Mulai berkuatkuasa pada 1 Mac 2023 ini
AirAsia Hentikan Penerbangan Terus Kuching- Penang Mulai Bulan Mac Ini. Syarikat Airasia telah mengumumkan bahawa penerbangan terus (direct flight) antara Kuching dan Penang dihentikan dan mulai berkuatkuasa pada 1 Mac 2023 ini atas alasan tertentu.
Telah dilaporkan bahawa syarikat penerbangan ini telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi bahawa pengguna yang terjejas telah dihubungi melalui e-mel dan diberitahu bahawa penerbangan mereka telah dipindahkan ke pilihan ‘FlyThru’ yang tersedia antara dua destinasi dengan transit di Kuala Lumpur (KLIA2) untuk mengelakkan sebarang masalah pada rancangan perjalanan mereka.

Pengguna yang terjejas diberikan 3 pilihan sebagai alternatif
Turut dinyatakan bahawa pengguna tersebut diberikan 3 pilihan sebagai alternatif dalam pemulihan perkhidmatan yang dinyatakan dalam e-mel, iaitu tukar penerbangan percuma, akaun kredit atau bayaran balik.
Pengguna yang terjejas berhak mendapat pertukaran satu kali penerbangan kepada tarikh perjalanan baharu mengikut keutamaan mereka dalam masa 30 hari dari tarikh berlepas yang dijadualkan pada laluan yang sama tanpa sebarang kos tambahan dan tertakluk pada ketersediaan tempat duduk.
Tetamu juga boleh melakukan pertukaran penerbangan dengan klik pada butang ‘Tukar Penerbangan Percuma’ dalam e-mel pemberitahuan atau melalui ciri ‘Urus tempahan saya’ di Aplikasi AirAsia Super atau laman web,

Separuh daripada pesawat mereka masih dijadualkan untuk penyelenggaraan.
AirAsia kini mempunyai sembilan penerbangan harian antara Kuching dan Kuala Lumpur dan tujuh penerbangan antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang untuk dipilih oleh pengguna untuk menyesuaikan dengan rancangan perjalanan mereka.
Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata bahawa Kementerian mengakui keputusan yang dibuat oleh pengurusan AirAsia Berhad terutamanya dengan separuh daripada pesawat mereka masih dijadualkan untuk penyelenggaraan.
Dengan langkah ini, penerbangan terus Sarawak antara Penang dan Kuching hanya akan menggunakan Firefly Sdn Bhd, yang turut mengendalikan laluan kekerapan Kuching-Penang dua kali sehari.

Akaun Kredit boleh digunakan untuk membeli penerbangan masa depan dan tambahan dengan AirAsia.
Pengguna yang memilih untuk tidak mahu melanjutkan perjalanan mereka boleh memilih Akaun Kredit dengan nilai tempahan mereka yang sah selama 730 hari (atau dua tahun) dari tarikh keluar.
Syarikat penerbangan itu berkata bahawa tetamu yang memilih bayaran balik boleh berhubung dengan AVA melalui Aplikasi AirAsia Super atau laman web dan mengikuti arahan yang sewajarnya.
Tetamu yang menempah penerbangan mereka melalui ejen pihak ketiga boleh menghubungi ejen pelancongan masing-masing untuk bantuan lanjut.
