Abang Jo tahu perkataan ‘ketek ajak’ tular di media sosial, terutamanya di TikTok
Abang Johari Akui Frasa ‘Ketek Ajak’, Viral Di Tiktok. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mengakui bahawa frasa ‘ketek ajak’ beliau telah menjadi viral di TikTok.
Bahkan, menurut laporan, beliau turut berkongsi bahawa beliau telah melihat video yang memaparkan lagu Iban bertajuk ‘Enda Berasai’ oleh Tracyta Clara, di mana penyanyi itu menyanyi, “ketik, ketik, ketik, ketik aja”.
“Selepas ayat ‘ketik’, video itu menunjukkan wajah saya. Ini tidak dilakukan atas kehendak saya tapi anda boleh mencipta imej yang ingin anda persembahkan kepada umum melalui media sosial.
“Bagaimanapun, saya tidak membantah video yang disunting itu. Ia bagus, dan saya boleh meraih populariti seperti penyanyi itu,” katanya menerusi sumber.
Ungkapan popular dari Abang Johari
Untuk makluman, ungkapan ‘ketek ajak’ pernah dipopularkan oleh Abang Johari dan disebut dalam hampir semua ucapannya untuk menyerlahkan bahawa segala-galanya boleh diselesaikan di hujung jari.

“Pada asalnya, frasa ‘ketek ketek’ merujuk kepada pendigitalan dan semuanya hanya dengan satu klik sahaja.
“Sama seperti ATM, anda hanya klik (sic), dan wang itu dikeluarkan dari mesin. Ini mungkin disebabkan oleh teknologi.
Abang Jo turut berterima kasih kepada penyanyi tersebut
“Alhamdulillah, rakyat boleh menerima konsep digitalisasi sehingga ‘frasa’ itu dimasukkan dalam sesebuah lagu. Jadi saya berterima kasih kepada penyanyi itu,” tambahnya.
