I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Abang Jo: Guna Isu Kaum, Agama Raih Sokongan Politik Tidak Baik Untuk Negara
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Abang Jo: Guna Isu Kaum, Agama Raih Sokongan Politik Tidak Baik Untuk Negara

Oleh iloveborneo 1 September 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Abang Jo Guna Isu Kaum, Agama Raih Sokongan Politik Tidak Baik Untuk Negara

Abang Jo: Guna Isu Kaum, Agama Raih Sokongan Politik Tidak Baik Untuk Negara. Sikap sesetengah pemimpin yang sanggup menggunakan isu kaum dan agama semata-mata untuk meraih sokongan politik adalah tidak baik untuk negara ini terutama dalam situasi Malaysia berdepan pelbagai cabaran global, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, ini kerana perbuatan terdesak seperti itu boleh memecahbelahkan perpaduan masyarakat berbilang kaum sekali gus mengganggu tumpuan negara untuk menggunakan segala sumbernya bagi melaksanakan pembangunan secara menyeluruh.

Abang Jo: Guna Isu Kaum, Agama Raih Sokongan Politik Tidak Baik Untuk Negara
Abang Jo: Guna Isu Kaum, Agama Raih Sokongan Politik Tidak Baik Untuk Negara. Kredit: Utusan TV

“Negara memerlukan kerajaan yang kuat untuk menggalas tanggungjawab merencana hala tuju ekonomi yang jelas ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi supaya kemerdekaan memberi pengertian yang sebenarnya kepada kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Sambutan Perayaan Hari Kebangsaan Ke-66 Peringkat Sarawak 2023 di Dewan Politeknik Mukah hari ini.

Malaysia katanya telah berjaya mempelbagaikan ekonominya daripada sebuah ekonomi pertanian dan komoditi kepada ekonomi yang dipacu oleh aktiviti pembuatan dan perkhidmatan sehingga menjadi negara pengeksport utama barangan elektrik dan elektronik.

Abang Jo: Guna Isu Kaum, Agama Raih Sokongan Politik Tidak Baik Untuk Negara

Katanya, berdasarkan laporan Bank Dunia, pertumbuhan ekonomi negara berada secara purata pada sekitar 5.4 peratus sejak 2010 dan dijangka mencapai transisi daripada sebuah ekonomi pendapatan pertengahan tinggi atas kepada sebuah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2024.

“Namun, janganlah kita leka dan terus ‘bercakaran’ sesama sendiri kerana ia cenderung membawa kepada perpecahan dari segi perbezaan agama dan bangsa atau keturunan, atau dari segi wilayah.

“Jika kita saling mengesyaki antara satu sama lain dan asyik ‘berbentes’ (bertelagah) seperti kata Allahyarham Tok Nan (Tan Sri Adenan Satem) maka tenaga dan pemikiran kita hanya ditumpukan untuk menidakkan dan mengalahkan pihak lawan,” ujarnya.

Justeru, Abang Johari berkata, penghayatan perjuangan para pemimpin yang terdahulu bukan sekadar melaungkan slogan “Merdeka” tetapi terus memperkukuh semangat perpaduan dan semangat saling menghormati antara kaum agar negara ini terus melangkah dengan yakin dan berani ke arah negara yang dihormati dan disegani di rantau ini dan di seluruh dunia.

Abang Jo: Guna Isu Kaum, Agama Raih Sokongan Politik Tidak Baik Untuk Negara

Mengenai perkembangan ekonomi Sarawak, Abang Johari berkata, pendapatan wilayah itu sudah bertambah kepada satu setengah kali ganda kepada RM12 bilion pada tahun lepas malah diiktiraf Bank Dunia sebagai negeri berpendapatan tinggi dengan Pendapatan Negara Kasar (GNI) per kapita sebanyak RM61,442 atau US$13,205.

“Namun, kita belum boleh bergembira sepenuhnya dengan pencapaian ini kerana pendapatan isi rumah rakyat pada tahap RM4,978 pada 2022, masih belum sampai ke tahap pada peringkat nasional,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

Sarawak Sokong Idea Sabah Mahu Tubuh Syarikat Penerbangan Sendiri Tahun Depan
YDP Agong Bakal Singgah Ke Pasar Sentral Demi ‘Santap’ Dabai Dan Mi Kampua Autentik Sibu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dua Kilang Pemprosesan Makanan Di Bintulu Diarah Tutup Gara-Gara Terlalu Kotor Dua Kilang Pemprosesan Makanan Di Bintulu Diarah Tutup Gara-Gara Terlalu Kotor
Next Article Persis Jari Mayat, Ketahui Cendawan Dead Man's Fingers Yang Menyeramkan Persis Jari Mayat, Ketahui Cendawan Dead Man’s Fingers Yang Menyeramkan

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?