fbpx
Aktiviti Menarik

Ini Adalah 8 Aktiviti Santai Anda Boleh Buat Ketika Di Serian

Ini Adalah 8 Aktiviti Santai Anda Boleh Buat Ketika Di Serian. Terletak kira-kira 1 jam setengah dari bandar Kuching, bandar Serian terkenal dengan duriannya, yang dikatakan popular di Sarawak. Serian juga menawarkan beberapa aktiviti santai yang sesuai bagi seisi keluarga yang pergi ke Serian pada hujung minggu. Berikut adalah 8 lokasi yang anda sekeluarga (atau dengan rakan-rakan) boleh pergi untuk membuat aktiviti-aktiviti santai!

Ini Adalah 8 Aktiviti Santai Anda Boleh Buat Ketika Di Serian
Ini Adalah 8 Aktiviti Santai Anda Boleh Buat Ketika Di Serian. Kredit: Giphy

Kampung Panchor Hot Spring

Dikatakan kolam air panas dapat membantu dalam meningkatkan peredaran darah, menurunkan tekanan dan melegakan kesakitan. Ini kerana kolam air panas semula jadi kaya dengan mineral seperti kalsium dan sodium bicarbonate!

Untuk merendam diri dalam kolam air panas Kampung Panchor, anda dikehendaki untuk membayar yuran RM5 seorang. Terdapat juga kemudahan lain seperti bilik mandi jadi anda boleh bawa barang mandi seperti tuala, sabun, syampu dan sebagainya. Semasa merendam diri anda di kolam air panas, anda boleh terjamin dari matahari panas atau hujan kerana ada bumbung yang besar di atas kolam-kolam tersebut. Kampung Panchor Hot Spring beroperasi setiap hari pada pukul 6am hingga 10pm. Dicadangkan untuk mengelak bawa kanak-kanak ke sini untuk kepentingan keselamatan.

Ini Adalah 8 Aktiviti Santai Anda Boleh Buat Ketika Di Serian
Kawasan kolam air panas Kampung Panchor. Terdapat juga bumbung untuk melindungi anda dari hujan atau matahari panas terik. Kredit: Bombastic Borneo

Jong’s Crocodile Farm & Zoo

Sekiranya anda pergi ke Serian dan tidak pernah pergi ke sini, anda harus cuba memberi tempat ini peluang! Salah satu crocodile farm terkenal di Sarawak, ia bukan sahaja tempat konservasi untuk buaya malah untuk haiwan-haiwan lain seperti burung eksotik, kucing liar kecil, ikan rare, rusa dan lain-lain lagi. Anda boleh mempelajari serba sedikit mengenai haiwan-haiwan Sarawak di sini dengan membaca informasi yang tercetak di papan berhampiran kandang.

Sekiranya anda berkunjung ke sini dekat-dekat pukul 11am atau 3pm, anda boleh stay sebentar untuk melihat sesi memberi makanan (crocodile feeding time) masing-masing pada pukul 11am dan 3pm, iaitu salah satu main event tempat ini.

Semenggoh Nature Reserve

Anda juga boleh cuba berkunjung ke Semenggoh Nature Reserve, iaitu sebuah pusat pemulihan yang melindungi orangutan dan banyak spesies burung. Namun, peluang untuk melihat orangutan depan-depan mata bergantung kepada masa anda berkunjung ke sana. Menurut sumber, anda perlu merancang masa anda ke sini kerana peluang untuk melihat orangutan bergantung dengan musim. Ini kerana walaupun masa makan sudah ditetapkan untuk orangutan oleh pekerja-pekerja Semenggoh Nature Reserve, haiwan tersebut tidak dipaksa untuk datang dan akan diberi makan hanya jika mereka datang sendiri. Malah, anda akan diberitahu awal-awal di pintu masuk peluang untuk melihat haiwan ini adalah nipis dan bergantung dengan keadaan atau musim.

Ini Adalah 8 Aktiviti Santai Anda Boleh Buat Ketika Di Serian
Jika anda bernasib baik, anda akan melihat orangutan depan-depan mata! Kredit: JustGo.Travel

Walau bagaimanapun, sekiranya anda sekeluarga nak datang ke sini dan cuba nasib, anda boleh datang pada masa melawat iaitu pada pukul 8am – 10am untuk sebelah pagi dan 2pm – 4pm untuk sebelah petang. Masa makan untuk orangutan di Semenggoh Nature Reserve adalah pada pukul 9am – 10am untuk sesi pagi dan 3pm-4pm untuk sesi petang.

Ritchie, orangutan Alfa dan ‘ketua orangutan’ di Semenggoh Nature Reserve. Kredit: Sarawak Tourism

Annah Rais Hotspring

Salah satu lagi kolam air panas yang anda boleh cuba adalah Annah Rais Hotspring. Salah satu fakta menarik mengenai tempat ini adalah kolam-kolam disini dibina oleh komuniti setempat dan sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan kepada pengunjung. Anda akan menikmati sungai yang bersih dan jernih ketika menyeberangi perairan ini ke kolam utama. Anda juga boleh pergi ke sebuah kolam air panas yang kecil di hilir sungai dan berada di pertengahan sungai. Dikatakan air disini panas sedikit berbanding dengan air kolam pertama.

Dikatakan air dalam kolam air panas kecil di pertengahan sungai lebih panas berbanding dengan kolam air panas yang satu lagi. Kredit: Lonely Planet

Tempat ini juga selesa untuk berkelah jadi sekiranya anda sekeluarga merancang untuk berkelah di sini, anda dicadangkan untuk membawa makanan sendiri sebab kedai makanan yang terdekat jauh dari kawasan ini. Petugas tiket di pintu masuk hanya menjual minuman ringan untuk kemudahan anda. Untuk menikmati kolam air panas ini, anda dikehendaki untuk membayar yuran masuk berjumlah RM5 seorang.

Anda boleh beralih dari kolam air panas ke sungai air sejuk dan vise versa! Kredit: Blog Traveloka

Rachan Pool Recreation Park

Sesuai untuk melakukan aktiviti perkelahan dan hiking, taman rekreasi ini menawarkan keindahan alam semulajadi seperti air terjun, hutan, kolam semula jadi untuk aktiviti berenang serta kemudahan perkelahan seperti tempat BBQ dan picnic hut. Bagi mereka yang suka nature, sini adalah tempat sesuai untuk menghayati alam semulajadi yang menakjubkan!

Dicadangkan untuk datang ke sini pada musim kering kerana air sungai pada musim tengkujuh sangat membahayakan sekiranya anda merancang untuk berenang di sini semasa aktiviti perkelahan.

Gua Silabur

Gua Silabur merupakan sebuah gua yang kelihatan seperti diperbuat dari jed. Untuk pergi ke sini, anda perlu meneruskan perjalanan sejauh 40 minit dari Serian sehingga ke Kampung Batu Mawang, yang terekenal dengan aktiviti cavingnya. Untuk selama sejam lagi, anda akan melalui trail yang subur dan laluan berbatu untuk sampai ke pintu masuk Gua Silabur. Apabila anda masuk, anda akan disambut oleh angin sejuk yang dihembuskan dari gua. Ruang-ruang gua dibahagikan dengan tirai pembentukan batu kapur sejak ancient times. Dari sini, anda akan mengambil masa sekurangnya 15 minit untuk sampai ke ruang utama gua ini iaitu Labak Tirason. Terdapat juga sebuah gua bawah air berdekatan iaitu Gua Siturib.

Rupa dalam Gua Silabur. Kredit: Pinterest

Setakat ini, hanya ada dua agensi sahaja yang menawarkan perkhidmatan mengunjung ke gua ini. Anda akan mengambil masa sekurang-kurang setengah hari atau lebih semasa di sini. Bagi mereka yang berminat untuk menerokai gua ini, ia akan mengambil sekurang-kurangnya empat ke lima jam. Sekiranya anda hanya nak datang ke sini untuk melawat, anda boleh melakukan aktiviti fotografi di sini, atau melihat sarang-sarang burung yang ada di sini!

Kredit: Tripadvisor

KLB Garden

Dibuka pada tahun 2018, KLB Garden merupakan sebuah taman rekreasi yang kini menjadi destinasi percutian baru bagi warga Serian dan luar Serian! Ia menawar pengalaman untuk merasai sifat damai Borneo sambil mengagumi flora dan fauna yang eksotik. Disamping itu, Taman KLB menyediakan platform pendidikan serta mesra keluarga!

Pemandangan kawasan KLB Garden. Kredit: Tripadvisor

Antara aktiviti yang disediakan adalah aktiviti berbasikal sambil menikmati pemandangan alam semulajadi, boating, dan berenang di dalam kolam renang yang disediakan. Anda juga boleh melawat ladang arnab serta menyertai sesi pemberian makanan ke haiwan-haiwan yang ada seperti lembu, kambing, arnab dan lain-lain lagi. KLB Garden beroperasi pada setiap hari kecuali pada hari Khamis (kecuali cuti sekolah atau cuti umum) bermula dari pukul 8:30am sehingga 6:00pm.

Anda boleh lakukan aktiviti boating di sini. Kredit: Samak Aiden

Pasar Tamu Serian

Pasar Tamu Serian terkenal dengan produk serta hasil hutannya. Sekiranya anda berminat untuk mencari hidden gem atau saja nak menerokai tempat untuk melihat tawaran yang baik, anda boleh berkunjung ke sini! Anda akan terkagum dengan kepelbagaian barang yang dijual disini yang membolehkan pengunjung untuk mendapatkan segala jenis keperluan.

Pelbagai jenis sayur-sayur kampung dan hasil hutan menantikan anda!

Dengan pelbagai gerai-gerai yang menjual bekalan basah, sayur-sayuran kampung serta buah-buahan tempatan dan kuih tradisional Sarawak, anda tidak perlu risau untuk bingung di mana nak cari tempat untuk membeli buah tangan. Selain itu, harga ditawarkan berbaloi dan berbanding dengan tempat lain, kira murah dan berpatutan. Dicadangkan untuk beli buah tempatan iaitu buah kristal Sarawak sebagai buah tangan ketika berada di Pasar Tamu Serian!

Buah Kristal Sarawak. Kredit: Pinterest

Sikda Plan Hujung Minggu Tok?

Bah… boleh jak turun ke Serian kan? Sekali sekala lah luangkan masa hujung minggu buat aktiviti santai-santai. Mana tahu, anda akan temui lagi tempat yang bakal boleh cuba kali seterusnya anda pergi ke Serian. Mana lagi tempat santai yang best anda boleh cadangkan? Komen dan jangan lupa share!

kredit: Giphy

Back to top button