• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Aktivis Di Sarawak Didapati Bersalah Hina Agong, Hukuman Dijatuhkan Januari Depan

Oleh
Nazihah AN
31 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Aktivis Di Sarawak Didapati Bersalah Hina Agong, Hukuman Dijatuhkan Januari Depan

Mahkamah Putuskan Iswardy Morni Bersalah

Aktivis Di Sarawak Didapati Bersalah Hina Agong, Hukuman Dijatuhkan Januari Depan. Seorang aktivis, Iswardy Morni, 47, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong melalui laman sosial Facebook tiga tahun lalu.

Keputusan ini dibuat oleh Hakim Datuk M.M. Edwin Paramjothy selepas pihak pembelaan tidak dapat menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes yang dibawa. Perbicaraan kes bermula sejak Januari 2022 dengan sembilan saksi pendakwaan dipanggil untuk memberi keterangan, manakala Iswardy bertindak sebagai satu-satunya saksi pembelaan.

Aktivis Di Sarawak Didapati Bersalah Hina Agong, Hukuman Dijatuhkan Januari Depan

Tunggu Hukuman Pada Januari 2025

Pada 4 Oktober lalu, mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie, menyebabkan Iswardy diperintahkan untuk membela diri terhadap tuduhan tersebut.

Walaupun didapati bersalah, hukuman ke atas Iswardy hanya akan dijatuhkan selepas mahkamah mendengar hujahan mitigasi daripada pihak pendakwaan dan pembelaan pada 23 Januari 2025. Prosiding hari ini dihadiri oleh Timbalan Pendakwa Raya Iznina Hanim Hashim, manakala Iswardy diwakili oleh peguam Faizal Rahman.

Kenyataan Facebook Yang Cetus Kontroversi

Iswardy didakwa telah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan yang berpotensi menghina Yang di-Pertuan Agong menerusi akaun Facebook miliknya, “Iswardy Morni Official”, pada 29 Mei 2021 sekitar jam 3 petang. Perbuatan ini dilakukan di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

Iswardy didakwa di bawah Seksyen 4 (1)(a) Akta Hasutan 1948, yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Keputusan ini tentunya mencetuskan pelbagai reaksi, terutamanya di kalangan aktivis hak asasi dan warganet yang mengikuti perkembangan kes ini sejak awal. Hukuman yang bakal dijatuhkan pada Januari nanti akan menjadi perhatian utama.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Sorotan Utama Di Sarawak Sepanjang 2024 Ini Sorotan Utama Di Sarawak Sepanjang 2024
Next Article Hebahan Rasmi Jum Turun SPM Gik, KPM Sarawak Seru Pelajar Turun Jawab SPM Hebahan Rasmi Jum Turun SPM Gik, KPM Sarawak Seru Pelajar Turun Jawab SPM

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?