• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Ini Senarai Acara Menarik Sepanjang Bulan Mei 2024 Di Sarawak

Oleh
Nazihah AN
1 Mei 2024
Kongsi
7 Min Bacaan
Ini Senarai Acara Menarik Sepanjang Bulan Mei 2024 Di Sarawak

Masukkan dalam bucketlist korang tauu! Sekali sekala roadtrip apa salahnya

Ini Senarai Acara Menarik Sepanjang Bulan Mei 2024 Di Sarawak. Dah masuk bulan Mei ni, mesti ramai yang tengah cari apa je event-event yang menarik sepanjang bulan ini di Sarawak.

Isi Isi Penting
  • 1. Samarahan Food and Cultural Festival (10-19 Mei 2024, Aiman Mall)
  • 2. Marathon HSL (11 & 12 Mei 2024, La Promenade Samarahan)
  • 3. Harvest Fusion Festival (18-31 Mei 2024, La Promenade Samarahan)
  • 4. Gawai Bazar (1-12 Mei 2024, Aeroville Mall Kuching)
  • 5. Kapit Dayak Cultural Festival (5-11 Mei 2024, Kapit Town Square)
  • 6. Roban Food Festival (10-26 Mei 2024, Pekan Lama & Baru Roban Betong)
  • 7. World Boxing Confederation (WBC) Championship (11 Mei 2024, Indoor Stadium, Petra Jaya)
  • 8. Badadun Festival & Buffalo Racing (17-19 Mei 2024, Kampung Lubok Piasau, Limbang)
  • 9. Ulang Tahun Ke-19 Bandaraya Miri (20 Mei 2024, Miri City Hall)
  • 10. Samarahan Bike Challenge (26 Mei 2024, Summer Mall Samarahan)
  • 11. Irau Aco Lun Bawang (30 Mei-1 Jun 2024, Stadium Lawas)
  • 12. Tanjung Manis Fishing Safari (5 Mei 2024, Tanjung Manis New Township Express Terminal)
  • 13. Cat City Bike Week (24-26 Mei 2024, MJC Pines Square Batu Kawa)
  • 14. Kuching Auto Rad Show (4 Mei 2024, Plaza Merdeka Kuching)
  • 15. Lachau Gawai Festival (17 Mei-9 Jun 2024, Pekarangan Pekan Lachau, Pantu)
  • 16. Ngabang Festival @ Serian (25 Mei 2024, Dewan Serbaguna SJKC Chung Hua Serian)
  • 17. Kempen Beli Balik Kitar Semula (11 Mei 2024, Kampung Gersik Kuching)

Berikut adalah senarai event menarik yang patut anda sertai untuk memeriahkan bulan ini:

1. Samarahan Food and Cultural Festival (10-19 Mei 2024, Aiman Mall)

Pada tahun ini, Festival Makanan dan Kebudayaan Samarahan bermatlamat untuk mempamerkan pelbagai jenis ‘ulam’ (sayur-sayuran mentah) dan menetapkan rekod tersebut di dalam Malaysia Book of Record.

2. Marathon HSL (11 & 12 Mei 2024, La Promenade Samarahan)

Untuk anda yang ingin menggayakan hidup sihat, boleh turut serta dalam acara menarik Marathon HSL yang bertempatkan di La Promenade, Samarahan. Hadiah pun sangat besar jumlahnya yaaa!

3. Harvest Fusion Festival (18-31 Mei 2024, La Promenade Samarahan)

Yang dinanti-nantikan buat orang Borneo pada bulan ini adalah Hari Gawai, betul tak? Haa.. memang tak sah kalau tak ada festival menarik yang bakal diadakan sempena perayaan ini. Mulai 18 hingga 31 Mei ini akan ada Festival Harvest Fusion di La Promenade Mall.

Stella Niut, Saban Handicraft aneka manik bidayuh org ulu iban handmade, bangsa Iban 0198661987

4. Gawai Bazar (1-12 Mei 2024, Aeroville Mall Kuching)

Festival ada, bazar pun kenalah ada🥰 Korang yang nak singgah cari barang best untuk Gawai ni, bolehlah singgah ke Gawai Bazar bertempatkan di Aeroville Mall mulai 1 hingga 12 Mei ini tauu!

5. Kapit Dayak Cultural Festival (5-11 Mei 2024, Kapit Town Square)

Festival tahunan anjuran Pejabat Daerah Kapit untuk mempromosikan budaya dan adat Dayak, makanan dan minuman tradisional dan juga tarian Tradisional Dayak.

6. Roban Food Festival (10-26 Mei 2024, Pekan Lama & Baru Roban Betong)

Perayaan ini merupakan acara kebudayaan yang menggabungkan sukan komuniti, Mini Regatta, jualan makanan tempatan dan pameran kraftangan yang antara lain menampilkan replika rumah tradisional Iban.

Ia adalah platform untuk mempamerkan dan mempromosikan tradisi, kemahiran dan citarasa yang kaya yang menentukan identiti budaya masyarakat Iban.

7. World Boxing Confederation (WBC) Championship (11 Mei 2024, Indoor Stadium, Petra Jaya)

Dua belas negara mengesahkan penyertaan mereka dalam Kejohanan Tinju Dunia (WBC) yang akan diadakan buat pertama kali di Malaysia di Stadium Serbaguna Petra Jaya di sini bulan depan.

Antara negara yang turut serta ialah Jepun, Kazakhstan, UK, Australia, Myanmar, India, Thailand, Perancis, Filipina, Singapura, Brazil dan tuan rumah Malaysia.

8. Badadun Festival & Buffalo Racing (17-19 Mei 2024, Kampung Lubok Piasau, Limbang)

Pesta Badadun dan Lumba Kerbau merangkumi seni dan budaya masyarakat Melayu Limbang, menampilkan persembahan kebudayaan, aktiviti sukan, Lumba Kerbau, dan Pertandingan ‘Keceriaan Sulap’.

9. Ulang Tahun Ke-19 Bandaraya Miri (20 Mei 2024, Miri City Hall)

Hari Bandaraya Miri, memperingati pencapaian status bandar pada 20 Mei 2005, disambut setiap tahun oleh Majlis Bandaraya Miri. Sempena ulang tahun ke-19 Miri sebagai sebuah bandar raya, pelbagai program dan acara dianjurkan untuk menandakan peristiwa penting ini.

10. Samarahan Bike Challenge (26 Mei 2024, Summer Mall Samarahan)

Samarahan Bike Challenge memasuki edisi kelapannya dan akan mengubah venue itu menjadi sarang aktiviti, dengan penunggang basikal dari seluruh negara dan luar negara berbasikal menuju kemenangan. Terdapat juga aktiviti sampingan untuk memeriahkan majlis.

11. Irau Aco Lun Bawang (30 Mei-1 Jun 2024, Stadium Lawas)

Pesta Kebudayaan Tahunan diadakan sempena musim menuai bagi masyarakat asli Lun Bawang. Ia adalah perayaan budaya dan warisan yang berwarna-warni, menampilkan pelbagai aktiviti seperti sukan moden dan tradisional, muzik, persembahan, dan bazar seni dan kraf.

12. Tanjung Manis Fishing Safari (5 Mei 2024, Tanjung Manis New Township Express Terminal)

Safari Memancing Tanjung Manis telah diadakan setiap tahun sejak tahun 2004. Antara objektif pertandingan ini adalah untuk mempromosikan Tanjung Manis sebagai destinasi eko-pelancongan khususnya untuk aktiviti memancing. Kawasan pertandingan merentangi perairan dari Kuala Rajang hingga Tanjung Sirik.

13. Cat City Bike Week (24-26 Mei 2024, MJC Pines Square Batu Kawa)

Terdapat pelbagai aktiviti seperti pelancaran motosikal, majlis, cabutan hadiah, perlumbaan mini, pertunjukan motosikal, jualan makanan dan minuman, dan banyak lagi aktiviti menarik!

Dan yang bestnya, event ini orang Brunei dan Indonesia pun ikut join!

14. Kuching Auto Rad Show (4 Mei 2024, Plaza Merdeka Kuching)

Tadi tentang motor, event ni pulak khas untuk yang minat kereta🔥Event ni bukan setakat orang Kuching je yang pergi yaa, orang luar negara pun ada yang join.

15. Lachau Gawai Festival (17 Mei-9 Jun 2024, Pekarangan Pekan Lachau, Pantu)

Pelbagai aktiviti menarik disusun atur oleh jawatankuasa penganjur bagi memeriahkan program itu seperti Fun Fair, pentas hiburan dan jualan bermula 17 Mei hingga 9 Jun.

16. Ngabang Festival @ Serian (25 Mei 2024, Dewan Serbaguna SJKC Chung Hua Serian)

Festival ini ada pelbagai aktiviti menarik termasuk pertandingan nyanyian. Selain itu, pengunjung berpeluang menyaksikan konsert bersama artis dan DJ, serta menyertai cabutan bertuah untuk merebut hadiah hebat seperti peranti pintar Redmi dan Xiaomi.

17. Kempen Beli Balik Kitar Semula (11 Mei 2024, Kampung Gersik Kuching)

Dewan Bandaraya Kuching Utara akan menganjurkan satu Kempen Beli Balik Kitar Semula pada 11 Mei 2024 bertempat di Masjid Hidayatul Rahman, Kampung Gersik. Sepanjang kempen ini, orang ramai boleh menjual bahan kitar semula kepada pihak penganjur. 

18. Bazaar Gawai Dayak Sarawak (16-26 Mei 2024, MJC Batu Kawa Kuching)

Selama 11 hari acara ini diadakan, ada banyak aktiviti dan jualan menarik yang dianjurkan Majlis Seni Sarawak. Bolehlah bawa keluarga anda untuk meluangkan masa di sini.

19. Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2024

Sempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2024, Semua masyarakat dijemput ke Muzium Budaya Borneo pada 18 Mei 2024. Dan yang paling penting, masuk adalah PERCUMA! Konsert Muzik Klasik Sepanyol yang dipersembahkan oleh Trio Prommachart pada sebelah petang di auditorium.

Lagi event yang best-best bulan Mei ni akan kami update dalam artikel ni tauu!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cawangan Baru Di Heritage MetroCity, Warong2000 Akan Dibuka Esok
Next Article Hampir Menaiki Penerbangan Ke Johor, Wanita OKU Hilang Di Kuching Berjaya Diselamatkan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?