• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Aktiviti Kunjung Mengunjung, Ziarah Tanah Perkuburan Sempena Aidiladha Tahun Ini Tidak Dibenarkan Di Sabah

Oleh
Husna Hazmi
18 Julai 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Bilangan jemaah bagi solat sunat aidiladha pula dikurangkan kepada satu pertiga kapasiti ruang.

Aktiviti Kunjung Mengunjung, Ziarah Tanah Perkuburan Sempena Aidiladha Tahun Ini Tidak Dibenarkan Di Sabah. Dilaporkan bahawa, aktiviti rumah terbuka, jamuan, kunjung-mengunjung serta ziarah tanah perkuburan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini adalah tidak dibenarkan di Sabah.

Aktiviti Kunjung Mengunjung, Ziarah Tanah Perkuburan Sempena Aidiladha Tahun Ini Tidak Dibenarkan Di Sabah
Aktiviti Kunjung Mengunjung, Ziarah Tanah Perkuburan Sempena Aidiladha Tahun Ini Tidak Dibenarkan Di Sabah

Membendung penularan dan peningkatan kes COVID-19 di negeri Sabah

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, keputusan pindaan prosedur operasi standard (SOP) ini dibuat bagi membendung penularan dan peningkatan kes COVID-19 di negeri Sabah.

“Bilangan jemaah di masjid-masjid dan surau-surau untuk solat sunat Aidiladha, solat Jumaat dan solat lima waktu dikurangkan kepada satu pertiga kapasiti ruang atau maksima 30 orang jemaah, yang mana lebih rendah.

“Bilangan pengendali sembelihan binatang korban juga dikurangkan kepada 15 orang sahaja.

“Sementara itu, semua aktiviti perayaan Aidiladha di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah tidak dibenarkan,” katanya menerusi kenyataan media laporan harian COVID-19 bagi negeri ini, pada Sabtu.

Aktiviti Kunjung Mengunjung, Ziarah Tanah Perkuburan Sempena Aidiladha Tahun Ini Tidak Dibenarkan Di Sabah

Pindaan SOP yang telah diperketatkan hanya bersifat sementara

Namun, menurut beliau pindaan SOP yang telah diperketatkan berikut adalah hanya bersifat sementara, sehingga kes-kes harian COVID-19 di Sabah kembali stabil.

Masidi yang juga merupakan jurucakap COVID-19 negeri berkata sebanyak 647 kes positif telah direkodkan semalam manakala hari ini pula 666 kes positif Covid-19 baharu telah dilaporkan di Sabah.

Beliau menjelaskan bahawa, peningkatan mendadak ini merupakan hasil saringan besar-besaran yang sedang dilaksanakan kini oleh Jabatan Kesihatan Negeri dalam usaha membendung penularan dalam komuniti.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Solat Sunat Aidiladha Di Sarawak Dibenarkan, Tiada Aktiviti Ziarah Dan Ibadah Korban Akan Ditangguh
Next Article Hilangkan Dahaga Anda, Ini Adalah 5 Kedai Minuman Lokal Padu Di Kuching Yang Mesti Dicuba

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?