• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Ada Set Talam Sotong Gergasi, Anda Perlu Cuba Hidangan Lazat Ini Di Area24 Kuching

Oleh
Husna Hazmi
9 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Harga berpatutan, makanan pun lazat!

Ada Set Talam Sotong Gergasi, Anda Perlu Cuba Hidangan Lazat Ini Di Area24 Kuching. Ingin mencari sedikit kelainan atau menukar selera makan anda? Apa kata anda cuba sebuah kedai makan menarik di Kuching ini yang ada menyediakan pelbagai menu enak dan unik.

Makanan yang dihidangkan di atas talam sudah menjadi trend di masa kini dan digemari ramai kerana lebih mudah untuk berkongsi makanan.

Ada Set Talam Sotong Gergasi, Anda Perlu Cuba Hidangan Lazat Ini Di Area24 Kuching
Ada Set Talam Sotong Gergasi, Anda Perlu Cuba Hidangan Lazat Ini Di Area24 Kuching. Kredit foto: FB Area24

Sotong gergasi dimasak sempurna

Biasanya kalau menu talam, pasti anda akan melihat makanan barat kan? Uniknya di Area24 di Matang Jaya ini adalah mereka menyediakan makanan dalam talam yang bukan bertemakan makanan barat sahaja.

Menu talam Area24 yang berjaya menarik perhatian ramai adalah menu sotong gergasi di dalam talam yang digandingkan bersama nasi goreng dan sambal padu mereka. Sotong besar yang segar ini dimasak sempurna kemudian dihidangkan untuk para pelanggan di sini.

Ada Set Talam Sotong Gergasi, Anda Perlu Cuba Hidangan Lazat Ini Di Area24 Kuching
Kredit foto: FB Area24

Ada menu menarik yang lain juga

Selain daripada menu sotong gergasi yang mengiurkan tadi, mereka juga ada menyediakan pelbagai menu menarik seperti Chicken salted egg, nasi goreng corned beef, manok gangster, sotong sambal dan macam-macam lagi. Apa yang lagi best adalah kesemua dalam semua menu tersebut, anda boleh pilih saiz iaitu saiz single atau giant!

Beroperasi dari jam 3 petang hingga 9 malam, anda boleh singgah ke Area24 yang terletak di Lorong Matang Jaya 1 di Kuching ini.

Tunggu apa lagi, kalau anda nak rasa sotong gergasi yang segar dan padu dan aneka makanan lazat lain, anda perlu singgah ke Area24 ini bersama keluarga, rakan atau orang tersayang.

Lagi port makan menarik di Kuching buat anda di sini:

Ayam Geprek Pedas Berapi, Anda Perlu Cuba Menu Menarik Ini Di Salleh Corner Kuching
Berkonsepkan Kopitiam, Anda Wajib Cuba ‘Kopi Padu’ Dan ‘Roti Kiap’ Di Tapawlah Plaza Merdeka
SUMBER :FB Area24
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Video TikTok Pelajar Sekolah Di Keningau Menyantuni Pengawal Keselamatan Dapat Pujian Netizen
Next Article Persis Kaki Burung Unta, Kenali Kisah Unik Suku Asli Di Afrika Dipanggil ‘VaDoma’

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?