• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Ada Pelbagai Jenis Topping Yang Menarik, Lelaki Ini Jual Sushi Seringgit Sahaja Di Samarahan

Oleh
Nazihah AN
19 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Ada Pelbagai Jenis Topping Yang Menarik, Lelaki Ini Jual Sushi Seringgit Sahaja Di Samarahan

Sushi harga seringgit sahaja? Murahnya!

Ada Pelbagai Jenis Topping Yang Menarik, Lelaki Ini Jual Sushi Seringgit Sahaja Di Samarahan. Siapa penggemar sushi di sini? Tahukah anda, bahawa terdapat sushi buatan tempatan yang menarik anda boleh dapatkan pada harga RM1 sahaja!

Sushi merupakan salah satu menu istimewa asal Jepun yang terkenal dengan kepelbagaian variasi dan olahan serba unik, malah ia cukup popular dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Ada Pelbagai Jenis Topping Yang Menarik, Lelaki Ini Jual Sushi Seringgit Sahaja Di Samarahan
Ada Pelbagai Jenis Topping Yang Menarik, Lelaki Ini Jual Sushi Seringgit Sahaja Di Samarahan. Sumber: FB Abdul Rahman Annuar

Sushi ikut citarasa tempatan

Namun rata-rata penggemar makanan itu mula mencari kelainan dari segi rasa dan rupa bentuk sushi yang lebih sesuai dengan citarasa tempatan. Dan salah satunya, anda boleh dapatkan di Samarahan sahaja.

Pengguna Abdul Rahman Annuar telah berkongsi di laman Facebooknya beberapa gambar sushi yang dijualnya hanya pada harga serendah RM1 di Desa Ilmu, Samarahan. Kalau anda duduk di sekitar Samarahan, senangla nak pergi nanti! Tak perlu jauh-jauh ke Kuching lagi.

Ada Pelbagai Jenis Topping Yang Menarik, Lelaki Ini Jual Sushi Seringgit Sahaja Di Samarahan
Sumber: FB Abdul Rahman Annuar
https://www.facebook.com/rahman.aman.94/posts/pfbid02Z28jDGgwQYBMi7boU8h4w5i3TbcHBGRAx54Dm5kqSP424nAWqQqDBS7PxDxVKud8l

Terletak di tepi jalan Desa Ilmu, Samarahan

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai pilihan dan variasi untuk topping sushi ini. Dan sudah semestinya ia lebih sesuai dengan citarasa tempatan.

Menerusi laman Facebook miliknya, Abdul Rahman Annuar sering berjual di hadapan Lorong 5 Desa Ilmu, Samarahan. Berhadapan apartmen Block A Desa Ilmu. Ada masa nanti, jom kita singgah sana!

Ada Pelbagai Jenis Topping Yang Menarik, Lelaki Ini Jual Sushi Seringgit Sahaja Di Samarahan

Lokasi: Sushitungam, Hadapan Lorong 5 Desa Ilmu, Samarahan. Berhadapan apartmen Block A Desa Ilmu.
Waktu beroperasi: Sabtu & Ahad (3.00 petang – 6.00 petang)
No telefon: 014- 205 3944 / 012- 871 5053

Tahukah anda selain sushi seringgit, di Batu 8 Jalan Penrissen terdapat nasi lemak dengan harga seringgit sahaja! Jom baca pautan di bawah:

Masih Ada Jual Nasi Lemak Seringgit, Lelaki Di Kuching Ini Buat Netizen Tersentuh

Memang Murah! Warung Hasmida Di Kuching Menawarkan Semua Menu Dengan Harga RM2 Sahaja
SUMBER :FB Abdul Rahman Annuar
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Demi Selamatkan Anak, Wanita Dari India Ini Lawan Harimau Dengan Hanya Tangannya Demi Selamatkan Anak, Wanita Dari India Ini Lawan Harimau Dengan Hanya Tangannya
Next Article Sabah Rangkul Perak Pertama Gimnastik Artistik Lelaki Di SUKMA 2022

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?