• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Akibat Autotranslate Facebook, KKM Dikecam Hanya Kerana Perkataan ‘Air Kosong’

Oleh
ILB - AI
5 Januari 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Akibat Autotranslate Facebook, KKM Dikecam Hanya Kerana Perkataan 'Air Kosong'

Haa… sebelum kecam, pastikan anda selidik terlebih dahulu!

Akibat Autotranslate Facebook, KKM Dikecam Hanya Kerana Perkataan ‘Air Kosong’. Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kongsikan di Facebook mereka tentang kebaikan minum air kosong.

Walau bagaimanapun, apa yang membuat perkongsian itu menonjol adalah kesilapan terjemahan di pihak mereka.

Tangkapan skrin posting itu tersebar di media sosial dan ramai netizen mengecam posting tersebut akibat perkataan ‘air kosong’ telah disalah terjemah sebagai ’empty water’.

Akibat Autotranslate Facebook, KKM Dikecam Hanya Kerana Perkataan ‘Air Kosong’

Empty water?

Dalam entri asal, KKM menasihatkan agar sentiasa minum lebih banyak air kosong sebagai azam tahun baru untuk menikmati kelebihannya. Namun, disebabkan ciri autotranslate Facebook, posting itu (yang asalnya dalam bahasa Melayu) tersalah menterjemahnya menjadi ’empty water’.

Posting asal itu telah dipadam dari Facebook namun perkongsian berkenaan masih ada di laman Twitter rasmi KKM.

Akibat kesalahan ini, beberapa netizen telah menunjukkan kesilapan berkenaan, malah ada juga yang mengecam KKM.

Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter

KKM mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kesalahan tersebut

Setelah menyedari ‘kesilapan’ tersebut yang telah tular dalam media sosial, KKM telah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu pada 4 Januari 2021.

Dalam kenyataan berkenaan, KKM menyatakan perkongsian asal adalah dalam Bahasa Melayu tetapi disebabkan ciri autotranslate Facebook, ia tersilap menterjemah air kosong menjadi ‘empty water’.

Kredit foto: KKM via Facebook

Menurut mereka juga, perkara ini terjadi kerana pengguna Facebook yang terbaca posting itu mengaktifkan ciri autotranslate text Facebook dalam telefon pengguna terbabit.

Contoh ciri autotranslate yang telah diaktifkan dalam Facebook. Kredit foto: How-to-Geek

Mereka juga menggesa rakyat Malaysia agar tidak bergantung kepada ciri tersebut di Facebook kerana ia selalunya tidak memberikan terjemahan yang tepat.

Kadang-kadang masa scroll dalam Facebook, kita terbaca ayat yang tak masuk akal – padahal ciri autotranslate tu yang jadi puncanya!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ceroboh Rumah Atas Alasan Minta Kerja, Lelaki Warga Indonesia Ini Ditahan Di Kuching Ceroboh Rumah Atas Alasan Minta Kerja, Lelaki Warga Indonesia Ini Ditahan Di Kuching
Next Article Datuk Dan Cucu Hilang Setelah Masuk Hutan Cari Buah Asam, Ditemui Dalam Keadaan Selamat Di Kota Samarahan Datuk Dan Cucu Hilang Setelah Masuk Hutan Cari Buah Asam, Ditemui Dalam Keadaan Selamat Di Kota Samarahan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?