• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Abang Jo ‘Volunteer’ Ke Langkawi Naik Pesawat Guna Bahan Api Berasaskan Alga

Oleh
Aina Musa
22 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Abang Jo 'Volunteer' Ke Langkawi Naik Pesawat Guna Bahan Api Berasaskan Alga

Abang Johari memberitahu bahawa beliau sendiri akan menaiki pesawat tersebut.

Abang Jo ‘Volunteer’ Ke Langkawi Naik Pesawat Guna Bahan Api Berasaskan Alga. Premier Sarawak, Abang Johari Openg berkata negeri tersebut akan menguji bahan api lestari (SAF) berasaskan alga pada pesawat yang terbang ke Langkawi hari ini.

Beliau berkata penerbangan tersebut hanya menggunakan sejumlah kecil bahan api tersebut yang dihasilkan melalui usaha bersama antara negeri itu dan rakan kongsi dari Jepun.

Abang Jo 'Volunteer' Ke Langkawi Naik Pesawat Guna Bahan Api Berasaskan Alga
Abang Jo ‘Volunteer’ Ke Langkawi Naik Pesawat Guna Bahan Api Berasaskan Alga. Kredit: FMT

“SAF ini akan menjadi satu kebaikan kepada Sarawak. Kami menghasilkan bahan api ini melalui usaha sama ini, tetapi jumlahnya masih kecil.

“Kami akan membangunkan dalam skala yang lebih besar untuk pesawat kami.

“Pada hari Isnin ini, sejumlah kecil SAF akan diuji dalam penerbangan menuju Langkawi dan saya juga akan berada di dalam pesawat tersebut,” katanya.

Abang Johari berkata beliau akan menaiki pesawat itu untuk menghadiri Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA).

Katanya, kejayaan ujian itu akan membuka jalan bagi kawasan-kawasan lain di Sarawak untuk menceburi pengeluaran SAF.

Abang Jo 'Volunteer' Ke Langkawi Naik Pesawat Guna Bahan Api Berasaskan Alga

“Mungkin, Gedong juga boleh menghasilkan jenis bahan api ini,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Borneo Post. Daerah Gedong sedang dipromosikan sebagai pusat pertanian lestari oleh kerajaan negeri.

Terbaik Premier Sarawak!

Pada 10 Mei lalu, Abang Johari menyatakan bahawa syarikat penerbangan butik negeri itu akan menggunakan SAF yang dihasilkan tempatan.

Beliau berkata bahawa SAF boleh dianggap sebagai alternatif kepada bahan api pesawat fosil biasa. Negeri tersebut bertujuan untuk menjadi pemain global dalam membekalkan bahan api lestari kepada syarikat penerbangan.

Abang Jo 'Volunteer' Ke Langkawi Naik Pesawat Guna Bahan Api Berasaskan Alga

Abang Johari juga menyatakan bahawa Sarawak dapat memainkan peranan dalam menyokong gerakan global untuk mencapai emisi karbon sifar dengan pengeluaran SAF dari kilang pengeluaran biojisim mikro alga.

Baca lagi artikel menarik:

Selepas Hidrogen, Abang Jo Cadang Hidupkan Teknologi Sarawak Berasaskan Alga
Syarikat Penerbangan Sarawak Akan Mula Beroperasi Selepas Memperoleh 4 Buah Pesawat
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menyegarkan Dan Lazat, Ketahui Kedai Aiskrim Vanilla Crush Di Satok Kuching Menyegarkan Dan Lazat, Ketahui Kedai Aiskrim Vanilla Crush Di Satok Kuching
Next Article Cara Orang Lama Buat Rumah Jadi Sejuk, Ketahui Keistimewaan Labu Sayong Cara Orang Lama Buat Rumah Jadi Sejuk, Ketahui Keistimewaan Labu Sayong

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?