• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Akaun Kenyalang AFFIN, Akaun Bank Eksklusif Khas Untuk Anak Sarawak

Oleh
Farisha
25 April 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Akaun Kenyalang AFFIN: Akaun Bank Eksklusif Khas Untuk Anak Sarawak

Akaun Kenyalang AFFIN, Akaun Bank Eksklusif Khas Untuk Anak Sarawak. Satu inisiatif baharu dari AFFIN Bank telah menarik perhatian ramai, terutamanya rakyat Sarawak. Dikenali sebagai Akaun Kenyalang AFFIN. Ini merupakan akaun simpanan atau semasa serta kad debit/kredit yang khas untuk rakyat Sarawak sahaja – khususnya mereka yang mempunyai huruf “K” pada MyKad.

Ia bukan sekadar produk perbankan biasa, tetapi satu pengiktirafan kepada identiti dan jati diri anak Sarawak, sejajar dengan usaha memperkasakan agenda “Sarawak First” yang diterajui Premier Abang Johari.

Akaun Kenyalang AFFIN, Akaun Bank Eksklusif Khas Untuk Anak Sarawak
Akaun Kenyalang AFFIN, Akaun Bank Eksklusif Khas Untuk Anak Sarawak. Sumber foto: Dr Sim Kui Hian

Keistimewaan Akaun Kenyalang AFFIN

Berikut antara ciri-ciri utama yang menjadikan akaun ini unik dan istimewa:

✅ Deposit permulaan sifar – Tiada bayaran diperlukan untuk membuka akaun
✅ Tiada baki minimum – Anda tidak perlu mengekalkan jumlah tertentu untuk memastikan akaun aktif
✅ Kad bank eksklusif – Kad debit atau kredit dengan rekaan istimewa untuk rakyat Sarawak
✅ Pilihan akaun simpanan atau semasa, mengikut keperluan pengguna

Kelayakan Untuk Membuka Akaun

Untuk memohon Akaun Kenyalang AFFIN, pelanggan perlu memenuhi salah satu daripada kriteria berikut:

  1. Anak Sarawak – seperti yang ditunjukkan dengan “K” pada MyKad
  2. Individu yang mempunyai alamat:
    • Kediaman di Sarawak
    • Tempat kerja di Sarawak
    • Institusi pengajian di Sarawak

Dokumen sokongan diperlukan sebagai bukti, seperti:

  • Kad pelajar (Matrix Card)
  • Surat pengesahan dari institusi pengajian
  • Bil utiliti (air, elektrik, telefon)
  • Surat tawaran kerja atau penyata bank

Kriteria Tambahan

  • Jenis Akaun: Akaun peribadi (individu atau bersama)
  • Umur minimum: 18 tahun ke atas
  • Kewarganegaraan: Terbuka kepada Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap, dan Bukan Pemastautin

Bagaimana Untuk Memohon?

Orang ramai boleh memohon Akaun Kenyalang AFFIN dengan:

🌐 Mengunjungi laman web rasmi:
➡️ AFFIN Bank – Akaun Kenyalang

Atau hadir ke mana-mana cawangan AFFIN Bank di Sarawak untuk membuat permohonan secara terus.

Disokong Oleh Kerajaan Negeri Sarawak

Perlu diketahui bahawa AFFIN Bank kini dimiliki majoriti oleh kerajaan negeri Sarawak melalui pemilikan 678 juta saham – menjadikan inisiatif ini sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan penglibatan ekonomi rakyat negeri sendiri.

Kenapa Anda Perlu Memilikinya?

🔹 Menyokong bank tempatan milik negeri
🔹 Tiada caj tersembunyi atau syarat rumit
🔹 Simbol kebanggaan sebagai Anak Sarawak
🔹 Eksklusif – bukan semua orang layak

Akaun Kenyalang AFFIN bukan sahaja menawarkan kemudahan perbankan, tetapi juga satu penghargaan terhadap identiti Sarawak.

Jika anda seorang anak jati Sarawak, ini masa terbaik untuk memiliki akaun yang dirangka khusus untuk anda.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Affin Bank Bakal Tambah 14 Cawangan Di Sarawak Menjelang Julai 2025
[TERKINI] Sarawak Kini Sah Jadi Pemegang Saham Terbesar Affin Bank
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kedai Ikonik 40 Tahun Di Kuching, All Joy Bakal Tutup Operasi Pada 30 April Ini Kedai Ikonik 40 Tahun Di Kuching, All Joy Bakal Tutup Operasi Pada 30 April Ini
Next Article Netizen Tersentuh, Pelajar SPM Di Miri Salam Dan Berpelukan Dengan Guard Sekolah Netizen Tersentuh, Pelajar SPM Di Miri Salam Dan Berpelukan Dengan Guard Sekolah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?