Trek Sukan Permotoran Di Gedong bakal dibina di Gedong
Abang Jo Luluskan Projek Trek Sukan Permotoran Di Gedong. Dilaporkan, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, telah meluluskan pembinaan trek sukan permotoran di Gedong, yang akan melengkapi Projek Pembangunan Isthmus Gedong yang dilancarkan pada tahun lalu.
Beliau berkata trek pemotoran itu akan dibina di Isthmus Gedong kerana kawasan ini baru dibangunkan, termasuk pembinaan stadium. Stadium tersebut mungkin boleh dilengkapi dengan trek pemotoran.

Datang ke Gedong untuk menikmati sukan permotoran
Tambah beliau lagi, tiada masalah bagi mereka yang berada dari Kuching ingin datang ke Gedong untuk menikmati sukan permotoran.
Beliau menyatakan perkara ini semasa berucap di Perhimpunan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Dewan Datuk Patinggi Ali di Gedong hari ini. Sebelum itu, Ketua Pemuda PBB, Miro Simuh, telah menyuarakan permintaan agar trek pemotoran dibina di Gedong bagi memenuhi hasrat pergerakan tersebut.

Dalam masa yang sama, Abang Johari turut memaklumkan bahawa trek pemotoran juga akan dibina di kawasan utara Sarawak, susulan permintaan daripada Ahli Parlimen Sibuti untuk membina trek tersebut di Niah. Namun, memandangkan Niah kini diwartakan sebagai kawasan UNESCO, lokasi lain di kawasan utara akan dipertimbangkan.
Projek Pembangunan Isthmus Gedong yang merupakan replika kepada Isthmus Kuching, akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas termasuk jalan raya, bekalan air, elektrik, serta pejabat-pejabat pentadbiran.

