fbpx
Aktiviti Menarik

Dengan Bajet Bawah RM 150, Anda Kini Boleh Menaiki Cruise Bot Mewah Di Teluk Sepanggar

Sambil Melihat Pemandangan Laut Sabah Yang Membiru. Syoknya!

Dengan Bajet Bawah RM 150, Anda Kini Boleh Menaiki Cruise Bot Mewah Di Teluk Sepanggar. Kebiasaannya, hanya golongan elit sahaja yang mampu menaiki bot mewah sambil belayar mengelilingi laut yang biru dan menenangkan fikiran. Namun demikian, tahukah anda bahawa kita sebagai rakyat marhaen biasa juga mampu untuk merasai nikmat belayar menggunakan bot mewah? Paling best, anda hanya perlu menyediakan bajet di bawah RM150 sahaja untuk menaiki bot mewah ini. Macam tak percaya kan?

Terletak di Sepanggar, Sabah, perkhidmatan bot mewah ini juga dipanggil sebagai catamaran merupakan perkhidmatan bot mewah double decker yang pertama di Kota Kinabalu. Parti bot mewah anda juga mempunyai slaid bot yang membolehkan anda meluncur ke dalam air terus dari atas bot mewah anda. Cool!

Telusuri Keindahan Teluk Sepanggar Selama 5 Jam, Lengkap Dengan Aktiviti Kayak dan Snorkeling. OMG!

Percutian santai anda ke Sabah pasti lebih bermakna kerana anda bakal merasai keseronokan menelusuri kawasan sekitar Teluk Sepanggar selama 5 jam. Bukan itu sahaja, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti lain di tengah lautan. Siap boleh berkayak dan snorkeling tau! Jika anda inginkan kulit yang sawo matang pula, anda juga boleh berjemur di bawah cahaya matahari dengan hanya berbaring di atas hammock yang disediakan.

Dengan Bajet Bawah RM 150, Anda Kini Boleh Menaiki Cruise Bot Mewah Di Teluk Sepanggar
Kredit : FB D’Jesselton Sabah
Kredit : FB D’Jesselton Sabah
Kredit : FB D’Jesselton Sabah
Dengan Bajet Bawah RM 150, Anda Kini Boleh Menaiki Cruise Bot Mewah Di Teluk Sepanggar
Dengan Bajet Bawah RM 150, Anda Kini Boleh Menaiki Cruise Bot Mewah Di Teluk Sepanggar. Kredit : FB D’Jesselton Sabah
Dengan Bajet Bawah RM 150, Anda Kini Boleh Menaiki Cruise Bot Mewah Di Teluk Sepanggar
Kredit : FB D’Jesselton Sabah
Kredit : FB D’Jesselton Sabah

Untuk pengetahuan anda, pakej gempak bot mewah ini dilengkapkan dengan kemudahan seperti berikut;

  • Set buffet tengah hari
  • Snorkeling
  • Mandian air segar
  • Air minuman
  • Parti muzik
  • Aktiviti di atas bot
  • Bot susur (boat slide)
  • Fun fishing

Untuk menaiki catamaran ini, anda harus berada di Jeti UMS kerana bot akan belayar dari sini. Waktu belayar pula dari jam 9 pagi hingga 2 petang. 5 jam atas bot mewah rasanya macam-macam boleh dibuat kan? Apatah lagi kemudahan yang ditawarkan boleh dikira sangat mencukupi dan memuaskan untuk sebuah pelayaran singkat.

Harga Cruise Bermula Dari RM 139 Sahaja. Murahnya!

Kini, pihak pengusaha bot mewah ini sedang mengadakan tawaran promosi khas untuk anda. Senarai harga adalah seperti berikut ;

  • Dewasa : RM 149 (harga asal RM 250)
  • Kanak-kanak (4 hingga 12 tahun) : RM 139 (harga asal RM 235)
  • Bayi (bawah 3 tahun) : PERCUMA

Untuk pengetahuan anda, tawaran ini berlangsung sehingga 31 Mac 2020 sahaja. Haa, sempat lagi tu nak book untuk cuti sekolah bulan Mac kan?

Dengan Bajet Bawah RM 150, Anda Kini Boleh Menaiki Cruise Bot Mewah Di Teluk Sepanggar
Kredit : FB D’Jesselton Sabah

Inilah peluang terbaik anda untuk membawa keluarga atau rakan-rakan untuk menjelajah laut Sepanggar yang indah. Bukan guna bot biasa, naik bot mewah wei!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi syarikat perkhidmatan servis bot mewah tersebut atau menghubungi mereka di talian yang tertera.

Sunbear Travel & Tours Sdn. Bhd.

Alamat : Lot 13-3F, 3rd Floor, Beverly Hills Plaza, Jalan Bundusan, 88300 Penampang, Kota Kinabalu, Sabah

Kalau bukan sekarang, bila lagi nak naik bot mewah dengan pakej tak masuk akal macam ni kan?

Back to top button