat City One. Setiap hari, ada saja perkara pelik tapi benar-benar terjadi di sekeliling kita. Salah satunya adalah pertengkaran yang tiba-tiba tercetus di lampu isyarat berhadapan Pusat Beli Belah City One, Kuching.

Menerusi sebuah hantaran halaman tempatan di Kuching, video yang dimuat naik yang dipercayai merupakan rakaman kamera dash kereta di kawasan kejadian memaparkan pertengkaran yang tercetus antara dua orang lelaki.

Tular Abang Grab Dan Seorang Lelaki Bertengkar, Hampir Berlanggar Di Lampu Isyarat City One
Tular Abang Grab Dan Seorang Lelaki Bertengkar, Hampir Berlanggar Di Lampu Isyarat City One. Tangkap layar dari FB Sarawak First Home 砂房一站通

Dalam video berkenaan, seorang lelaki dilihat sedang melintas jalan sewaktu lampu merah di persimpangan berkenaan. Namun, sebuah motorsikal penghantar makanan meluru dari arah belakang dan kelihatan terkejut apabila terlihat lelaki yang sedang melintas jalan berkenaan. Penunggan tersebut segera memberhentikan motosikalnya dan berjaya mengelak daripada berlanggar dengan lelaki berkenaan.

Walaupun penunggang motorsikal tersebut berjaya mengelak, namun lelaki yang melintas jalan berkenaan kelihatan seperti tidak berpuas hati dan kemudian meluru semula ke arah motosikal dan menyepak sehingga motorsikal tersebut tumbang.

Berpunca daripada provokasi itu, penunggang motorsikal tersebut terus bertindak dengan membuka helmet dan memulakan pertengkaran dengan lelaki berkenaan.

Menerusi video rakaman dash kereta juga, kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar jam hampir 7 malam, pada Sabtu, 26 Oktober 2024.

‘Penghantar makanan anda sedang bergaduh dengan orang awam, penghantaran makanan anda akan mengalami sedikit kelewatan’ – Netizen

Meninjau ke ruangan komen, ada satu lagi video rakaman dari arah berlainan yang memaparkan penunggang motorsikal berkenaan menahan tahan lelaki berkenaan dan terus memberi tumbukan.

Tular Abang Grab Dan Seorang Lelaki Bertengkar, Hampir Berlanggar Di Lampu Isyarat City One
Tangkap layar dari FB Sarawak First Home 砂房一站通

Rata-rata netizen berbaur seloroh dan memihak kepada penunggang motorsikal berkenaan. Malah, ada juga yang memberitahu bahawa lelaki yang melintas jalan tersebut harus lebih berhati-hati terutamanya dengan penghantar makanan pada waktu malam kerana mereka kebanyakannya adalah penjawat awam atau anggota berkuasa yang mencari pendapatan sampingan.

Haih, macam-macam hal lah kan? 😅

Lagi kisah menarik berkaitan penghantar makanan:

Abang Grab Trauma Kena Gangguan Seksual Dengan Lelaki Bernama Alia
Mat Salleh Tertinggal ‘Handphone’ Dalam Grab Di Kuching, Kuasa Viral Berjaya Bantu Menemuinya
SUMBER :FB Sarawak First Home 砂房一站通
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Singkawang, Pesona Kota Cina Tersembunyi di Kalimantan Barat
Next Article Dr Sheikh Muszaphar Hadir Beri Semangat Pertandingan Renang Anak Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?