• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Abang Johari Bakal Jadi Individu Pertama Terima Vaksin Pfizer-BioNtech Di Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
25 Februari 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Ketua Menteri Sarawak bakal menjadi penerima vaksin pertama di negeri ini.

Abang Johari Bakal Jadi Individu Pertama Terima Vaksin Pfizer-BioNtech Di Sarawak. Dilaporkan bahawa Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bakal menjadi penerima vaksin pertama di negeri ini. Beliau akan menerima vaksin tersebut pada 26 Februari 2021 di Klinik Kesihatan Petra Jaya, Kuching.

Hal ini turut bermakna bahawa pelancaran Program Imunisasi Fasa 1 Peringkat Negeri Sarawak diawalkan kepada hari Jumaat iaitu sehari lebih awal dari tarikh asal yang dijadualkan sebelum ini.

Abang Johari Bakal Jadi Individu Pertama Terima Vaksin Pfizer-BioNtech Di Sarawak
Abang Johari Bakal Jadi Individu Pertama Terima Vaksin Pfizer-BioNtech Di Sarawak

Telah disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak

Perkara tersebut telah pun disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa sidang media Penerimaan Vaksin di gudang kargo Raya Airways, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).

“Kita hendak menunjukkan kepada semua warga Sarawak, beliau yang menjadi individu pertama secara sukarela divaksin Pfizer-BioNtech,” katanya.

Selain itu, beliau menjelaskan bahawa pemberian vaksin akan diawalkan kerana vaksin tiba di negeri itu lebih awal daripada yang dijadualkan.

Abang Johari Bakal Jadi Individu Pertama Terima Vaksin Pfizer-BioNtech Di Sarawak

Detik bersejarah apabila sebanyak 23,400 dos vaksin COVID-19 tiba

Pada petang Rabu 24 Februari 2021, Sarawak menyaksikan detik bersejarah apabila sebanyak 23,400 dos vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Menurut Uggah, dos pertama berkenaan akan diberikan kepada petugas barisan hadapan di Sibu dan Kuching, bermula pada Jumaat ini.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sabah Melaporkan Kluster Pertama, Hasil Daripada Reunion Keluarga Pada Tahun Baru Cina Lalu Sabah Melaporkan Kluster Pertama, Hasil Daripada Reunion Keluarga Pada Tahun Baru Cina Lalu
Next Article JPB Bahagian Sibu Mencadangkan Kawalan Ketat Di Zon Tiong Hua Dan Zon Sentosa JPB Bahagian Sibu Mencadangkan Kawalan Ketat Di Zon Tiong Hua Dan Zon Sentosa

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?