• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Air Mata Iringi Ibu Ketika Ambil Ijazah Arwah Anak Pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah

Oleh
Husna Hazmi
29 Mac 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Semoga arwah ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman.

Air Mata Iringi Ibu Ketika Ambil Ijazah Arwah Anak Pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah. Hati ibu mana tidak sedih mengenangkan nasibnya yang telah kehilangan seorang cahaya mata anugerah Tuhan. Pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ke-22 di Dewan Canselor UMS, seorang ibu terpaksa menahan rasa sedih apabila menerima ijazah Allahyarham anak kesayangannya.

Isi Isi Penting
  • Semoga arwah ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman.
  • Juliana Baru telah mewakili Allahyarham Nusratina Jalaludin
  • Arwah pernah mengadu sakit kepala
  • Seorang anak yang baik, ceria, peramah, taat kepada ibu bapa
Air Mata Iringi Ibu Ketika Ambil Ijazah Arwah Anak Pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah
Air Mata Iringi Ibu Ketika Ambil Ijazah Arwah Anak Pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah. Kredit gambar: Getaran.my

Juliana Baru telah mewakili Allahyarham Nusratina Jalaludin

Si ibu, Juliana Baru yang berusia 57 tahun telah mewakili Allahyarham Nusratina Jalaludin berusia 24 tahun yang telah meninggal dunia pada April 2021 di rumah kediamannya di Sipitang.

Air mata mengiringi ibu arwah dan dirinya kelihatan sebak semasa menerima ijazah tersebut yang disampaikan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr Taufiq Yap Yun Hin.

Juliana berkata, Allahyarham amat gembira ketika berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kewangan Antarabangsa, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) pada tahun 2020.

“Masih terngiang-ngiang dalam ingatan saya, arwah sangat teruja untuk menghadiri hari konvokesyennya dan berhasrat ingin bergambar bersama-sama kami sekeluarga.

“Namun, malang tidak berbau, ajal terlebih dahulu menjemput Allahyarhamah,” katanya ketika ditemui selepas menerima ijazah anaknya pada hari Ahad lepas.

Air Mata Iringi Ibu Ketika Ambil Ijazah Arwah Anak Pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah
Kredit gambar: Getaran.my

Arwah pernah mengadu sakit kepala

Juliana juga turut berkata, sebelum kejadian, arwah pernah mengadu bahawa kepalanya sakit.

“Lebih memilukan, Allahyarhamah meninggal dunia ketika berada dalam pangkuan ayahnya sambil disaksikan ahli keluarga yang lain.

“Kami masih bersedih dan rindu dengan arwah, tetapi kami juga berbangga dengan pencapaiannya,” katanya menahan sebak.

Air Mata Iringi Ibu Ketika Ambil Ijazah Arwah Anak Pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah
Kredit gambar: Getaran.my

Seorang anak yang baik, ceria, peramah, taat kepada ibu bapa

Juliana menyifatkan anak kelima dari lapan adik beradik itu sebagai seorang anak yang baik, ceria, peramah, taat kepada ibu bapa serta seorang pelajar yang cemerlang sejak di peringkat sekolah rendah.

“Arwah sentiasa mendengar nasihat dan tidak pernah melukakan hati kami. Arwah ingin berjaya dalam hidupnya dan membanggakan saya dan ayahnya. 

“Namun Allah lebih sayangkan arwah, dan saya reda dengan semua ini,” katanya. 

Pada majlis istiadat konvosekyen tersebut, Juliana hadir ditemani suami dan juga anak-anaknya yang lain. 

“Saya berterima kasih kepada pihak UMS kerana sudi menjemput kami sekeluarga, saya amat hargainya,” kata Juliana.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kecuali Petugas Masjid Dan Surau, MIS Umum Wajib Memakai Pelitup Muka Ketika Solat Berjemaah Kecuali Petugas Masjid Dan Surau, MIS Umum Wajib Memakai Pelitup Muka Ketika Solat Berjemaah
Next Article Nikmati Pelbagai Jenis Topping, Jom Ke Femmez Ice Cream Di Metrocity! Nikmati Pelbagai Jenis Topping, Jom Ke Femmez Ice Cream Di Metrocity!

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?