• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Pelbagai

Abang Jo: Kos Tiang Bendera Tertinggi Ditaja Swasta, Kerajaan Sarawak Hanya Sediakan Tapak

Oleh
Aina Musa
2 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Abang Jo: Kos Tiang Bendera Tertinggi Ditaja Swasta, Kerajaan Sarawak Hanya Sediakan Tapak

Dana sepenuhnya dari pihak swasta

Abang Jo: Kos Tiang Bendera Tertinggi Ditaja Swasta, Kerajaan Sarawak Hanya Sediakan Tapak. Kerajaan Sarawak hanya akan mengenal pasti tapak bagi membolehkan syarikat swasta membina projek pembinaan tiang bendera tertinggi negara.

Abang Jo: Kos Tiang Bendera Tertinggi Ditaja Swasta, Kerajaan Sarawak Hanya Sediakan Tapak
Abang Jo: Kos Tiang Bendera Tertinggi Ditaja Swasta, Kerajaan Sarawak Hanya Sediakan Tapak. Kredit: Utusan Sarawak

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri tidak terlibat dalam pembiayaan projek pembinaan itu.

Kerajaan negeri hanya sediakan tapak

“Projek yang dianggarkan kira-kira RM30 juta itu dibiayai syarikat swasta sebagai sumbangan mereka bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-60 Sarawak merdeka dalam Malaysia pada tahun ini.

“Pembinaan tiang bendera itu adalah projek syarikat swasta. Kita hanya mengenal pasti tapak untuk projek ini,” katanya pada sidang media di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Cadangan mendirikan tiang bendera setinggi 99 meter itu mula dilaporkan media tempatan minggu lalu dan menjadi viral di media sosial hingga diambil kesempatan oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii yang mengecam usaha itu sebagai membazir wang rakyat.

Bagaimanapun, tidak sampai 24 jam kemudian pada Sabtu lalu, Pejabat Premier Sarawak mengeluarkan kenyataan bahawa projek itu dikendalikan oleh sektor swasta sebagai sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sempena ulang tahun ke-60 Sarawak merdeka dalam Malaysia.

Dibina sempena ulang tahun ke-60 Sarawak merdeka dalam Malaysia

Cadangan pembinaan tiang bendera setinggi 99 meter itu adalah empat meter lebih tinggi berbanding tiang bendera di Dataran Merdeka Kuala Lumpur, kini tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara dengan ketinggian 95 meter.

Jika projek diusahakan sektor swasta itu berjaya dibina, tiang bendera di Sarawak adalah ke-12 tertinggi di dunia, cuma beza 11 meter dengan di Belgaum yang berada pada kedudukan ke-11. Malah, tiang bendera di Sarawak itu nanti bakal menjadi yang tertinggi di Asia Tenggara.

Kini, tiang bendera tertinggi dunia terletak di Jeddah, Arab Saudi iaitu pada ketinggian 170.6 meter.

Baca lagi artikel terkini di sini:

Abang Jo Beri Diskaun Hingga 25 Peratus Bil Elektrik Selama 6 Bulan Buat Rakyat Sarawak
Rompak Kedai Runcit, Suspek Samun Dirakam CCTV Di Jalan Nanas Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Abang Jo Beri Diskaun Hingga 25 Peratus Bil Elektrik Selama 6 Bulan Buat Rakyat Sarawak Abang Jo Beri Diskaun Hingga 25 Peratus Bil Elektrik Selama 6 Bulan Buat Rakyat Sarawak
Next Article Dirawat Di Wad Psikiatri Wanita Sejak 6 Julai 2022, Hospital Sibu Kini Sedang Cari Waris Roselind Mengga Dirawat Di Wad Psikiatri Wanita Sejak 6 Julai 2022, Hospital Sibu Kini Sedang Cari Waris Roselind Mengga

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?