I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Ada Linut Dan Tumpik, Cendol Sazaria Pasir Pandak Jadi Port Baru Untuk Minum Petang

Oleh Aina Musa
6 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Ada Linut Dan Tumpik, Cendol Sazaria Pasir Pandak Jadi Port Baru Untuk Minum Petang

Bestnya minum petang bersama tumpik!

Ada Linut Dan Tumpik, Cendol Sazaria Pasir Pandak Jadi Port Baru Untuk Minum Petang. Kali ini, kita nak cerita pasal hidangan menu ‘Legend’ Sarawak yang pasti cun buat tekak anda. Jangan risau, kami akan kongsikan satu tempat yang wajib korang perlu cuba, iaitu Cendol Sazaria di Pasir Pandak. Bakal jadi port baru untuk minum petang di Kuching tau!

Kalau korang nak cari tempat untuk lepak-lepak sambil minum petang, Cendol Sazaria ni memang tempat yang tepat. Memang best gila lepak sini sebab boleh rasa betapa sejuknya cendol dia. Lagi-lagi kalau cuaca panas, memang tak ada yang lebih menyegarkan daripada cendol yang sejuk dan sedap ni.

Ada Linut Dan Tumpik, Cendol Sazaria Pasir Pandak Jadi Port Baru Untuk Minum Petang
Ada Linut Dan Tumpik, Cendol Sazaria Pasir Pandak Jadi Port Baru Untuk Minum Petang. Kredit: Cendol Sazaria

Ada pelbagai menu menarik

Tapi tak hanya cendol je yang ada kat sini. Ada juga hidangan lain yang korang wajib cuba seperti ambuyat dan tumpik.

Linut ni rasanya tawar, namun ia bergantung pada sambal atau hidangan sampingan seperti sambal (masam atau pedas), ulam-ulaman, ikan bakar dan lauk pauk, yang dimakan bersama. Sedap gila!

Tumpik atau nama lain dikenali sebagai ‘Lempeng Sarawak’ merupakan makanan tradisi Sarawak yang berasal dari masyakarat Melanau.

Ada Linut Dan Tumpik, Cendol Sazaria Pasir Pandak Jadi Port Baru Untuk Minum Petang

Tumpik diperbuat menggunakan tepung sagu dan kelapa parut, ia tidak goreng sebaliknya dibakar menggunakan kuali khas. Rasanya enak dimakan ketika masih panas dan rasanya lebih sedap jika dicelup bersama gula apon

Jadi, jangan lupa datang ke Cendol Sazaria di Pasir Pandak ni ya kalau korang nak rasa hidangan menu ‘Legend’ Sarawak yang best-best. Pasti korang akan berpuas hati dengan hidangan yang ada kat sini.

Ada Linut Dan Tumpik, Cendol Sazaria Pasir Pandak Jadi Port Baru Untuk Minum Petang

Waktu operasi

Buat anda yang tercari-cari menu best untuk minum petang bolehlah singgah ke sini!

Lokasi: No. 6770, Lorong TSM 1, Taman Sri Maya, Jalan Pasir Pandak, Petra Jaya

Waktu operasi: DIbuka setiap hari kecuali isnin dari jam 11 pagi hingga 7 malam

Lagi tempat makan menarik:

Terletak Di Tepi Pantai, Warung Rani Di Pasir Panjang Ini Tawar Pelbagai Menu Menarik Buat Anda
Hidden Cafe Di Santubong Ini Tawar Pengalaman Makan Sambil Melihat View Indah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mayat Hampir Dibakar, Keluarga Terima Panggilan Anak Rupanya Masih Hidup
Next Article Bagai Durian Runtuh, Pesara Guru Dari Kapit Ini Jadi Jutawan Peroleh 1 Juta Dari Cabutan Bertuah BSN Bagai Durian Runtuh, Pesara Guru Dari Kapit Ini Jadi Jutawan Peroleh 1 Juta Dari Cabutan Bertuah BSN

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?