• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tiba-Tiba Duit Banyak Dalam KWSP, Pesara Terkejut Akaun KWSP Bertambah RM320K

Oleh
Farisha
26 Mac 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Duit Masuk RM320K Dalam Akaun KWSP, Tapi Siapa Bank In?

Tiba-Tiba Duit Banyak Dalam KWSP, Pesara Terkejut Akaun KWSP Bertambah RM320K. Seorang pesara di Malaysia baru-baru ini berdepan satu kejadian yang cukup mengejutkan apabila mendapati simpanan dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beliau bertambah lebih RM320,000 secara misteri.

Perkara ini bukan sahaja mengejutkan beliau, malah turut menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen — adakah ini sekadar gangguan teknikal atau petanda kepada isu sistem yang lebih serius?

Tiba-Tiba Duit Banyak Dalam KWSP, Pesara Terkejut Akaun KWSP Bertambah RM320K
Tiba-Tiba Duit Banyak Dalam KWSP, Pesara Terkejut Akaun KWSP Bertambah RM320K. Sumber gambar: Amir Khalid

Disangka ‘glitch’, rupanya kekal lebih dua hari

Menurut laporan See Hua Daily News pada 20 Mac, pesara terbabit mula menyedari perkara tersebut ketika memeriksa baki akaunnya menerusi aplikasi mudah alih KWSP.

Pada awalnya, beliau menyangka jumlah yang bertambah itu hanyalah kesan daripada gangguan sistem atau kemas kini sementara. Namun begitu, selepas dua hari, baki akaun tersebut masih menunjukkan jumlah tambahan yang sama.

“Kalau sistem boleh masukkan duit secara salah, ia juga mungkin boleh tarik balik duit saya tanpa amaran,” katanya kepada wartawan.

Disebabkan bimbang dengan apa yang berlaku, beliau mengambil tangkapan skrin sebagai bukti dan terus menghubungi pihak KWSP untuk mendapatkan penjelasan.

Penyata rasmi tiada sebarang perubahan

Apa yang lebih mengelirukan, penyata rasmi KWSP beliau langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan — jumlah sebenar simpanan kekal seperti biasa, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Beliau kemudiannya hadir ke cawangan KWSP untuk membuat semakan lanjut. Menurut kakitangan KWSP, tiada yang perlu dirisaukan selagi penyata rasmi kekal tidak berubah.

Namun begitu, pesara berkenaan tetap merasa tidak tenang — apatah lagi apabila mengetahui rakan beliau turut mengalami kejadian yang hampir sama.

Rakan alami situasi sama, tapi duit ‘hilang’ semula

Difahamkan, seorang rakan kepada pesara tersebut mendapati simpanan KWSP miliknya meningkat sebanyak RM150,000 pada waktu pagi, namun apabila diperiksa semula sekitar jam 10 pagi, jumlah itu telah kembali kepada asal.

Perkara ini menguatkan lagi rasa curiga bahawa mungkin wujud gangguan teknikal, ujian sistem dalaman, atau isu penyelarasan data antara aplikasi mudah alih dan pelayan utama KWSP.

Tiada kenyataan rasmi dari KWSP setakat ini

Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi daripada pihak KWSP berhubung kejadian tersebut.

Meskipun insiden ini mungkin hanya gangguan teknikal, namun ia tetap menimbulkan persoalan tentang keselamatan sistem dan kepercayaan pengguna terhadap pengurusan data KWSP.

Semoga pihak berkaitan tampil memberikan penjelasan tidak lama lagi bagi meredakan kebimbangan orang ramai.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai KWSP:

Akaun 3 KWSP Dilancarkan, Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu
Wanita Hampir Berjaya Kumpul RM2 Juta Dalam KWSP Pada Usia 35 Tahun, Ini Rahsianya
SUMBER :The Vocket
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Waktu Operasi ICQS Sarawak-Brunei Dilanjutkan Sempena Aidilfitri Mulai Hari Ini Waktu Operasi ICQS Sarawak-Brunei Dilanjutkan Sempena Aidilfitri Mulai Hari Ini
Next Article Harga Telur Gred C Di Semenanjung Lebih Murah, Netizen Persoal Kenapa Telur Mahal Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?