I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Ajai Datang Sarawak Cari Penyanyi Baharu, Sertai Jelajah Ujibakat Ini!

Oleh Ismail NA
29 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Serlahkan bakat nyanyian anda.

Ajai Datang Sarawak Cari Penyanyi Baharu, Sertai Jelajah Ujibakat Ini! Adakah anda mempunyai bakat nyanyian yang terpendam? Atau selama ini sedang mencari peluang untuk menonjol sebagai penyanyi baharu yang dikenali ramai? Nah, inilah masanya!

Isi Isi Penting
Serlahkan bakat nyanyian anda.Ujibakat untuk pertandingan nyanyian Dataran SuperstarsTerbuka untuk wanita dan lelaki berusia 18 hingga 28 tahunLagi event menarik yang menanti anda di bulan Julai:

Melalui satu perkhabaran yang dihebahkan, penyanyi dan komposer terkemuka Malaysia, Ajai bakal menjejakkan kaki ke Sarawak untuk mencari penyanyi baharu yang berbakat hujung minggu ini.

Ajai Datang Sarawak Cari Penyanyi Baharu, Sertai Jelajah Ujibakat Ini!
Ajai Datang Sarawak Cari Penyanyi Baharu, Sertai Jelajah Ujibakat Ini!

Beliau akan hadir menemui bakat-bakat baharu yang tampil menerusi ujibakat di dua lokasi iaitu di Sri Aman dan Kota Samarahan, Sarawak.

Ujibakat untuk pertandingan nyanyian Dataran Superstars

Jelajah ini merupakan siri ujibakat untuk pertandingan nyanyian Dataran Superstar yang turut mendapat kerjasama daripada syarikat rakamana berpangkalan di Sarawak, D’Superstars Production Sdn Bhd serta Majlis Seni Sarawak (MSS).

Sebelum ini, ujibakat telah pun dilakukan di beberapa lokasi seluruh Sarawak seperti di Sibu, Bintulu, Miri dan Kuching. Sri Aman dan Simanggang merupakan lokasi terakhir ujibakat ini.

𝗔𝗷𝗮𝗶 𝗗𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗦𝗮𝗺𝗮𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻? 😱✨𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝘁𝗮𝗵𝘂𝗮𝗻 𝗸𝗶𝘁𝗮𝗸 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴, 𝗽𝗮𝗱𝗮 3 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝗮𝗱𝗮 𝗨𝗷𝗶 𝗕𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗡𝘆𝗮𝘆𝗶𝗮𝗻 𝗗𝗮𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗽𝗲𝗿𝘀𝘁𝗮𝗿𝘀 𝗱𝗶…

Posted by The Summer Shopping Mall on Monday, June 27, 2022

Beliau yang sudah 2 tahun tidak ke Sarawak nyata teruja untuk bertemu dengan pelapis baharu dari Sarawak dalam bidang nyanyian memandangkan ramai bakat bersuara lunak lahir dari negeri ini. Mengambil contoh seperti Dayang Nurfaizah, Bob Yusof, Hafiz Suip, Amir Jahari, Firdaus Eli dan ramai lagi.

Terbuka untuk wanita dan lelaki berusia 18 hingga 28 tahun

Ujibakat ini terbuka kepada individu lelaki dan wanita yang berusia 18 hingga 28 tahun dan berminat dalam bidang nyanyian. Peserta juga diminta untuk membawa lagu minus one sendiri dalam bentuk pendrive.

Ajai Datang Sarawak Cari Penyanyi Baharu, Sertai Jelajah Ujibakat Ini!

Justeru, bagi mereka yang berminat, anda boleh menghadiri ujibakat nyanyian dan berpeluang mempamerkan kehebatan anda di hadapan Ajai seperti ketetapan berikut;

Hotel Sri Simanggang, Sri Aman

Tarikh: 2 Julai 2022, Sabtu
Masa: Bermula jam 10 pagi

Summer Mall, Kota Samarahan

Tarikh: 3 Julai 2022, Ahad
Masa: Bermula jam 10 pagi

Bah, ajuhlah kita menunjukkan bakat sebenar! Kalau bukan sekarang, bila lagi? Jangan malu, jangan takut, yang penting confident!

Selamat berjaya!

Lagi event menarik yang menanti anda di bulan Julai:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pekena Nasi Kandar Dan Pelbagai Lagi Menu Utara Yang Ori! Jom Ke Aji Leh Tomyam Qribut Di Samarahan Pekena Nasi Kandar Dan Pelbagai Lagi Menu Utara Yang Ori! Jom Ke Aji Leh Tomyam Qribut Di Samarahan
Next Article Ada Persembahan Artis Antarabangasa, Mari Meriahkan Konsert Tribute Queen Di BCCK 30 Julai Ini

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?