fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

5 Aktiviti Luar Yang Seronok di Sabah Dan Anda Mesti Cuba

iloveborneo Oleh iloveborneo
12 Ogos 2018
5 Aktiviti Luar Yang Seronok di Sabah Dan Anda Mesti Cuba
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk konten terkini dan peluang memenangi giveaway setiap bulan.

Join Telegram Kami

5 Aktiviti Luar Yang Seronok di Sabah Dan Anda Mesti Cuba

5 Aktiviti Luar Yang Seronok di Sabah Dan Anda Mesti Cuba

Sabah amat dikenali sebagai tempat yang didiami oleh banyak jenis hidupan liar yang unik dan mempunyai pulau tropikal yang cantik sekali antara aktiviti-aktiviti luar yang dapat membawa kenangan yang indah kepada anda sepanjang percutian di Sabah.

ArtikelBerkaitan

Semak Checklist Ini Terlebih Dahulu Sebelum Anda Memulakan Aktiviti Hiking

Bekas KP Kesihatan – Elak Perhimpunan Besar Sekurang-Kurangnya Enam Bulan Selepas PKP

 

1. Coral flyer

Selain daripada aktiviti yang biasa anda dapat lakukan di pulau seperti snorkeling dan scuba diving, kami juga mempunyai aktiviti ekstrem yang akan membuat anda berasa teruja.

5 Aktiviti Luar Yang Seronok di Sabah Dan Anda Mesti Cuba

Anda kini dapat menikmati aktiviti flying fox yang paling panjang di Kota Kinabalu, Sabah. Aktiviti ini pernah disenarai sebagai zipline yang terpanjang di dunia menyambung dari pulau ke pulau tetapi telah didahului oleh yang berada di Filipina.

Biarpun begitu, tempat ini masih dikunjungi ramai untuk merasai betapa ekstremnya aktiviti flying fox ini.

Lokasi  Klik Di SINI.

2. Island Hopping

Kalau anda tidak cukup berani untuk mencuba aktiviti flying fox yang menyeberangi pulau, anda boleh bergembara atas tanah juga.

5 Aktiviti Luar Yang Seronok di Sabah Dan Anda Mesti Cuba

kredit  gambar-cheng-pai

Island hopping ialah sejenis aktiviti di mana anda akan berhenti dari pulau ke pulau dengan bot laju. Pakej aktiviti ini akan membawa anda pusing mengelilingi Tunku Abdul Rahman Marine Park yang termasuk Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug.

 

Apatah lagi, anda dapat mencuba pelbagai aktiviti yang menyeronokkan semasa berhenti di pulau-pulau tersebut seperti parasailing, jet-skiing, snorkeling dan lain-lain lagi.

Lokasi boleh Klik di SINI .

 

3. Melihat Orang Belanda

5 Aktiviti Luar Yang Seronok di Sabah Dan Anda Mesti Cuba

kredit gambar- powerblog

Orang Belanda atau dikenali Proboscis monkey ialah sejenis spesis monyet yang jarang dijumpai dan semakin pupus pada zaman ini.

Anda dapat melihat haiwan yang menakjubkan ini dengan menaiki perahu. River cruise ini akan membawa anda melayari sepanjang sungai Garama dan pada masa yang sama, anda boleh memerhatikan geark-geri orang Belanda.

Monyet jenis ini kebanyakannya dijumpai di hutan liar Borneo. Oleh itu, buka besar-besar mata anda supaya tidak terlepas melihat haiwan unik ini.

Lokasi boleh klik di SINI

4. Melihat Kelip-kelip

5 Aktiviti Luar Yang Seronok di Sabah Dan Anda Mesti Cuba

gambar hiasan

Tidak pasti apa nak buat pada waktu malam? Jangan risau, anda boleh pergi berlayar di sungai yang sama di mana anda melihat orang Belanda pada waktu pagi.

Sebenarnya, tidak susah sangat nak memerhatikan kelip-kelip ini dalam suasana gelap. Jika anda perasan ada cahaya kuning yang berkelip-kelip, itulah apa yang anda sedang cari.

Apa yang paling menarik sekali ialah kelip-kelip ini akan bercahaya pada masa yang sama dan menjadikan pokok tersebut kelihatan seperti cahaya pokok krismas yang cantik sekali.

Lokasi boleh klik di SINI.

 

5. Sea Walking

5 Aktiviti Luar Yang Seronok di Sabah Dan Anda Mesti Cuba

kredit gambar-groupon

Aktiviti sea walking ini telah menjadi semakin popular antara pelancong. Anda dapat berjalan dalam laut dan melihat hidupan laut dengan begitu dekat depan mata sahaja.

Tidakkah ini membuat anda rasa teruja nak cuba? Apatah lagi, aktiviti ini sesuai untuk sesiapa yang berumur 10 tahun ke atas. Maksudnya, boleh dikatakan semua orang dapat menyertai tidak seperti scuba diving yang memerlukan lesen scuba diving.

Anda hanya perlu memakai helmet untuk tujuan pernafasan dan boleh terus masuk ke dalam air.

Lokasi boleh klik di SINI.

 

Sumber-letsgoholiday.my
Share69Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy