• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Aktif Curi Motor Di Sekitar Kampung Sebandi, ‘Geng Fuad’ Akhirnya Tumpas

Oleh
Aina Musa
1 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Aktif Curi Motor Di Sekitar Kampung Sebandi, 'Geng Fuad' Akhirnya Tumpas

Modus operandi sasar motor di kawasan sunyi

Aktif Curi Motor Di Sekitar Kampung Sebandi, ‘Geng Fuad’ Akhirnya Tumpas. Menyasarkan motosikal jenis Honda dan Modenas yang diletak di kawasan sunyi, mematahkan dan melonggarkan bar pemegang sebelum dilarikan antara modus operandi ‘Geng Fuad’.

Aktif Curi Motor Di Sekitar Kampung Sebandi, ‘Geng Fuad’ Akhirnya Tumpas. Sumber: Suara Sarawak

Empat ahli kumpulan tersebut aktif mencuri motosikal sejak pertengahan tahun ini di Daerah Kota Samarahan dan Kuching.

Enam buah motosikal dan dua rangka motosikal berjaya dirampas

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Brodie Brangka berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan telah berjaya menumpaskan ‘Geng Fuad’ menerusi tangkapan terhadap ketuanya.

Katanya, suspek, 25, ditahan di Kampung Sebandi Matang, Asajaya pada 28 Oktober lepas, kira-kira jam 7 pagi menerusi Op Lejang.

Aktif Curi Motor Di Sekitar Kampung Sebandi, 'Geng Fuad' Akhirnya Tumpas
Sumber: Suara Sarawak

“Hasil soal siasat dijalankan, pihak polis berjaya menangkap tiga lagi lelaki, berumur lingkungan 21 hingga 27 tahun.

“Enam buah motosikal dan dua rangka motosikal turut dirampas dan kesemua barangan rampasan telah di bawa ke IPD Kota Samarahan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di IPD Kota Samarahan, di sini hari ini.

Tiga daripada suspek mempunyai rekod jenayah

Brodie berkata, sejumlah enam kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan, membabitkan empat di Kota Samarahan dan dua di Kuching.

“Tiga daripada suspek mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah.

“Manakala semua suspek ditahan reman sehingga 1 November ini dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengesan suspek yang lain terlibat dalam kes ini,” tambahnya.

SUMBER :Suara Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [VIDEO] NASA Rakam Imej ‘Matahari Tersenyum’, Pakar Beri Amaran Sesuatu Bakal Melanda Bumi
Next Article Ada Burritos Serta Kebab, Ini Port Sarapan Ala Turki Dan Mexico Di The Kebab Bros Miri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?